🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Aku berjalan sambil menyeluk poket di lorong belakang pekan. Kabus tebal menyeliputi suasana. Bulan mengambang penuh di dada langit kelam. Bintang menghiasi malam sunyi...
Angin malam terus menerus bertiup, membuatkan rambut aku beralun ke belakang. Sekali-sekala aku terdengar suara kucing bergaduh...
Hurmm....
Langkah aku terhenti. Kepala aku dongakkan ke atas. Bulan indah aku perhatikan seketika...
'She's my second chance...' Aku mengomel sendiri. Cahaya bulan membuatkan aku terasa tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan...
Lycans...Bagi dia ruang...
Bagi dia masa...
You can do this, Lycans...
Aku bermonolog sendiri kemudian melangkah pergi dari lorong sunyi itu. Setelah berjalan selama 15 minit, aku tiba di bilik tumpangan Dalle Inn. Perlahan-lahan aku berjalan menaiki tangga.
Pintu bernombor 7 itu aku ketuk perlahan kemudian memulas tombolnya. Suis lampu aku petik seraya membuka kasut.
'Mana awak pergi...?'
Suara Loralyn menyoal perlahan kedengaran di beranda kayu. Aku tidak mengendahkannya. Si musang memerhati gelagat aku.
'Mana awak pergi...? Jawab Lycans...' Dia menyoal sekali lagi. Aku berdiri di hadapan cermin untuk membasuh muka. Loralyn memeluk tubuh di belakang aku...
'Maafkan aku, Lora..' Aku berkata perlahan. Loralyn tersentak. Dia memegang lengan aku dari belakang!
'Awak cari perempuan lain!? Huh!?'
'Ha...? Apa kau merepek ni?'
'Yela! Awak minta maaf? Awak tidur dengan perempuan mana ni!?' Si musang menyoal dengan nada geram. Aku terpinga-pinga. Loralyn merenung tajam mata aku...
Oh...Dia ingat aku minta maaf sebab aku khianati dia...?
'Hahahahahahahahaha! Kau ni kelakarlah! Laju betul kau assume benda bebukan kat aku!'
Loralyn memasamkan muka apabila aku tertawa terbahak-bahak di depannya. Aku menyeka airmata. Aduh, sakit perut aku...
Dia ni kelakar...Cemburu buta...
But, its cute...Real cute...
'Kenapa awak gelak!? Saya serius ni!' Dia berkata bengang lalu menarik bahu aku ke depan. Loralyn menghidu bau aku teliti...
'See? Takde bau perempuan kan...?'
'Hurmm...Bau arak...Awak pergi pub..?'
'Yea...Minum dengan Deathwing...' Aku membalas selamba. Loralyn memalingkan muka. Pipinya merona merah.
Haha! Malu la tu...Dia tersalah sangka...
Aku mengangkat pinggangnya dan Loralyn pantas memaut bahu aku. Dia termangu-mangu apabila aku membawanya ke beranda...
'Aku minta maaf, Lora...' Aku berkata seraya meletakkan dia di atas pagar beranda kayu. Si musang memegang bahu aku...
'Kenapa awak minta maaf...?'
'Sebab aku paksa kau tadi...I'm sorry...Aku tak patut buat kau macam tu...You're not my sex slave...You're my companions...'
Loralyn menggigit bibir mendengar kata-kata aku. Dia mengusap lembut rambut aku. Mata coklatnya merenung aku dalam-dalam...
'Lycans...'
'Erm?'
'You know that i love you, right...?'
'Yeah...I know..'
'Boleh awak bagi saya masa...? Saya tak bersedia...Awak menakutkan saya bila awak bertindak macam tadi...' Loralyn berkata perlahan. Aku tersenyum...
'Take all the time you need, I'll wait...' Aku membalas lalu mengucup pipinya. Loralyn tersenyum manis. Ekornya melilit pinggang aku...
'Esok awak ada perlawanan...'
'Haha! Dont worry, aku pasti menang...'
'Yes...Saya tahu...Awak mesti menang...You're strong wolf...'
'Damn right i am...' Aku berkata seraya mengusap pipinya. Loralyn memegang pipi aku...
Bibir kami bertaut rapat. Aku merangkul belakang kepalanya. Nafas Loralyn mulai merombak laju...
'Hah...Hah...' Si musang termengah-mengah apabila ciuman kami terlerai. Aku meletakkan dahi ke bahunya...
'I love you so much, my fox...'
'Lycans...'
'Yes...?'
'Pastikan awak menang...Bila awak dah menang perlawanan tu...I give it to you...' Loralyn berbisik di telinga aku. Aku mengerut dahi...
'Give what, my sweet fox...?' Aku menyoal lembut. Si musang mengusap bibir aku...
'Hadiah saya...Pada awak...'
'Hadiah..? Apa hadiahnya...?'
'My body...My soul...Everything...'
'Ohhh...'
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasíaMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...