CHAPTER 67 | STUBBORN GIRL

7.1K 470 10
                                    

Permukaan air berwarna persis emas berkocak perlahan. Imej Lycans dan Loralyn yang asyik beramah mesra sambil makan ditatapnya lama. Illydia memeluk tubuh seraya menghela nafas.

"Rancangan kau berjaya...?"

Illydia menoleh ke sisi apabila mendengar suara menegur. Ares tersenyum kepadanya. Perlahan-lahan lelaki itu mendekati si gadis serigala.

"Hurmm...Tidak...Rancangan aku gagal..."

"Habis? Apa kau nak buat, Illydia...?" Ares menyoal selamba. Matanya turut tertacap pada permukaan air tersebut.

Illydia memerhati imej Loralyn. Matanya tajam merenung si gadis musang. Jari telunjuk digigitnya lembut.

"Ares..."

"Yup?"

"Antara aku dan gumiho ni...Siapa yang lebih cantik...?" Illydia menyoal seraya menoleh ke arah Ares. Lelaki berambut merah memegang dagu mendengar pertanyaan Illydia.

"Hurmm...Bagi aku..."

"Tell me, Ares...Don't hesitate..."

Ares menoleh ke arah imej Loralyn yang masih bermain-main di permukaan air. Gadis musang itu kelihatan tersengih gembira melayan kerenah Lycans.

"Antara kau dan Loralyn...Bagi aku, Loralyn lebih cantik...She's such a cute creature...Kau juga cantik...Tapi, kau terlalu dingin..."

"Si musang ni lebih cantik dari aku, Ares? Seriously? Kau tak tahu menilai kecantikan, Ares..."

"What? Kau tanya pendapat aku, kan? Aku sukakan gadis happy-go-lucky, yang suka tersenyum...Kau? Kau jarang senyum, Illydia..." Ares membidas selamba. Gadis serigala memasamkan muka mendengar sindiran halus Ares.

"Hurmm...Lycans sayangkan dia...Aku tak sangka begitu mudah Lycans lupakan aku..." Illydia berkata dengan nada geram. Ares menggeleng kepala.

"Si musang tu isteri dia, Illydia...Just leave them alone..Kau sudah ada Hades...Hades sayangkan kau..."

"No... Kau tak faham perasaan aku, Ares..."

"Love? Heh, kerana cinta Hades hidupkan kau..."

"Kau berpihak pada siapa sebenarnya ni? Aku atau mereka!?"

Ares tersengih melihat Illydia mulai membentak. Tangannya menggenggam penumbuk...

"Kenapa kau nak marah? Aku cakap benda betul, kan?"

"Tak guna kau, Ares..."

"Haha! Aku tak berpihak pada siapa-siapa. Aku dewa perang. Cinta tidak menarik perhatian aku..." Ares membalas lalu beredar pergi dari situ.

Illydia memerhati The God of War berjalan selamba menaiki tangga batu dengan pandangan benci. Rambutnya disisirkan ke sisi kemudian dia kembali menatap imej Lycans dan Loralyn di depan.

"Hurmm...Aku kena pisahkan mereka...Then, aku akan dapatkan Lycans..." Illydia berbisik seorang diri. Permukaan air diraupnya perlahan. Imej tadi lenyap dari pandangan.

Hades hanya memerhati gelagat Illydia dari tingkat atas. Cerberus setia menemani Tuannya di sisi.

"This girl is so fucking stubborn..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now