"Lycans...Aku tidur dulu...Letih sangat ni..."
Vlademir berkata tatkala kami berdua masuk ke dalam rumah. Si serigala berjalan selamba ke bilik yang terletak berdekatan dengan dapur, kemudian dia terus masuk tanpa ragu-ragu.
Aku menggeleng kepala melihat dia begitu. Tanpa membuang masa, aku naik ke tingkat atas. Mujur aku boleh dapatkan berry walaupun sudah lewat malam macam ni...
Kalau tak, terseksa aku nak memujuk si Lora tu...
Tombol pintu dipulas, aku terus masuk ke dalam bilik. Loralyn bingkas mendapatkan aku dengan gaya teruja. Dia membelek bunjut beg kulit yang aku pegang. Aku tersenyum melihat dia melonjak riang.
"Yay! Berry...!" Loralyn berkata lalu melompat ke atas katil. Aku membuka jaket kulit kemudian melemparkannya ke atas meja kayu.
"Haih, malam-malam macam ni lah dia nak makan buah tu...Tak boleh tunggu esok ke?"
"Marah anak abang dalam perut ni! Dia yang nak makan!"
"Ceh, alasan..." Aku menyindir halus. Loralyn memasamkan muka sambil menguyah buah masam tersebut di dalam mulut...
Perlahan-lahan aku merapatkan diri dengan Lora. Dia tidak mengendahkan aku. Pandangannya tertacap pada buah berry di depan mata. Pipinya yang tercalit dengan cacair biru buah masam tersebut, aku kesat dengan tapak tangan...
"Lora...Jangan makan banyak sangat...Nanti sakit perut..." Aku menegur lembut. Loralyn menjeling aku tajam. Habis sebiji, sebiji lagi berry masuk ke dalam mulut...
"Biarlah...Its all your fault..."
"Eh? Asal pulak?"
"Yelah...Sapa buncitkan saya, hurm? Nak tidur pun tak boleh...Tetiba nak makan buah berry ni..." Loralyn mengomel sambil terus mengunyah. Aku tersengih melihat dia bersikap keanak-anakkan...
She's so cute...
"Ohh...Nak salahkan abang la ni? Sebab buncitkan Lora?"
"Yela..."
"Sapa suruh goda abang dulu, ha? Hehe, padan muka..."
"Jerk..." Loralyn mencebik. Bunjut kulit berisi buah berry diletakkan ke sisi. Bibirnya dipedap untuk menghilangkan sisa berry, kemudian Loralyn bangun dari katil...
"Nak pergi mana tu...?" Aku menyoal apabila melihat dia memulas tombol pintu.
"Tandas...Sakit perut..."
"See? I told you..."
Loralyn merengus lalu keluar dari bilik. Aku tertawa melihat dia bengang. Benda macam tu pun nak amik hati. Aku tak tahulah kenapa, tapi...
Semenjak dia berbadan dua, Loralyn jadi sensitif. Pantang disindir, mesti melenting...
Aku berbaring ke atas katil. Mata terkebil-kebil memerhati siling. Sebenarnya, aku masih mencari Hades...
Dendam aku masih bertakuk pada dia. Celaka tu buatkan Loralyn bertukar menjadi manusia biasa...
He's gonna pay someday...
"Hurmm...Lambat laun, kau akan jumpa aku, Hades...Sabarlah Lycans...That fucker can't get away..." Aku mengomel seorang diri seraya menghela nafas lemah.
Haih, sudah 8 bulan aku cari celaka tu. Langsung tak jumpa. Pandai betul dia menyorok...
Aku tersentak apabila tubuh terasa dihempap lembut tetiba. Malahan, selimut sudah menyeliputi tubuh sehingga ke paras leher...
Senyuman terlakar di bibir apabila sepasang mata coklat muncul dari dalam selimut. Aku mengusap perlahan rambut Loralyn yang tidur menindih aku dari atas...
"Perut tak terpenyek ke? Tidur macam tu..."
"Saya tidur mengiringlah...Sejuk sangat...Mujur tubuh serigala sentiasa hangat..." Loralyn berbisik halus. Kepalanya diletakkan ke dada...
"Really? So...Abang ni diibaratkan macam unggun apilah? Not your beloved hubby?"
"Heh...Beloved hubby? Who loves you? Jangan perasan..." Loralyn menyindir. Wajahnya didongakkan kepadaku.
"Lora...Are you happy with me...?" Aku menyoal sambil mengusap cuping telinganya. Loralyn mengeliat geli...
"I'm happy! Stop carresing my ear!"
"Heh, sensitif di telinga? Interesting..."
"Stop! I'm pregnant! Jangan nak buat benda bukan-bukan!"
"Awww...Just 5 minutes...Please..."
"Nope..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...