Selwyn leka mengacau adunan coklat di dalam mangkuk plastik. Sekali-sekala dia menyeka keringat di dahi. Aku hanya memerhati dia sambil memeluk tubuh di penjuru pintu dapur.
Eilya hilang entah kemana. Aku rasa dia keluar dengan perempuan berambut coklat tu, Monica tak silap aku nama minah tu...
Well, tinggallah aku berdua dengan lelaki coklat ni...
"Kau perlukan bantuan, Selwyn?" Aku mempelawakan pertolongan seraya mendekati dia dari belakang. Selwyn kelihatan tersentak dengan teguran aku.
Mungkin dia terlalu fokus agaknya...?
"Tak perlu, Aiden...Saya boleh uruskan sendiri...Awak duduklah di kerusi depan..." Dia menolak pertolongan aku. Aku memerhati gelagat Selwyn dari sisi.
"Really? Are you sure? Kau nampak terkial-kial je...Bini kau tak tolong ke...?"
"Monica ada urusan di bar Beryl...Nanti dia balik, dia tolonglah saya.. "
"Ouh...Sini ada bar eh? Kau tak beritahu aku pun...?"
"Awak tak tanya..."
Aku tersengih mendengar dia berseloroh. Boleh tahan mamat ni berloyar buruk dengan aku...
"Hurmmm..." Aku duduk di kerusi kayu. Selwyn masih leka membuat kerjanya tanpa mengendahkan aku yang asyik memerhati dia dari belakang...
Entah mengapa, aku terasa seperti ada jurang diantara kami. Aku dan Selwyn berbeza. Terlalu beza.
Bayangkan pembuat coklat bertemu si pemburu makhluk buas...
Mestilah tak ngam, bukan?
"Kenapa kau sukakan coklat, Selwyn...?" Aku menyoal seraya menongkat dagu. Daripada aku mati kebosanan, baik aku bersembang dengan dia ni...
"Tiada sebab tertentu..."
"Alah, janganlah malu-malu kucing dengan aku, Selwyn! Aku sumbat pedang aku dalam bontot kau, baru kau tahu!"
Selwyn tertawa mendengar aku berjenaka. Jenaka kasar. Dia memalingkan badan menghadap aku. Aku membalas pandangan matanya...
"Oklah, awak Aiden...Kenapa awak suka berlawan?"
"Well, i'm a wolf...Serigala memang tugasnya memburu...Aku dilatih dari kecik untuk bertarung..."
"Begitu juga dengan saya, Aiden...Saya sukakan coklat sejak saya kecil...Malahan, saya belajar memasak menggunakan coklat sejak kecil..."
"So, we're on the same boat, huh..." Aku membalas perlahan. Selwyn tersenyum melihat aku seakan tidak berpuas hati dengan penerangan dia sebentar tadi...
Hurmmm, kalau aku belajar memasak dari kecil...Maknanya, aku akan jadi tukang masaklah? Bukan pemburu?
Mujur Lycans ajar aku bertempur dulu...Walaupun teruk nak mampus, tapi aku berpuas hati...
"Gadis musang tu, isteri awak, Aiden...?"
"Yeap...Eilya Eara..."
"Cantik...Sepadan dengan awak..."
"Thanks..."
"Awak cintakan dia, bukan...?" Selwyn menyoal soalan bodoh tetiba. Aku mengerut dahi membalas pandangannya...
"Of course la! Sapa tak sayang bini?" Aku membalas selamba. Selwyn tersengih. Satu bar coklat dia gapai dari talam silver. Aku memerhati dia menunjuk coklat itu kepadaku...
"Cinta itu seperti coklat, Aiden...Ada manisnya...Ada pahitnya...Kadang-kala, dari cinta itu...Ada sumpahannya..."
"Sumpahan coklat? Or Sumpahan cinta...?"
"Keduanya..." Selwyn membalas tenang lalu memasukkan coklat itu kedalam mulut. Matanya terpejam rapat menikmati coklat tersebut mencair di atas lidah...
Plakk...!
Pintu depan dibuka tetiba tatkala aku dan Selwyn asyik berborak. Seorang lelaki berambut burgandy bersama seorang bunian tersengih melihat aku dan Selwyn.
"Selwyn! Apa khabar wahai kawan!" Lelaki tersebut menyapa mesra. Selwyn tersenyum membalas sapaan dia.
"Beryl, Sylvan...Ada apa kamu berdua datang ke mari...?"
"Aku ada perkara nak minta tolong dengan kau, Selwyn..." Beryl membalas tenang. Senyuman tidak lepas dari bibirnya. Aku hanya memerhati gelagat mereka bertiga...
Hurmm, lelaki ni berbau arak...Tapi, arak dia ni lain macam sikit...
Manis...Bukan macam Yolun ataupun Yanvir...
"Kenalkan, Aiden Lycans..." Selwyn memperkenalkan aku kepada mereka berdua. Beryl dan Sylvan tersengih sinis melihat aku yang hanya memeluk tubuh dari tadi...
"Siapa dia, Selwyn...? Dia nampak pelik? Pakaian dia, lain dari Eple..."
"Dia bukan dari sini, Beryl..."
"Habis? Dari mana...?"
"Aku dari Arastosa...The Elite Hunter, son of legends..."
Mereka bertiga memalingkan muka kepadaku. Aku hanya membalas pandangan mereka bertiga...
"Arastosa...? Tak pernah aku dengar nama tempat tu, Selwyn..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...