Pintu gerbang istana ditolak perlahan ke depan. Dua orang pengawal Imperial Wolf memberi tunduk hormat pada Si lagenda dan juga Sang raja. Lycans dan Vlademir berjalan tenang ke meja makan mewah...
Sebotol arak merah digapai dari atas meja, kemudian Lycans menuang cecairnya ke dalam gelas kristal. Vlademir menyambut segelas arak dari tangan Lycans...
"Ada apa kau nak jumpa aku ni, Lycans...?" Vlademir menyoal lalu duduk di atas kerusi berlapikkan kain berbulu halus.
"Kau sibuk ke, Vlad...?" Lycans membalas lalu duduk berhadapan dengan Vlademir. Sang raja tersenyum seraya menggeleng kepala...
"Nooo...Demi kawan lama, aku sentiasa ada masa..."
"Good...! Aku ada benda nak minta tolong kau ni..." Lycans berkata lalu menepuk lembut bahu kawan baiknya itu. Vlademir mengerut dahi melihat Lycans kelihatan teruja...
"Apa benda kau nak aku tolong ni?"
"Macam ni...Cucu aku nak berkahwin...Sooo..."
"Cucu kau nak kahwin!? Aeryz or Euryca!?" Vlademir menyoal pantas dengan nada terkejut! Gelas arak hampir-hampir terlepas dari tangannya.
"Relakslah! Yang kau gelabah ni kenapa!?"
"Aeryz or Euryca...?" Vlademir cuba menenangkan diri. Arak diteguk perlahan untuk mengurang kadar kejutan sebentar tadi.
"Euryca Aiden...Dia yang akan berkahwin...Dengan Noah..." Lycans menjawab soalan Vlademir seraya memeluk tubuh. Sang raja memegang dagu...
"Dengan Noah? Cicit Merlin, anak Leonidas? Aiden benarkan pulak?"
"Itulah yang aku pelik...Aiden memang tak sebulu dengan Leonidas dari dulu lagi...Tapi, kali ni...Dia sendiri yang bagi kebenaran..."
"Well, Aiden seorang ayah yang memahami...He's a great father..."
"Not like me, a bastard father..."
"Indeed...Yes, you're one teribble father..." Valdemir membalas selamba lalu tersengih memandang Lycans, wajahnya masam mencuka...
"Celaka....Sepatutnya kau bidas kata-kata aku...."
"What? Betul lah, kau bapa tak guna...Kalau aku takde, Aiden dah lama mati! Aku jaga dia dari jauh selama kau takde! Be grateful, Lycans..."
"Yea-yea, whatever...Thanks, dumbass..." Lycans membalas dingin seraya memeluk tubuh semula. Vlademir tertawa kecil melihat Si legenda merajuk...
"Bila majlis perkahwinan tu? Euryca and Noah...Bila mereka nak berkahwin...?"
"Hurmmm, hujung bulan ni..."
"Hujung bulan ni...? Persiapan semua, kau dah buat ke? Aiden mana? Dia tak beritahu aku pasal ni..."
"Mana ada persiapan apa pun. Aku dan Aiden tak pandai nak uruskan benda rumit macam ni...Kau bijak, Vlad! Sebab tu aku mintak tolong kau!" Lycans membalas lalu mengukir senyuman kelat.
Giliran Vlademir memasamkan muka. Lycans hanya mampu tersengih melihat kawannya itu memaparkan mimik muka tidak berpuas hati...
"Kau dan Aiden...Memang dua kali lima...Takde bezanya..."
"What..? Haha, janganlah marah...Kali ni je, aku minta tolong kau..."
"Masa Aiden kahwin dengan Eilya dulu...Aku tak tidur selama dua malam nak siapkan dewan..."
"Alah, kau kan raja? Suruh jelah orang suruhan kau siapkan!"
"Hell no! Perkahwinan keluarga bukan perkara kecil, Lycans! Aku nak setiap perkara yang aku rancangkan, jadi sempurna! its must be perfect!"
Lycans menahan ketawa melihat King Vlademir keluar dari dewan sambil mengomel seorang diri. Suaranya memberi arahan kedengaran jelas walaupun dia sudah berjalan jauh ke koridor...
"Haih, Vlad....You never changed..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...