CHAPTER 64 | HASUTAN

7.1K 450 11
                                    

Lycans tidur nyenyak di sebelah aku. Nafasnya berombak perlahan dan dia seakan tidur mati. Aku memerhati dia dari sisi. Rambut putihnya aku usap perlahan.

Lycanstrophes...Seekor serigala yang penuh misteri. Adakah dia cuba rahsiakan sesuatu dari aku? Dia cuba sembunyikan identiti dirinya dari aku? Aku sendiri tidak pasti...

Hurmmm...I wanna know more about him. Bagaimana dia boleh jadi kuat macam ni? Bagaimana dia boleh terus hidup walaupun dia dirempuh pelbagai dugaan berat?

Tapi, semua misteri itu, buatkan aku lebih tertarik pada dia. He's one gentle wolf. Kasar di luar, lembut di dalam. Kadang-kala dia menjengkelkan, tapi adakalanya dia menyenangkan hati juga.

Perlahan-lahan aku bangun dari terus berbaring. Wajah Lycans aku tatap sekali lagi. Rambut panjang, aku ikat menjadi sanggul kemudian bangun dari katil.

Aku keluar dari bilik tumpangan dan berjalan turun ke bawah. Tekak terasa dahaga, jadi aku mahu beli air dan makanan.

Suasana malam di Pekan Harvest kelihatan sunyi. Cuma ada beberapa penduduk yang masih berjaga. Mereka berjalan sambil berborak dengan pasangan masing-masing.

Aku mengorak langkah ke sebuah kafe yang terletak bersebelahan dengan kedai posyen. Lampunya masih menyala, itu menandakan ia masih dibuka.

Setelah membeli makanan, aku keluar dari kedai. Langkah aku laju untuk balik ke bilik tumpangan. Nanti Lycans risau pulak bila dia sedar aku tiada dalam bilik...

"Loralyn Lyonne...The nine tailed fox...How adorable..."

Aku tersentak seraya menoleh ke belakang. Siapa sebut nama aku? Aku tercari-cari siapa gerangannya yang menyebut nama aku sebentar tadi...

Ketika itu, aku ternampak seorang gadis berambut putih susu memunculkan diri di balik tembok batu. Dia memakai dress labuh dengan bunga mawar di dada.

"Errr...Awak panggil saya ke...?" Aku menyoal apabila dia berjalan mendekati aku. Pandangan matanya tajam merenung aku.

"Lora...Lora...Kau naif..." Dia menyindir tiba-tiba seraya tersenyum. Aku membalas renungan matanya.

"Saya kenal awak ke...?"

"No...But i know you...Kau isteri Lycanstrophes..."

"Yes, i am...Pardon me...Who are you...?" Aku menyoal geram. Sesuka hati nak panggil aku naif. Dia ni gila ke..!?

Gadis misteri itu tersenyum seraya mendekatkan muka denganku. Dia menghidu bau aku, teliti.

"No wonder Lycans likes you...Bau musang memang menarik perhatian..."

"Diamlah! Siapa awak ni!?"

"Aku? Nama aku Illydia..."

"Illydia...?" Aku memerhati wajahnya. Hurmm...Rasanya aku pernah dengar nama tu, tapi aku dah lupa...

"Lycans tak pernah cerita pasal aku...?" Gadis itu menyoal tetiba. Jari-jemarinya mengelus perlahan pipi aku.

"Tak..."

"That bastard Lycans..."

"Dont mock my husband..." Aku memberi amaran. Gadis itu menepis jari aku yang dituding ke arah dia.

"Aku pasangan Lycans dulu...Kau tak kenal dia sebagaimana aku kenal dia, Loralyn.."

"Ha..? Ada saya kisah? Itu kisah lama, kan? Sekarang, Lycans sudah jadi milik saya..." Aku membalas dengan nada sinis. Illydia tersenyum.

"Kau rampas dia dari aku, Lora...And you act so bitchy about it..."

"So what..?"

"You gonna pay for what you've done, Lora"

"Hah, takut lah sangat...Lycans always protect me!"

Kami mula bertekak. Amarah aku tidak dapat dikawal. Gadis itu turut naik angin. Siapa dia ni!? Tetiba je cari pasal!?

"Kau naif!"

"Gila! Perempuan gila!"

"Perempuan bodoh!"

"Bitch! Shut your mouth..."

Kami berbalas maki hamun. Makanan yang aku beli terlepas dari genggaman. Gadis itu mengelak tipis apabila aku menerkam dia.

Grrrr...Grrrr...Dia ni...

"Sudahlah...Saya nak balik..." Aku berkata seraya mengambil semula makanan yang aku letakkan tadi. Gadis itu tersengih melihat aku beredar pergi darinya...

Ketika aku mahu naik ke tingkat atas di rumah tumpangan, aku terdengar bunyi perempuan berdesah. Langkah aku terhenti...

Lycans...? Apa dia buat kat dalam...?

Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu kayu...

Aku tergaman melihat Lycans sedang bergomol dengan dua orang gadis bunian...

"Lycans...."

Dia langsung tidak mengendahkan aku. Bunyi eraman serigala jelas kedengaran di telinga...

"Kan aku dah cakap...Kau tak kenal dia sebagaimana aku kenal dia, Lora...Lycans bukan seperti kau sangkakan..."

Perlahan-lahan aku menoleh ke belakang dan, Illydia tersengih sinis...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now