Ubun-ubun Aeryz, aku tuamkan dengan air suam. Kemudian, rambut coklatnya aku belai perlahan. Si serigala masih tidur nyenyak. Aku tersenyum kelat melihat dia seakan keanak-anakan.
Haih, aku tak sangka Aiden akan mengamuk sampai macam tu. Pertama kali aku lihat Aiden 'meletup' begitu...
Pandangan mata beralih pada Aiden yang sedang tidur di kerusi kayu. Excalibur diletakkan di sisi kerusi dan Euryca berada di ribanya. Si musang turut tidur sambil memeluk leher si serigala...
Perlahan-lahan aku bangun dan mencuit bahu Aiden. Dia terjaga seraya mendongak memandang aku. Matanya kuyu.
"Abang, tidurlah di katil...Kesian Ryca..Dia tak selesa..."
Aiden mengeliat perlahan lalu bangun. Dia mendukung si musang dan letakkan Euryca di atas katil empuk. Aiden mengusap pipi anak gadisnya seusai menyelimutkan dia.
"Aeryz macam mana? Dia ok...?" Aiden menyoal lalu duduk di birai katil. Matanya tertacap pada si serigala. Aku tersenyum simpul.
"Janganlah risau sangat...Aeryz ok...Dia cuma cedera ringan..."
"Cedera ringan? Tangan dia patah, Eilya..."
"Puak serigala kan kuat...? Setakat patah tangan, itu perkara biasa, kan?" Aku berkata tenang. Aiden menggosok belakang kepala sehinggakan rambutnya serabai.
"Yes, puak serigala memang kuat...But, Aeryz is my son...Abang tak boleh biarkan dia dibuli sewenang-wenangnya..."
"Abang...Jangan manjakan sangat Aeryz dan Euryca...Biar mereka berdikari..."
Aiden merenung tajam padaku. Aku membalas pandangan matanya. Si serigala melepaskan keluhan lemah...
"Eilya...You don't understand..."
"About what...? Tell me..."
"Seumur hidup abang...Abang tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa...Lycans always being rough with me...Dia pukul abang bagaikan beg tinju...He scold me like i'm a piece of shit...Sayang nak Aeryz dan Euryca rasa benda yang sama dengan apa yang abang dah rasa?"
Aku terdiam mendengar hujah kata Aiden. Hurmmm, patutlah dia manjakan si kembar ni. Aku dah faham sekarang...
Aiden bangun dan melutut di sisi Aeryz. Dahi Aeryz dia kucup lembut kemudian mengusap pipinya. Aku tersenyum melihat gelagat dia...
"Abang tak kisah sama ada dia kuat ataupun tidak...Abang tak kisah sama ada dia cucu lagenda ataupun tidak...Yang pasti, dia anak abang...He's my son...Abang akan jaga dia...Even Lycans can't interfere..."
"Yelah...Sudahlah tu, biar Aeryz berehat...Abang pergi tidur..." Aku menarik lengannya dari sisi. Aiden tersengih.
"Wow-wow...Kenapa manja semacam je nih?" Aiden menyoal apabila aku duduk di atas ribanya. Si serigala mengusap belakang kepala aku.
"Ermm...Nothing...Its just..."
"What...?"
"You're great father, Aiden Lycans..."
Bibirnya aku kucup seraya berderam manja. Aiden membalas kucupan aku. Dia menolak tubuh aku ke atas katil seraya menggomol lembut. Aku merangkul belakang lehernya...
"Soo, i'm a great father...?'
"Yes, you are.."
"Hurmm...Better than Lycans...?"
"Even better..."
Aiden tersenyum mendengar jawapan yang aku katakan. Dia meletakkan dahi ke dahiku. Bunyi eraman serigalanya kedengaran perlahan di ruang bilik...
"Get a room you two...Ewww..."
Aku dan Aiden menoleh ke sisi. Euryca memasamkan muka melihat kami berdua berpelukan mesra di atas katil. Ekor musangnya bergodek perlahan menandakan dia segan...
"Errr...Ryca terjaga ke...?"
"Yela! Eeei...Pergi bilik sebelah kalau nak lovey dovey! Memalukan betul!" Si musang merengus geram lalu berselubung di dalam selimut. Aku dan Aiden tertawa kecil...
"Damn it, we're busted..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...