PRANG!!
Bunyi gelas kaca berderai membingitkan telinga. Air emas berkocak kuat. Nafas Illydia berombak kencang. Giginya diketap sekuat hati. Matanya bertukar merah.
Imej Loralyn dan Lycans berpelukan mesra bermain di depan matanya. Air emas tersebut diraup dengan sebelah tangan. Gadis serigala merengus geram.
"Betina tu kandungkan anak Lycans...?! How the fuck is this happen!?" Illydia mengomel seorang diri melepaskan amarah yang terbuku di dalam hati.
Dia mengorak langkah ke tingkat atas istana kegelapan. Cerberus hanya memerhati gadis serigala berjalan melintasi dia...
"Mana Hades!?" Illydia menyoal tatkala dia bersua muka dengan Ares. Si Dewa Perang kelihatan selamba memeluk tubuh di hadapan Illydia.
"Dia turun ke dunia manusia...Ke Greek untuk cabut nyawa manusia...Why you asked?"
"Aku nak dia cabut nyawa si musang tu!"
"Why tho?"
"None of your business!" Illydia membidas lalu berjalan melintasi Ares, tetapi Si Dewa Perang pantas menggapai lengan si gadis serigala.
"Lepaskan aku!"
"Kau marah-marah ni kenapa, Illydia...?"
"Bukan hal kau, Ares...! Lepaskan aku...!" Illydia membentak seraya menarik lengan dari Ares, tetapi genggaman lelaki itu kuat.
Illydia tersentak apabila Ares merentap lengannya ke belakang. Gadis serigala tersembam di dada Si Dewa Perang. Wajah mereka terpampam di depan mata.
"Ares..."
"Kau sedih? Kau cemburu? Beautiful girl like you should smile alots...Not shedding tears like this.." Ares mengusap perlahan pipi Illydia. Gadis serigala tertunduk. Air matanya menitis ke lantai mozek putih.
"Musang tak guna tu kandungkan anak Lycans...Aku sakit hati, Ares..."
"Mereka berdua suami isteri, Illydia...Lambat laun, mereka akan menimang cahaya mata...Kau sedar kan?"
"But..."
"What the fuck is going on here..?"
Mereka berdua menoleh apabila mendengar suara mencelah tetiba. Hades merenung tajam pada Illydia dan Ares. Si Dewa Perang melepaskan pelukan dari Illydia.
"Ha-Hades...Kau jangan salah faham..."
"Salah faham? You hugged Illydia...Give me the good reason for this shit..." Hades membalas dingin seraya berjalan selamba mendekati Ares.
"Errr...Illydia sedih...Jadi..."
Hades mencekak leher Ares. Aura hitam menyelubungi lelaki tersebut. Nyawa Ares berlegar-legar di jasad Si Dewa Perang. Illydia pantas menahan perbuatan Si Dewa Kematian.
"Stop it, Hades! Jangan bunuh Ares! Dia tak bersalah...!"
"Grrr...Kau khianati aku Illydia...? You're trying to fooling me?" Hades membalas dengan nada geram. Genggaman tangannya dilepaskan dari leher Ares. Si Dewa Perang terbatuk-batuk apabila nyawanya bersatu semula dengan jasad.
"Gurhh...Kau salah faham, Hades...Aku tak rampas Illydia dari kau..."
"Hurmm...Fine...Sekali lagi kau peluk dia...Aku hantar kau ke alam baka..."
"Hades...Janganlah marah..." Illydia memujuk lembut. Hades menggenggam lengan si gadis serigala kemudian beredar dari situ.
Ares mengusap lehernya. Bekas cekakan Hades masih berbekas pada lehernya...
"Wew, he's almost kill me..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...