Usai bersiap, aku dan Loralyn turun ke tingkat bawah. Suasana di kawasan pasar kelihatan meriah. Kanak-kanak bermain kejar-kejar berlari melintasi kami, salah seorang dari mereka sempat mencuit ekor si musang.
Loralyn tersenyum melihat gelagat mereka. Lorong pejalan kaki dipasang lampu tanglung berwarna merah. Loralyn memerhati keadaan sekeliling dengan pandangan teruja. Aku mencuit sisi pinggang dia...
"Kau nak makan?" Aku menyoal apabila si musang menoleh. Mata coklatnya merenung aku dalam-dalam...
"Erm, boleh jugak...Awak belanja ok? Saya takde gold sekarang ni...Semuanya ada pada Lycans.."
"Takde masalah, but aku nak tanya something..."
"What is it...?" Loralyn menyoal kembali. Aku memegang dagu. Pandangan mata kami bertembung...
"Kau dan Lycans bergaduh?"
"Kenapa awak syak macam tu...? No, kami tak bergaduh...Dia sweet...So romantic..."
"Then? Kenapa kau boleh terdampar di tengah-tengah gurun...? Erm?"
"Errr...Ada masalah peribadi sikit...Awak tak boleh tahu..."
"Hurmm, i save you, ya know? Kau nak berahsia dengan aku, Lora...?" Aku membalas dengan nada tidak berpuas hati. Loralyn bingkas memalingkan muka lalu berjalan ke depan.
"Lora...Answer me...Lycans tu kawan aku...Mesti ada benda yang tak kena..."
"Awak jangan sibuk, Merlin! Please...Saya pasti, Lycans sedang mencari saya sekarang ni..." Loralyn membalas tatkala aku memegang lengannya dari belakang. Aku mengerut dahi mendengar kata-katanya...
"Lycans sedang mencari kau...? Korang terpisah ke...?"
"Ermm, yes...Kami terpisah...But, jangan risau, lambat laun, Lycans akan jumpa saya..."
Loralyn membalas seraya menarik lengannya dari genggaman aku. Aku mengikuti dia dari belakang...
Hurmm, dia dan Lycans terpisah..? But, how?
Lycans bukan Hunter sebarangan! Mustahil dia boleh terpisah dengan pasangan sendiri! Damn it, what the fuck happens!? I wanna know!
"GUHUKK!!"
Semua penduduk Pekan Jaster menoleh ke arah kami apabila Loralyn muntah tetiba. Aku termangu-mangu. Si musang memegang tiang kayu seraya mengusap dadanya. Tubuhnya menggigil...
"Lora, kau ok...?" Aku menyoal perlahan. Loralyn tertunduk. Dia muntah sekali lagi. Ogre merah memerhati dia dengan pandangan berang...
Shit, Loralyn muntah di depan gerai buah dia. Patutlah muka ogre tu macam kerang busuk...
"Merlin...Take me home..." Loralyn meminta lalu memegang bahu aku. Dia menyembam ke dadaku. Sekali lagi, aku terpinga-pinga...
"Wizard, isteri kau muntah di depan gerai aku! Aku nak kau bersihkan muntah ni...!" Ogre merah tadi menengking kuat. Aku menelan air liur...
Damn it! Asal pulak aku!? I'm innocent, you shithead!
Tanpa membuang masa, aku mendukung Loralyn kemudian teleport pergi dari situ. Semua penduduk terkebil-kebil melihat asap tebal berkepul di depan mata...
Aku memapah Loralyn tatkala kami berada di belakang lorong sunyi. Si musang kelihatan lemah. Nafasnya berombak perlahan...
"Kau ok tak, Lora...? Damn it, kau muntah-muntah..." Aku berkata seraya mengusap belakang badannya. Loralyn muntah buat kali ketiga.
"Saya ok...Bawak saya balik, Merlin...Saya nak rehat..." Dia meminta dengan nada sayu. Aku mengangguk lalu mendukung dia sekali lagi.
Loralyn merangkul belakang leherku. Ketika itu, aku terpegang perut dia....
Aku tersentak. Loralyn merenung aku tatkala aku memandang wajah dia...
"Kau...Mengandung...?"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...