🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Cahaya bulan memancar tenang di dada langit. Angin malam menghembus lembut. Aku dan Vlademir duduk di depan unggun api sambil memanaskan badan. Loralyn asyik merapikan bulu ekornya di depan khemah.
Aku memerhati gelagat dia dari jauh. Hurmmm... Dia cantik. Serius. Memang cantik. Aku seakan tidak puas menatap dia...
'Oi, kau tenung Lora lama-lama ni apahal? Kau nak, pergi la kat dia... Setakat tenung je, tak function, Lycans...'
Teguran Vlademir mengejutkan lamunan aku. Si serigala tersengih apabila aku tersipu-sipu.
'Apa kau merepek ni...? Dia tu gila...Menakutkan...' Aku membalas perlahan. Vlademir melontarkan pandangan pada si musang.
'Menakutkan? Apa maksud kau ni..?'
'Kau tahu, dia attack aku masa di bilik tumpangan... She's creepy as fuck!'
'What? Lol, kau ni hunter! Takkan dengan perempuan kau boleh kalah? She's just a fox! Look at her!' Vlademir membalas seraya menunjuk ke arah Loralyn.
'Takkan aku nak belasah perempuan pulak!? Aku ada moral!' Aku membidas sindiran Vlademir. Dia tertawa.
'Haha! Mesti kau buat apa-apa pada dia kan? Lora cakap kau cuba rogol dia!'
'What!? Dia yang rogol aku!'
Tawa Vlademir berdekah mendengar bantahan aku! Dia menekup dahi di sebelah aku!
'What?! Aku beritahu benda betul!'
'Lycans...Lycans...Jangan buat lawak tengah-tengah malam macam ni...'
'Mana ada aku buat lawak, bodoh! She's dangerous!'
Vlademir menoleh ke arah aku. Aku terpinga-pinga apabila dia tersenyum. Tangannya menepuk lembut bahu aku...
'Cakap jelah, Lycans...Kau sukakan Loralyn?'
'Ha?! Like hell i would! Yes! Memang dia cantik! Tapi, dia tu psycho! Dia gigit aku, Vlad! Look!' Aku membalas seraya menunjuk luka di pipi. Vlademir merenung aku.
'Hurmm... Habis? Kenapa kau join fight tu?' Vlademir menyoal perlahan. Aku menggaru pipi. Hurmmm...
'Ntahlah, Vlad....'
'Lycans... No need to be shy.. Cakap jelah, kau sukakan dia...' Vlademir menduga sekali lagi. Aku memeluk tubuh.
'Tak! Aku tak sukakan dia...!'
'Sampai bila kau nak berpaut pada cinta lama..? Illydia takkan balik pada kau, Lycans...' Vlademir berkata perlahan. Air masak di dalam botol kulit, dia teguk perlahan.
Illydia...
'Ya...Aku tahu, Vlad..Illydia takkan balik pada aku... Tapi..'
'Tapi apanya lagi...? Jangan bagi alasan, Lycans...Kau kena move on.. Cari cinta baru...' Vlademir mula berhujah. Aku tertunduk dan menggosok rambut.
'Easy for you to talk, Vlad...'
'Seem easy for me...Lagipun, Loralyn sukakan kau...'
'Ha...?'
Vlademir tersenyum apabila melihat reaksi aku. What? Si musang tu sukakan aku...?
'Apa kau merepek ni...?'
'Look at her tail, Lycans...' Vlademir menunjuk ke arah Loralyn. Si musang mengemas tempat tidurnya. Ekornya yang bergodek perlahan itu aku perhatikan lama...
Ekornya sudah berubah warna ke warna merah...
'Ekor Lora berubah warna, Lycans...'
'So what? Maybe dia mengantuk...Sebab tu berubah warna...' Aku membalas selamba. Valdemir menepuk lembut bahu aku.
'Ekor gumiho cuma akan berubah warna diatas tiga sebab...First, jika dia sukakan sesorang, second..jika dia cintakan seseorang and finally, jika dia bencikan seseorang...' Vlademir menjelaskan pada aku.
Sekali lagi, aku perhatikan ekornya... Memang berubah warna merah...
'Merah bermaksud dia cintakan seseorang...' Vlademir menyambung kata-kata. Aku mengerut dahi.
'Ok...Tapi, bukan aku...Aku tak rasa dia cintakan aku...' Aku membidas teori bodoh Vlademir. Dia tersengih.
'Kita uji nak...?' Vlademir berkata dengan nada sinis. Aku mengangguk.
'Fine, ujilah...Aku yakin, dia tak cintakan aku...' Aku membalas tenang. Vlademir bangun dan mengeliat.
'Lycans! Gadis bunian tu cantik ke? Aku tengok kau bukan main suka lagi dengan dia!'
Aku terpinga-pinga apabila Vlademir memekik tiba-tiba. Apahal dia ni!?
'Gadis bunian mana ni..? Ermmm...?'
Aku dan Vlademir tersentak apabila Loralyn berada di belakang! Matanya merenung padaku...
Shit! Sejak bila dia datang!?
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...