🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Aku berjalan beriringan dengan si serigala. Dia menggalas beg kulit dan rambutnya diikat bun. But besinya berderap memecahkan suasana hening di taman pekan Sakura.
"Mana kita nak pergi ni, Lycans...?" Aku menyoal sambil memerhati pokok sakura yang merimbun. Lycans menggosok belakang leher mendengar pertanyaan aku.
"Hurmm...Aku nak jumpa Oracle...Aku dapat rasakan, ada benda tak kena..."
"Apa bendanya yang tak kena?"
"Aku tak puas hati...Kenapa si gergasi tu nak bunuh kau...Sedangkan aku dan kau tak kenal pun dia, and..."
"What...?"
"He said something about 'Hades'..." Lycans berkata lalu mengusap kepala aku. Aku menggigit jari mendengar kata-katanya.
Hurmm...Hades? Rasanya aku macam pernah dengar nama tu...
Tapi, aku dah lupa...
"Tapi...." Aku berkata tiba-tiba. Lycans menoleh ke arah aku. Mata birunya merenung aku. Aku mendongak membalas pandangan matanya...
"Tapi apanya, Lora...?"
"Saya tak puas lagi berbulan madu...Can we stay a bit longer?"
Lycans tersenyum kelat kepadaku. Tangannya mengelus lembut pipi dan aku merangkul bahunya apabila dia melutut di depan.
"Maaflah, Lora...Ini bulan madu yang paling teruk...Aku cuba bagi yang terbaik...But, isteri aku sedang diburu...Aku tak senang hati pasal ni...This things make me worried..." Dia berkata seraya merenung aku dalam-dalam.
"Hurm...Lepas awak jumpa Oracle, apa awak nak buat, Lycans...?"
"Aku kumpul maklumat, then buru siapa Hades tu..." Lycans membalas lalu berdiri semula. Pedang yang tersisip di pinggang, dia kemaskan dengan sebelah tangan.
Aku mengorak langkah berjalan beriringan dengannya. Lycans tersenyum hambar apabila melihat wajah aku masam mencuka.
"Hey, kenapa ni? Muka macam jeruk timun?"
"Saya bosan..."
"Bosan...?"
"Yup, awak asyik bertempur...Sedangkan saya macam orang bodoh..." Aku mula memprotes. Lycans tergelak. Aku mencubit lengannya.
"Kenapa gelak!?"
"Haha! Kan aku dah cakap? Aku ni membosankan...! Salah kau sendiri yang nak kahwin dengan aku!"
"Hurmm..." Aku tidak dapat membalas sindirannya. Lycans kembali menoleh ke depan. Kami berjalan sehingga ke kawasan pasar Pekan Sakura.
Lycans memimpin tanganku tatkala kami menuruni tangga batu. Mata aku tertacap pada pelbagai barang dijual di pasar tersebut.
Boleh tahan meriahnya pasar ni...!
Kami berjalan meredah orang ramai. Mereka semua memberi ruang tatkala berselisih. Aku memerhati sekeliling...
"Ada apa-apa yang kau nak, Lora..?" Lycans menyoal ketika aku leka. Aku pantas menggeleng kepala.
"Tak nak..."
"Anything...? Something...?"
"Nope..."
"Hurmm...." Dia memasamkan muka apabila melihat reaksi aku. Lycans menggaru kepala. Aku hanya mengikut arah tuju dia...
Kenapa dia bawa aku ke sini? Pintu gerbang di belakang kan?
Lycans menggenggam erat tanganku lalu berjalan ke sebuah gerai menjual alat perhiasan. Kami terus masuk ke dalam tanpa ragu-ragu.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, Tuan?" Seorang gadis bunian menyoal sopan. Lycans melepaskan genggaman tangan dariku. Dia memerhati seutas rantai kristal di rak kaca.
"Berapa harga rantai ni...?" Lycans menyoal. Gadis bunian tadi berjalan ke arah dia. Aku hanya memerhati gelagat mereka berdua...
Ermm...Dia nak beli ke? Untuk aku ke?
Selesai urusan jual beli, kami keluar dari kedai tersebut dan berjalan semula di kawasan pejalan kaki. Aku mendiamkan diri...
"Kau lapar, Lora...?"
"Tak..."
"Lora...." Lycans menghentikan langkah di tengah-tengah jalan. Dia mendekatkan muka denganku. Aku hanya membalas pandangannya dengan pandangan kosong...
"Kenapa ni...? Janganlah merajuk macam ni..."
"Saya tak merajuk..."
"Habis? Macam takde mood je...?"
"Nothing...Jomlah, awak nak jumpa Oracle kan?" Aku membalas dingin. Lycans mengerut dahi melihat gelagat aku...
Si serigala mengeluarkan rantai yang dia beli tadi. Aku hanya merenung kosong rantai itu...
"Ini hadiah aku untuk kau, Lora..."
"Saya tak nak..."
"Haih...Kenapa ni...? Kau marahkan aku...?"
"Tak..."
Lycans merenung tajam padaku. Mata birunya bagaikan meronta meminta jawapan dariku. Aku pantas memalingkan muka darinya...
"Aku tahu.." Dia berkata lalu memakaikan aku rantai kristal merah tadi. Aku memasamkan muka.
"Tahu apa...?"
"Kau marah sebab aku tak layan kau..."
"Tak pun..."
"Lora...Look at me..." Dia berkata lalu memegang pipi aku. Tanpa diduga, bibirnya menyentuh lembut bibir aku. Kami bercium seketika. Orang ramai memerhati dengan pandangan teruja.
Aku tertunduk apabila ciuman itu terlerai. Lycans mengusap perlahan bibir aku yang masih basah dek ciuman tadi.
"Aku akan bawa kau ke tempat yang lebih menarik dari ni...Jangan kau risau..."
"Hurm...Saya cuma nak luangkan masa dengan awak, Lycans...Itu saja..Tapi, awak obses dengan 'buruan' awak tu...Its annoying..."
"Aku ni Hunter...What do you expect...?"
"Whatever...."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...