'HUWAAAAAAAAA!!!!!'
Aku terjaga apabila mendengar suara perempuan menjerit. Jeritannya sangat kuat sehinggakan semua orang di Gallowglass berlari keluar dari bilik untuk mencari empunya suara!
Aku bingkas bangun seraya melompat dari katil. Pintu kayu aku buka dan menjengah ke luar!
'Ibu...?'
Di bawah bangunan asrama pelajar Gallowglass, aku melihat ayah mengejar ibu dengan ikan di tangan. Si musang kelihatan cuak! Dia melompat naik ke atas pokok!
'Hahaha! Come here, foxy! Get your fish!' Aiden berkata sambil tertawa nakal. Eilya meninggung di atas dahan seraya mengeram bengang!
'Grrrrr! Grrrr! No! Buang ikan tu!'
'Hahahahaha!'
'BUANG IKAN TU! GRRRRR!'
'Buang? Nahh!!' Aiden mencampak ikan tersebut ke arah Eilya! Si musang gelabah lalu melompat turun ke bawah!
'Huwaaaaa!! Geli! Geli!' Si musang melarikan diri dan masuk ke dalam bangunan kayu! Dia menutup pintu!
'Oi! Bukak pintu ni! Abang nak masuk!'
'No! Stay away!'
Aku menekup dahi melihat ibu dan ayah asyik bergurau di bawah. Haih...Memalukan betul...
Suara pelajar-pelajar Gallowglass berbisik halus mulai kedengaran. Mereka semua menjeling aku...
'Itu parents, Aeryz kan?'
'Yup...Tak sangka betul..Macam budak-budak perangai...'
Mereka menyindir halus lalu tertawa mengejek. Aku menggeleng kepala lalu melompat turun ke bawah. Aiden menoleh ke arah belakang apabila aku menghampiri dia.
'Ayah...Apa ayah buat ni...? Malu orang tengok...' Aku berkata sambil menggosok belakang kepala. Aiden tersengih...
'Haha! Saja nak usik ibu kau! Seronok pulak!'
'Siap abang nanti!!' Suara ibu menyampuk kedengaran di balik pintu. Tawa Aiden berdekah!
Aku merapati pintu dan mengetuknya sopan. Aiden memeluk tubuh memerhati gelagat aku. Senyuman nakal tidak pudar dari bibirnya...
'Ibu...Aeryz ni...Bukaklah pintu...' Aku berkata perlahan. Pintu kayu dibuka. Ibu memandang aku dengan pandangan geram.
'Grrrr.... Kalau Aeryz bawak ikan, siap Aeryz...' Ibu memberi amaran. Aku menunjuk tapak tangan.
'Mana ada ikan...Haih...Jomlah masuk...' Aku menarik tangan ayah dan kami bertiga masuk ke dalam bilik kayu. Semua orang bersurai dari memerhati gelagat kami...
Sebaik sahaja pintu ditutup, ibu terus menerkam ke arah ayah dan menggigit lengannya. Aiden hanya tertawa...
'Hahahahaha! You're so funny!'
'Grrrrr!!'
********************************************
'Kenapa Eilya masam je ni...?'
Loralyn menyoal sambil menuang air teh panas ke dalam gelas. Suasana di beranda bilik Lycans kelihatan tenang. Bulan mengambang penuh di dada langit. Si musang mencebik. Pelukannya tidak lepas dari Euryca.
'Aiden ni! Dia usik saya! Grrrr....' Eilya membalas dengan nada geram. Dia menjeling tajam pada Aiden yang hanya menongkat dagu dari tadi.
'What? Bukan teruk sangat...'
'Apa kau buat, Aiden...?' Lycans menyoal. Air teh panas dia hirup perlahan. Loralyn duduk di kerusi bersebelahan dengannya.
'Dia bagi ikan kat saya!' Eilya menengking. Aiden tersengih. Loralyn menggeleng kepala.
'Patutlah...Hahaha!' Lycans tertawa berdekah. Aeryz dan Euryca hanya berdiam diri. Langsung tidak menyampuk.
'Sekali-sekala, apa salahnya?' Aiden membalas selamba. Eilya merenung tajam pada si serigala...
'Grrrr...Jangan buat lagi! Kalau tak....'
'Kalau tak, apa? Hurm? What you gonna do..?' Aiden memotong kata-kata si musang. Eilya menggigit bibir menahan geram...
'Hurmmm...'
'Sudahlah tu...Haih...Korang ni...Jagalah sikit perangai...Macam budak-budak...' Lycans mencelah. Eilya memasamkan muka...
'Well...Sambung la cerita kau, Lycans...I wanna know more...' Aiden menukar topik perbualan. Lycans dan Loralyn berbalas pandangan...
'Hurmmm...Ok...'
********************************************
P/S : Tahniah pada puterindhsyhrh kerana dapat sambung belajar ke institusi tinggi. Learn more and be tough...Student life is not easy! Congratulations!Sincerely, JM
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...