Glender bernafas kencang sambil meratah daging kenyal kuda putih. Aku berhati-hati menyusun langkah. Loralyn hanya mendiamkan diri. Tersilap langkah, nahas akibatnya.
Setahu aku, Glender merupakan makhluk undead yang hanya bergantung pada deria bau dan bunyi. Matanya langsung tidak berfungsi. Itu salah satu kelemahan makhluk bangkai yang berada di depan aku sekarang ni...
Prakk...!
Glender tersebut mendongak ke arah depan apabila mendengar derapan tapak kaki aku mematahkan serpihan tulang. Loralyn menelan air liur apabila makhluk ngeri tersebut seakan memerhati kami.
Dengusan nafasnya kedengaran jelas di telinga. Hujan terus merenjis lebat. Aku memegang erat pedang silver di tangan. Biar apa pun yang terjadi, Loralyn takkan maut di rahang makhluk celaka ni...
"Hurr...Hurrr...Hurrr..." Glender itu mula mengorak langkah ke arah kami. Bangkai kuda masih terlekat kuat di celahan gigi tajamnya.
"Snifff...Snifff..." Makhluk busuk tersebut menghidu kami teliti tatkala jaraknya cuma beberapa inci dari aku. Aku menahan nafas dan menenangkan diri.
"Ump..!"
Glender tersebut tersentak apabila mendengar suara Loralyn hampir termuntah kerana bau bangkai dari tubuh gempalnya! Mulutnya dibuka dan...
"GROOOOAAAAAA!!"
BAKKKKK!!
Tumbukan aku tepat mengenai bawah rahangnya! Glender itu terhumban ke belakang dan terseret ke tanah berlumpur! Aku mencampak Loralyn ke sisi dan bersedia untuk bertempur!
FUCK THIS SHIT! AKU TAK BOLEH LARIKAN DIRI! BY HOOK OR BY CROOK, THIS SHIT MUST DIE!
Glender tersebut bangun dan menerkam ke arah aku bagaikan makhluk buas kelaparan! Aku mengelak tipis serangan ganas dia!
ZAPPPP!!
ZUPPPP!!
PAKKKKK!!
Makhluk undead itu mengelupur apabila bilah pedang aku menghiris dagingnya dari sisi! Air liur bercampur darah merenjis ke armor kulit yang melekap di tubuh!
"GROOOAAARRRR!!
PAKKKK!!
POKKKK!!
TANGGGG!!
Aku menahan serangan bertubi-tubi dari Glender tersebut! Ia terus berasak ganas! Aku mengetap gigi menahan geram! Darah aku mula mengelegak!
"DIE, YOU STINKY SHIT! JUST DIE!!" Aku menengking seraya berasak dengannya! Glender itu memusingkan badan dan menghunus kuku ke arah aku!
Prakkk!!
Armor kulit aku terkoyak hasil geselan dengan duri tajam yang tertojol di belakangnya! Aku bingkas melompat ke sisi!
BAKKK!!
BOKKKK!!
Tanpa membuang masa, dua tumbukan padu aku lepaskan ke rahang kanan dia! Glender itu merengus sakit! Tangan kanannya menampar aku dari arah kiri!
BRAKKK!!
Armor kulit aku hancur di belakang badan! Aku bingkas memusingkan badan!
BOKKKKK!!
Glender itu terseret kira-kira 10 meter apabila tendangan aku berjaya menujah dadanya!
Hah...
Hah...
Aku termengah-mengah mengambil nafas. Boleh tahan pantasnya makhluk bangkai ni. Sampai rabak armor aku dek serangan dia...
Loralyn menekup mulut melihat aku menanggalkan armor kulit yang sudah rosak. Armor kulit tersebut aku campakkan ke tanah.
Pedang aku genggam erat. Pandangan mata aku tertacap pada Glender yang berada di depan....
"Lycans..."
"Stay there, Lora...Jangan ganggu fokus aku..." Aku memberi arahan. Loralyn mendiamkan diri. Glender tersebut berlegar-legar di depan aku...
Hurmm...Dia cuba mencari titik kelemahan aku...
"Hiargggghhhh!!!" Aku menyerbu sepantas kilat ke arah makhluk busuk tersebut! Glender itu mengelak tipis tetakan maut aku dari atas!
SWOOSHHH!!
PAKKK!!
Cakarannya aku elak tipis! Dia mengaum bengang! Aku tunduk ke bawah dan menyelit kakinya! Dia terjelopok ke tanah!
ZAPPP!!
PRAKKK!!
Aku menetak dia bertubi-tubi tanpa memberi peluang! Darah terhambur dari kulit leher! Ulat belatung tersembur keluar dari mulutnya! Bau busuk menerpa ruang suasana...
BRAKKKK!!
BRAKKK!!
Tanah merekah tiba-tiba! Aku melompat ke belakang dan memaut pinggang Loralyn! Dua ekor Glender mengejar kami dari belakang!
"Lycans! Dua lagi Glender cuba menyerang!" Loralyn memekik! Aku memecut sepantas mungkin!
"Fuck it! Kita kena keluar dari sini, Lora!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...