CHAPTER 35 | JEALOUSY

8.8K 500 12
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Petir sambar-menyambar di puncak gunung. Angin taufan menghembus kuat. Di puncak gunung tersebut, sebuah istana gah kelihatan. Aura hitam menyelubungi kawasan istana kelam tersebut.

Seorang gadis berjubah merah dengan bunga mawar di dada asyik memerhati cecair biru di dalam kolam emas. Imej Lycans dan Loralyn kelihatan samar-samar di permukaan cecair tersebut.

Sebilah pedang emas tersisip di belakangnya. Rambut kuning susunya yang diikat sanggul, dia leraikan. Bibirnya digigit lembut.

'Kenapa kau kelihatan sedih, wahai serigala?' Seorang lelaki dengan mata putih menegur perlahan. Rambutnya yang terhasil dari nyalaan api biru membuatkan ruang dewan istana itu terang-benderang.

'Nothing...' Gadis itu meraup permukaan kolam dan imej tersebut lenyap. Lelaki tadi berjalan menghampirinya.

'Beritahu aku, Illydia...Kenapa kau sedih...?'

'Nothing, Hades...Really, its nothing...' Illydia menolak lembut tangan Hades yang meraup pipinya. Lelaki itu merenungnya tajam.

'Ahh...Kau bersedih sebab kekasih kau sudah ada pengganti...? Mortal is such a fool, Illydia...' Hades berkata lalu duduk di takhtanya. Anjing berkepala tiga yang terikat di sisinya, dibelai lembut.

'Hurmm...'

'Aku hidupkan kau bukan untuk lihat kau bersedih macam ni...'

Illydia menoleh ke arah dewa kematian tersebut. Hades tersenyum membalas pandangan si gadis serigala...

'Apa kau nak buat, Hades? Untuk gembirakan aku...?' Illydia menyoal seraya mendekati lelaki tersebut. Hades tersengih apabila si gadis serigala duduk di ribanya.

'Kau nak aku buat apa...?'

'Pisahkan mereka...Bunuh gumiho tu...Capture her soul...' Illydia meminta dengan gaya menggoda. Jari-jemarinya mengelus perlahan dada bidang si dewa kematian.

Hades memetik jari, seorang lelaki bersaiz gergasi masuk ke dalam dewan. Dia memberi tunduk hormat.

'Hercules...'

'Lord Hades...'

'Bunuh Loralyn Lyonne...Bawa roh dia pada aku...'

'Lycans...?' Hercules menyoal. Hades mengalihkan pandangan pada Illydia. Gadis serigala menggeleng kepala...

'Jangan bunuh Lycans...Just the fox...Leave the wolf alone...'

'Baiklah, Lord Hades...' Hercules mengangguk kemudian dia melangkah mahu beredar dari situ, tapi Hades menahan.

'Hold on, Hercules...'

'Yes, My lord?'

'Jangan bunuh Loralyn...Bawa dia ke sini...I want to see her, alive...' Hades mengubah arahannya. Hercules mengangguk. Hades dan Illydia hanya memerhati Hercules beredar pergi dari situ.

'Kenapa kau nak si musang tu hidup-hidup, Hades...?' Illydia menyoal pelik. Hades tersengih menampakkan taring putih. Rambut api birunya beralun mengikut hembusan angin dari jendela.

'Aku nak kau sendiri bunuh dia...'

'Oh...My pleasure...' Illydia membalas seraya menguntumkan senyuman. Hades mengusap pipi gadis serigala...

'Anything for you, my dear... Aku lakukan apa saja untuk lihat senyuman kau, Illydia...'

Anjing berkepala tiga hanya memerhati mereka berdua bercium bibir di atas takhta...

'Thanks, My lord...'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now