PAKKK!!
TANGG!!
POKKK!!
Patung kayu bergegar hebat apabila bilah pedang menghentam permukaannya bertubi-tubi. Aku terus-menerus menetak tanpa henti. Peluh membasahi belakang baju.
"Hah...Hah...Hah..." Nafas aku termengah-mengah mencari udara. Pedang silver aku pacakkan ke sisi patung kayu kemudian duduk di kerusi batu. Air sejuk aku teguk untuk melepaskan lelah.
Aku tertunduk seraya mengesat peluh di dahi dengan kain putih. Cuaca terasa membahang dan lembap. Angin yang bertiup terasa hangat. Sudah dua minggu hujan tidak turun. Musim panas tiba sekali lagi mengikut putaran alam.
"Rajin kau berlatih, Aeryz...Selalunya musim panas macam ni, orang berehat je..."
Aku mendongak tatkala mendengar suara menegur. Allucard tersengih membalas pandangan aku. Aku memberi ruang untuk dia duduk di sebelah.
"Duduklah, Pakcik Allucard..." Aku berkata seraya menyimpulkan senyuman. Allucard menurut perlawaan aku. Pedang bersaiz gergasi, dia letakkan di sebelah kerusi batu.
"Arria tidur ke, Pakcik...?"
"Ha'ah...Pemalas dia tu..."
"Pemalas?" Aku mengerut dahi mendengar balasan katanya. Allucard tersengih, rambut aku dia usap dengan sebelah tangan.
"Haha, dia asyik tidur dan makan..Langsung tak nak berlatih...Kau tak jumpa dia, Aeryz...?"
"Jumpa jugak, cuma tak kerap..."
"Oh, aku ingat korang bergaduh..."
"Kenapa nak bergaduh pulak? We're doing fine..." Aku membalas selamba. Air sejuk aku teguk sekali lagi. Allucard memerhati aku dari sisi.
"You look so much like Aiden..." Dia berkata tiba-tiba. Aku hanya mengangguk mendengar kata-katanya. Allucard mendongak memandang langit biru...
"Saya anak dia, kan? Sudah semestinya saya sama macam dia..."
"You must be strong, Aeryz...Jaga nama baik bapa dan atuk kau...Jangan banyak buat masalah..."
"Saya banyak buat masalah ke...?"
"Is that a dumb question?"
Aku menggaru pipi mendengar sindiran halus dia. Allucard meletakkan tangan ke bahu aku.
"Aiden selalu susah hati pasal kau, Aeryz..."
"Hurmm, yes...Saya tahu saya lemah...Tapi, saya cuba untuk jadi kuat macam dia..."
"Ini bukan pasal kau kuat or lemah...Ini pasal kau takde semangat..."
"Takde semangat...?"
"Senang cerita, macam ni lah...Kau manja...Terlalu manja..."
Aku terkedu mendengar sindiran pedas dia. Pedihnya menusuk ke hulu jantung. Sejak bila aku manja!?
"Apa Pakcik cakapkan ni...?"
"Kau lembik sangat...Lycans ada cerita kat aku...Yang kau manja bila berlatih dengan dia..."
"Mana ada! Atuk yang kasar sangat!"
Allucard tertawa terbahak-bahak mendengar bidasan kata aku. Aku mencebik seraya menolak tangannya dari terus menyandar di bahu.
"Hahahahaha! Kasar!? Kau fikir musuh akan berlembut dengan kau!? Damn kids! You're so funny!"
"Grrr...What the hell are you laughing for!?"
"Kau baran! Sebijik macam Aiden! Sayangnya, kau tak kental macam dia!"
"Fine! Fight me, you bastard! I challenge you!"
Tawa Allucard terhenti. Dia menoleh ke arah aku. Pandangan matanya tajam...
"What...? You challenge me? Seriously, kids?"
"Yes! I fucking challenge you...!" Aku membentak seraya bangun dari kerusi. Allucard menggeleng kepala. Senyuman sinis terukir di bibirnya...
Perlahan-lahan Allucard bangun seraya mencapai pedang gergasinya di sisi. Dia berjalan ke hujung dewan. Derapan but besinya bergema menggamit suasana...
Aku mengambil pedang di sebelah patung kayu dan melibas ke kiri dan kanan. Allucard memerhati gelagat aku dengan gaya selamba.
"Are you serious about this...?" Allucard menyoal meminta kepastian. Aku menghunus pedang ke arah dia...
"Fight me, Allucard Venzella..."
Allucard tersengih menampakkan taring kecil. Walaupun dia hanya memakai armor kulit, namun tubuh sasanya memang tampak gagah...
"Alright, show me what you got, Lycans grandsons..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...