Aku mengusap kepala Aeryz dan Euryca yang tertidur nyenyak. Wajah mereka berdua aku perhatikan lama. Haih, sekarang apa aku nak buat? Mereka sudah kena buang dari Gallowglass...
Takkan mereka nak melepak je kat rumah? Aku tak nak bawa mereka memburu...Its dangerous...Kalau apa-apa jadi pada Aeryz dan Euryca... Aku akan menyesal...
Aku akan menyesal seumur hidup...
Aku mengucup dahi si kembar kemudian bangun dari katil. Aku berjalan ke koridor kayu sambil mengeliat perlahan. Pintu kayu aku buka tatkala aku berdiri di depannya...
'Aeryz dan Euryca dah tidur...?' Eilya menyoal sambil menyikat rambut di hadapan cermin. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan pada pertanyaannya...
'Haih....' Aku melepaskan keluhan lemah seraya duduk di birai katil berhampiran dengan si musang. Eilya menjeling aku...
'Abang fikirkan apa? Mengeluh macam tu...?'
'Hurmm...Pasal Aeryz dan Euryca lah...'
'Kenapa?'
'Apa mereka nak buat..? Takkan nak duduk rumah je..? Kita keluar memburu, Eilya...' Aku membalas perlahan. Eilya merenung aku. Sikat diletakkan di atas meja kayu...
'Kita bawak jelah mereka memburu...'
'No...Mereka masih mentah, Eilya...Jika jadi apa-apa...'
'Abang kan kuat...?'
'Hurmmm...Jaga Eilya pun sudah cukup meresahkan aku...Inikan pulak Aeryz dan Euryca? Aeryz tu nakal lain macam... Something bad can happen...' Aku berkata seraya menekup dahi. Si musang mengusap perlahan tangan aku...
'Abang janganlah fikir sangat...' Eilya membalas manja. Dia mula mengeram lembut. Aku menoleh ke arah dia. Si musang tersenyum menggoda...
'Hai...Lain macam je ni...? Asal ni..?' Aku menyoal apabila Eilya mula duduk di atas riba. Tangannya mengusap perlahan dada aku. Ekornya meliuk lembut...
'Ermm...Abang tak nak tambah lagi sorang...?'
'Lagi sorang..? Apa?'
'Ermmm...' Si musang memberi lirikan mata sinis kepadaku. Aku menggaru pipi...
'Nak tambah anak? No way...No way...' Aku menolak cadangannya. Eilya tertawa kecil...
'Hihi! Abang takut!?'
'Of course! Aeryz dan Euryca sudah cukup memeningkan kepala! Ni tambah lagi sorang? Hold your jets, Eilya...' Aku membalas lalu merangkul pinggangnya. Si musang memegang kedua pipi aku...
'I love you, wolvie...'
'Grrr...Grrr....' Aku mengeram geram apabila dia berbisik halus di telinga aku. Eilya tertawa apabila aku menolak dia jatuh ke katil. Tubuh genitnya aku gomol sambil mengucup pangkal leher Eilya...
Si musang mengeliat geli. Ekornya mula meliuk hebat. Pipi si musang merona merah. Bunyi eramannya makin kuat kedengaran...
'Wah...Wah...Bukan main korang kan?'
Aku dan Eilya tersentak apabila mendengar suara menegur di beranda! Lycans tersenyum melihat aku menindih tubuh Eilya di atas katil...
Aku terus bangun dari katil dan menutup tubuh Eilya yang terdedah dengan kain selimut. Mujur aku tak berbogel lagi...!
'What the fuck, Lycans!? Kau janganlah main redah je masuk bilik aku!' Aku berkata geram seraya berjalan ke beranda. Eilya menyorok di dalam selimut sambil memerhati gelagat aku dan Lycans...
Lycans tersengih melihat aku bengang. Dia memusingkan badan dan memerhati pemandangan malam pekan Stormcloak. Aku berdiri di sebelah dia...
'Maaflah...Aku tak sangka kau ada 'aktiviti' malam ni...'
'Darn you...'
'Salah kau jugak...Kenapa kau tak tutup langsir?' Lycans membalas selamba. Aku menggosok rambut. Grrr...Dia ni...Ada je alasan dia...
'Apahalnya kau datang ni...?' Aku mengubah topik perbualan. Si lagenda menoleh ke arah aku. Dia memegang lembut bahu aku...
'Esok kita bergerak balik Arastosa kan...?'
'Yup...Kenapa kau tanya...?'
'Kau baliklah dengan Eilya dan Loralyn...'
'Eh...?'
Aku terpinga-pinga mendengar kata-katanya. Lycans tersenyum melihat reaksi aku...
'Aku nak pinjam Aeryz dan Euryca...'
'Mana kau nak bawak si kembar tu, Lycans?'
'Memburu...' Dia membalas tenang. Aku merenung dia dalam-dalam. Lycans hanya tersenyum membalas pandangan mata aku...
'No...Aku tak benarkan..'
'C'mon, Aiden...Aku ni atuk mereka...Aku boleh jaga mereka...'
'Hurmm....'
'Please? Aku nak tebus kesalahan aku pada kau dulu...Aku tak sempat lihat kau membesar...Ini peluang kedua aku, Aiden... Jangan risau! Aku boleh jaga mereka! Trust me!' Lycans memujuk lembut. Aku menoleh ke arah Eilya...
Si musang tersenyum seraya mengangguk...Aku menggaru pipi...
Haih...
'Fine.. Berapa lama kau nak pinjam..?'
'Dua bulan...'
'Bullshit...Hell no!'
'Alah...Bukan lama sangat! Aku nak bawa mereka merantau...Melihat dunia...' Lycans berkata dengan nada teruja. Mata birunya aku renung lama...
'Please Aiden..Kau percayakan aku, bukan?'
'Haih...Yelah-yelah...Tapi ingat Lycans...'
'What...?'
'Kalau jadi apa-apa pada si kembar tu...Aku takkan maafkan kau...Jaga si kembar tu baik-baik...Terutamanya si Aeryz tu...'
Lycans tersengih mendengar kata-kata aku. Dia memanjat beranda batu dan bersedia untuk melompat ke bangunan sebelah...
'Jangan risau, Aiden...Thanks..' Dia berkata lalu melompat turun ke bilik tumpangannya...
Aku tersenyum melihat Lycans mendarat di beranda biliknya kemudian masuk ke dalam...
Haih...
Aku percayakan dia...
Plus...Dia bapa aku, bukan..?
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...