INTRO

26.3K 921 27
                                    

Suasana di padang lapang Gallowglass kelihatan meriah. Lycans, Vlademir dan Merlin duduk di meja juri sambil memerhati peserta pertarungan peringkat akhir. Gadis-gadis bunian memberi sorakan pada jejaka idaman.

Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Suasana begini buatkan aku terasa gemuruh. Sekilas pandang, aku ternampak ayah sedang memerhati aku bersama ibu.

'AERYZ! YOU CAN DO IT!! MAKE ME PROUD!' Ibu memekik lantang. Aku tersengih mendengar laungan semangat yang dia lontarkan.

Gadis bertelinga arnab berjalan ke tengah padang lapang. Dia menoleh ke arah kiri dan kanan...

'Next contestant... AERYZ AIDEN versus NOAH LEONIDAS...' Si gadis memekik kuat. Aku mengorak langkah ke depan. Noah juga berjalan ke depan sambil tersenyum...

Pedang atuk aku genggam erat. Aku dan Noah berbalas pandangan...

'Aeryz.. Good luck...' Noah berkata selamba. Aku tersengih...

'I'm.gonna beat you into pulp, Noah...'

'What? Kau masih berdendam sebab aku berkawan dengan Euryca...?' Dia menyoal sinis. Aku menggosok batang hidung...

'Heh, tak kisahlah pasal tu..' Aku membalas. Noah tersenyum...

'Pertarungan ni cuma ada satu rule! Jika salah seorang dari kamu tercampak keluar dari padang lapang, kamu dikira kalah! Juri yang akan mengadili pertarungan kali ni...Si lagenda, Lycanstrophes, The great One, Merlin and The King of Arastosa, Vlademir Scovish!' Si gadis arnab membuka kata aluan. Aku dan Noah memeluk tubuh mendengar kata-katanya...

'Aeryz Aiden...! Are you ready...?' Gadis arnab menyoal seraya menoleh ke arah aku. Aku bersedia lalu mengangguk perlahan...

'Noah Leonidas...! Are you ready...?' Gadis arnab menyoal Noah pula. Noah mengangguk dan bersedia untuk bertempur...

Gadis arnab berjalan ke sisi. Memberi ruang luas untuk kami bertarung. Aku dan Noah memerhati tajam di antara satu sama lain...

Relaks, Aeryz...Relaks...

You can win this...

'FIGHT!!'

Noah terus meluru ke arah aku sebaik sahaja perlawanan bermula! Aku tersentak dengan langkah pertama dia!

ZUPPPPP!!

ZAAPPPPPP!!

PAKKKK!!!

Aku menepis tetakan Noah dengan pedang! Dia terus berasak tanpa memberi peluang! Aku bingkas tunduk ke bawah seraya berlari ke sisi apabila bilah pedangnya dilibas ke atas!

BAKKKK!!

BOKKK!!

Dua tumbukan aku mengenai pinggang dan dada Noah! Dia pantas menyusun langkah untuk menstabilkan diri! Pedang dipacakkan ke tanah!

'You're good, Aeryz!!'

'Yeah!' Aku membalas kata-katanya seraya memecut ke arah dia sepantas kilat! Noah menarik pedangnya dari tanah dan menahan tetakan padu aku!

SKREEETCHHH!!

Noah terseret ke belakang! Aku menyerang tanpa memberi peluang untuk dia membalas! Aku akan buat ayah bangga!

PANGGG!!

PONGGG!!

TANGGG!!

Kami berbalas tetakan! Orang ramai memerhati teruja pertarungan kami! Lycans memeluk tubuh menyaksikan pertempuran aku dan Noah...!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now