Unggun api menyala marak menerangi kawasan sekeliling. Angin malam terus menerus bertiup menerbangkan daun-daun kering. Alunan muzik violin dan seruling kian rancak merencah suasana.
Aku menyulam jari di celahan jari kecil si musang dan memangku belakang pinggangnya. Loralyn tersenyum membalas pandangan mataku.
Kami menari mengikut alunan muzik yang didendangkan. Orang ramai langsung tidak endahkan kami. Aku dan Loralyn mengelilingi unggun api sambil menari perlahan-lahan.
"Aku tak tahu kenapa...Kau nampak cantik malam ni, Lora...Such a cute creature..." Aku berbisik di telinga musangnya. Loralyn tersengih mengetap gigi mendengar pujian aku.
"Awak cuba nak pikat saya...?"
"Pikat...? Kau isteri aku...Kenapa aku nak pikat kau pulak...?"
Loralyn tertawa kecil lalu merangkul belakang leher aku. Aku memeluk pinggangnya. Bunyi eraman manja mula kedengaran perlahan...
"Lora..."
"Ermm...?"
"I love you so much..."
Ekor musangnya mula bertukar ke warna merah menyala. Bunyi eraman Loralyn semakin jelas kedengaran. Aku mengucup lembut pipinya. Si musang memegang kedua pipi aku.
"We are destined to be together, Lycans..."
"Yes, sure we are..."
Kami terus menari sambil berbalas pandangan. Mata coklatnya terus menerus membalas renungan mata biru aku. Bibir mungilnya sentiasa mengukir senyuman. Pipinya merah bagaikan bunga mawar...
Tetiba, alunan muzik lembut bertukar rancak. Orang ramai mula berkumpul dan membuat bulatan besar. Aku dan Loralyn tersengih melihat mereka semua menari lincah.
"Haha, kenapa ni Lycans!? Tetiba je jadi rancak...!?"
"Ini muzik penamatnya! Dance with me, dear!" Aku membalas seraya memegang pinggang si musang.
Aku menari mengikut alunan muzik rancak tadi dan bergerak dalam bentuk bulatan. Suasana kelihatan riuh-rendah dengan rentak tarian tersebut.
Loralyn tertawa melihat aku bersungguh-sungguh menari dengannya. Setelah seketika, alunan muzik tersebut berhenti. Aku mengesat peluh di dahi seraya menghela nafas. Orang ramai menepuk tangan sebagai tanda tamatnya tarian unggun api tersebut.
Orang ramai beredar dari unggun api dan masuk ke dalam khemah masing-masing. Yang tinggal hanya aku dan si musang. Loralyn menggigit jari melihat suasana hening seketika...
"Eh? Semua dah balik ke, Lycans...?"
"Yup...Setakat tu jelah...Esok baru ada semula tarian unggun api ni..."
"Hurmm...Saya tak puas lagi menari..."
"Ha...? Aku semput nih...Esok pulak ok...?"
Loralyn tertawa mendengar kata-kata aku. Pipinya aku usap dengan tapak tangan kemudian memimpin dia untuk balik khemah...
"Lycans..."
"Yes...?"
"Saya ada satu permintaan..."
"What is it...?"
"Boleh saya panggil awak 'abang'?" Loralyn meminta lalu menggaru pipi. Aku tersenyum. Belakang kepalanya aku usap lembut.
"Yes, you can..."
"Really?"
"Yup, panggil jelah..."
Loralyn tersengih gembira mendengar persetujuan aku. Kami berdua terus masuk ke dalam khemah dan Loralyn duduk di birai katil putih...
"Ermm...Abang..." Si musang memanggil tatkala aku menarik zip kanvas. Aku menoleh ke arah dia. Loralyn tersenyum simpul kepadaku.
"Yes, dear...?"
"Saya ada something nak beritahu abang ni... Abang jangan terkejut ok...?"
"What is it...?" Aku menyoal kembali lalu duduk di sebelah dia. Loralyn menyandar kepala ke bahu aku. Tangannya mengambil tanganku lalu diletakkan ke atas perut dia.
"Our child, in this tummy..."
"Ha...?"
"I'm pregnant..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...