BAKK!!
Lelaki berambut perang terkejut apabila aku meletak sebunjut beg kulit ke atas meja kayu. Dia terpinga-pinga. Aku mengurut perlahan bahu yang terasa sengal.
'Tuan Aiden...'
'Ini kepala Griffin yang kau minta aku hapuskan...' Aku berkata selamba. Dia membuka ikatan beg kulit tersebut. Kepala Griffin yang masih mengalirkan darah pekat tersorok di dalamnya.
'Wah...Cepatnya Tuan hapuskan! Haha! Tak sia-sia saya serahkan tugas ni pada Tuan!' Dia berkata lalu tertawa sinis. Aku tersenyum kelat...
'Well? Mana bayarannya? Kau ingat aku buat kerja amal ke? Aku debik kau nanti!'
'Haha! Yelah-yelah! Nah! 1500 gold seperti Tuan minta!' Lelaki itu berkata seraya menyerahkan aku sebunjut kepingan emas. Aku bingkas mengambilnya...
'See ya...Kalau ada apa-apa lagi...Beritahu aku, Frost...!' Aku berkata lalu keluar dari kedai besi. Dia memberi tunduk hormat ketika aku melangkah keluar dari kedainya...
Orang ramai berjalan melintasi aku tatkala aku meredah kawasan pasar pekan Azeroth. Sebunjut kepingan emas tadi aku perhatikan lama sambil bersiul-siul...
Hurm...Aku nak bawak Eilya makan lepas ni. Mesti dia penat sebab bantu aku hapuskan Griffin tadi...
'Aiden! Woi! Sini!'
Aku tersentak apabila mendengar nama aku dipanggil tiba-tiba. Aku menoleh ke arah kiri dan kanan. Dylan melambaikan tangan padaku di depan gerai buah.
Aku tersengih seraya mengorak langkah menghampiri dia. Dylan menyua tangan padaku dan aku pantas menyambutnya.
'Haha! Dylan! Aku nak singgah kedai kau nanti...Tapi, boleh pulak jumpa kau kat sini!' Aku berkata lalu tertawa. Dylan tersengih.
'Kau la, lama sangat tak datang kedai aku...Mentang dah ada Excalibur...Kau langsung tak servis pedang kat kedai aku!'
'Haha! Nak buat macam mana, Excalibur tak pernah tumpul...Its a damn good sword, ya know!'
'Excalibur takkan tumpul selagi kau jamu darah pada bilahnya...The sword of devil!'
Aku memeluk tubuh mendengar balasan katanya. Dylan kembali membelek buah lemon di gerai.
'Mana musang kau? Takkan kau tak bawak dia?'
'Eilya?'
'Yelah! Musang mana lagi kau ada? Ha?'
'Haha! Dia tunggu aku kat taman...Hurmm..Sejak bila kau minat makan buah ni?' Aku menyoal perlahan. Buah epal aku ambil sebiji.
'Saja...Aku bosan sebenarnya ni...Jalan-jalan cari buah kejap...'
'Buah dada kau tak nak cari..?' Aku menyoal sinis. Gadis penjual buah tersengih mendengar gurauan aku.
'Sungguh celaka sindiran kau ni...Yela-yela! Aku taulah...Aku tak kahwin lagi! Jangan la bagi hint macam ni, bodoh!' Dylan membalas geram. Aku tertawa terbahak-bahak!
'Haha! Oklah! Aku nak pergi ambil ISTERI aku kejap, nanti aku datang kedai kau!' Aku berkata sinis. Sengaja aku tinggikan suara pada perkataan 'isteri' untuk menyakitkan hati Dylan.
'Yea-yea...Datanglah...Aku rindu jugak kat musang tu...'
'See ya...' Aku beredar dari Dylan. Lelaki itu tidak mengendahkan aku. Dia leka membelek buah lemon di depannya itu.
Aku meneruskan perjalanan. Setelah berjalan kira-kira 200 meter, akhirnya aku sampai di kawasan taman Azeroth. Dari jauh, aku melihat ekor putih gebu sedang melurut di bawah pokok.
Eilya tertidur di kerusi batu. Aku menggaru belakang kepala melihat keadaannya itu. Si musang langsung tak sedar kehadiran aku.
Haih...Mesti dia letih sangat ni...Mujur takde orang kacau...
Hurmm...
'Eilya...Bangunlah...' Aku mengejutkan dia. Pipinya aku cubit lembut. Langsung tak terjaga. Haih...
Perlahan-lahan aku mendukung dia. Eilya terlentok di bahu aku. Aku berjalan ke tingkat bawah Azeroth untuk ke kedai besi Dylan...
Tetiba, aku terasa belakang leher aku dipaut perlahan. Bunyi eraman manja kedengaran di telinga. Aku tersenyum...
'Ermm...Dah lama abang tak dukung saya macam ni...' Eilya berkata manja sambil menggeselkan pipi di bahu aku. Aku mengusap belakang badannya.
'Yelah...Macam mana nak dukung sayang kalau Euryca asyik menyibuk...?'
'Hurmm...Euryca dan Aeryz...'
'Jangan risau, Lycans akan jaga mereka...' Aku memotong kata-kata Eilya. Si musang mengangguk. Ekornya bergodek perlahan...
'Just like old times...' Dia berbisik di telinga aku. Aku menoleh ke arah dia. Eilya tersenyum.
'What? Apa sayang cakap tadi...?'
'Just like old times...Dulu, cuma kita berdua...And, abang selalu dukung saya macam ni...'
Aku tersengih mendengar kata-katanya. Eilya mengucup pipi aku...
'I love you, my wolvie...I love you so much..'
'Yea-yea...I love you too...'
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantezieMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...