CHAPTER 95 | SECRET TALK

6.3K 393 0
                                    

Bibir aku kesat perlahan setelah selesai meneguk air sungai. Sange dan Yasha aku kemaskan dengan sebelah tangan kemudian mengorak langkah ke arah kereta kuda.

Pemilik kereta kuda tiada di pelantar kayu tatkala aku tiba di situ. Mungkin dia juga pergi ke sungai? Tapi, aku tak terserempak dengan dia pulak...

Pintu kabin dibuka, aku bingkas masuk ke dalam. Dahi aku berkeriut melihat si musang tiada. Mana Loralyn?

"Lora....!" Aku memekik namanya sambil menjengah ke luar tingkap kabin. Tiada jawapan. Hati aku mula terasa tidak senang...

Mana si musang ni pergi...? Tunggulah aku dulu kalau nak keluar pun...

Ketika aku membuka pintu kabin untuk mencari Loralyn, aku tersentak. Seorang gadis berambut kuning susu tercegat di depan. Jaraknya cuma beberapa inci dari aku.

"Its been a while, Lycanstrophes..." Dia berkata seraya menguntum senyuman manis. Aku menelan air liur. Jantung bagaikan berhenti berdegup.

"Illy-Illydia...?" Aku menyoal dengan suara tersekat-sekat. Gadis itu tersengih. Dada aku dia usap lembut. Bau harumnya menerjah ke ruang pernafasan...

"Yes...Its me...Illydia Stormrage..."

"How? Kau dah mati...Kau sepatutnya dah mati..."

"Its a long story, Lycans..." Dia berkata lalu menarik tanganku. Aku terganjak ke depan. Pintu kabin ditutup perlahan. Aku seakan dipukau.

Kami berjalan meninggalkan kereta kuda. Keadaan sekeliling mulai berkabus. Hawa sejuk terasa mencengkam tulang hitam. Hembusan nafas menghasilkan wap putih.

"Awak macam mana, Lycans...? Saya tengok...Awak makin kacak..." Illydia memulakan perbualan. Aku menggosok belakang leher...

Hurmm, is this real?

"Are you for real, Illydia...?" Aku menyoal meminta kepastian. Gadis serigala tergelak sinis melihat aku seakan tidak percaya.

"Yes, i'm real...Kenapa? Tak percaya...?"

"Hurmm, aku nampak sendiri...Kau mati dibaham Manticore..."

"No comment about that..." Illydia membalas selamba. Aku menggaru pipi. Hurmm, aku tahu dia masih hidup. Tapi, aku tak sangka boleh berjumpa dia di sini...

Setelah seketika berjalan, kami duduk di atas sebatang pokok tumbang. Illydia menyisir rambutnya ke sisi. Aku memerhati dia teliti...

"Lycans..."

"Ermm...?"

"Do you still love me...?" Illydia menyoal seraya menoleh. Renungan matanya bercahaya membalas pandangan aku.

"Hurmm, kau nak jawapan jujur...?"

"Kalau awak mampu jujur...Jujurlah dengan saya..."

"Oklah...Aku tahu kau tak puas hati sebab aku berkahwin dengan gumiho tu...Kau selalu ganggu dia...I know, Illydia...Itu semua...Kerja kau, bukan...?" Aku menyoal tanpa berselindung. Illydia tersentak...

"Oh, you know...?"

"Aku kenal kau, Illydia...Malahan, kau bersama Hades...? Who the fuck is Hades...?"

"Urmm, itu bukan urusan awak..."

"Bukan urusan aku? Fine, kalau macam tu, kau jangan ganggu Loralyn...Si musang tu bukan urusan kau..." Aku membalas selamba. Illydia tergagap mendengar bidasan kata aku...

"Err...Ermm...Awak tak jawab lagi soalan saya..." Illydia menyoal perlahan. Aku memeluk tubuh seraya menghela nafas...

"Kau nak jawapan? Sama ada aku cintakan kau ataupun tidak...?"

"Yes..."

"Then, the answer is no...Tidak...Aku tak cintakan kau lagi...Cinta aku milik Loralyn sekarang...Cinta aku pada kau, sudah lupus...Loralyn sudah jadi penggantinya..."

Illydia tergaman mendengar jawapan dariku. Aku mendiamkan diri. Gadis serigala tertunduk seraya menekup muka.

"Tergamak awak buat saya macam ni, Lycans...? You know, right...? I love you till the death...?"

"But, you're already dead...Apa kau nak aku buat? Ratap kematian kau sampai aku mati? Plus, kau bersama Hades...Kenapa cari aku? Just stay with him...Leave Loralyn and me alone..."

Illydia mengetap gigi menahan geram. Matanya mula bersinar merah. Aura hitam mula terhasil dari tubuhnya. Aku memerhati dia dengan gaya selamba...

What? Dia nak jawapan jujur, kan? Aku beritahu dia perkara sebenar...

Aku lebih sayangkan Loralyn dari dia. Illydia cuma cebisan dari memori...

"YOU BETRAYED ME, LYCANSTROPHES!"

"Yeah...Maafkan aku..."

"FUCK YOUR SORRY! KAU AKAN TERIMA BALASANNYA, LYCANS...!" Illydia menjerkah lalu menghala tapak tangannya ke arahku. Aku terhumban ke belakang apabila aura hitam merempuh kuat.

"KAU CINTAKAN GUMIHO BODOH TU BERBANDING AKU!? FINE! CARI DIA KALAU BOLEH! HAHAHAHAHA! CINTA SEJATI KONON!"

Illydia menengking lalu menghilangkan diri meninggalkan asap tebal. Aku terkebil-kebil. Kabus mulai menghilang perlahan-lahan...

Dan...

Aku berada di puncak gunung yang terletak entah di mana...

WHERE THE FUCK AM I!?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now