PANGGG!!
PONGGG!!
PAKKKK!!
Lycans dan Lazarus bertarung sengit di tengah ruang dewan istana! Setiap kali mereka berbalas tetakan, cahaya menyambar bagaikan kilat memanah bumi!
Lycans melompat ke atas dan memijak tugu pahlawan serigala! Lazarus memerhati tindakan dia!
PAKKK!!
TANGG!!
Lazarus bingkas menahan serangan padu si serigala berambut putih! Kakinya terseret seketika. Lantai dewan retak apabila menerima impak perlawanan ganas tersebut!
Lycans terus berasak tanpa memberi peluang! Gerak-geri mereka pantas, bagaikan angin! Hanya percikan api dan bunyi dengung pedang berlaga kedengaran!
Aku memerhati pertarungan mereka sambil menggigit bibir. Barathum kelihatan teruja melihat pertarungan dua beranak tersebut.
"Your husband is such a good fighter..." Barathum berkata tiba-tiba tatkala aku leka memerhati perlawanan tersebut. Aku mendongak memandang dia...
"Erm, Lycans memang handal berlawan..."
"Kau patut berbangga, bukan mudah nak cari pasangan hebat seperti dia...Wajahnya boleh tahan kacak, and he's strong wolf..." Barathum berkata seraya tersengih. Aku mengangguk.
"Memang saya bangga... He's my companions after all..."
"Hurmm...But, you're not a wolf..." Barathum mengusap perlahan kepala aku. Aku tertunduk dek usapannya. Janggal rasanya...
"Erm, saya musang...Bukan serigala...Kenapa..?"
"Nothing...Setakat ni, belum ada lagi keturunan serigala berkahwin dengan musang...Mereka semua berkahwin dengan pasangan serigala...You and Lycans was the first one to break the rule..."
"Oh...Jadi, kami kena berpisah...?" Aku mula terasa tidak senang dengan kata-katanya. Barathum tersenyum.
"No...Aku tak suka menghalang cinta...Kau cintakan Lycans, bukan? So, kenapa perlu berpisah? Just stay with him and make him stronger..."
Kata-kata Barathum membuatkan aku bernafas lega. Aku fikir aku kena tinggalkan Lycans tadi. Puak serigala amat berpegang teguh pada tradisi dan itu agak menakutkan aku...
Tapi, biar apa pun yang terjadi, aku takkan tinggalkan dia...
He's my companions...And he's the only one...
Lycans melompat ke sisi dan menetak Lazarus, tetapi serigala leganda itu pantas mengelak! Lycans mengetap gigi menahan geram!
Mereka terus bertarung sengit tanpa henti! Seolah-olah mereka tahu setiap gerak langkah masing-masing. Aku mula terasa cemas apabila Lycans mula termengah-mengah.
PANGGG!!
PONGGG!!
PAKKK!!
Lycans terhumban ke sisi takhta apabila tendangan Lazarus padu menghentam dadanya! Aku bingkas bangun untuk mendapatkan dia, tapi zirah pelindung menghalang!
"Lycans! Awak ok!?" Aku menyoal cemas. Lycans bingkas bangun dan mencapai pedangnya semula!
"Shut up, Lora! Aku perlu fokus!" Dia menengking lalu meluru semula ke arah Lazarus! Aku mencebik...
Ceh, berlagak konon! Fine! Aku tak ambil peduli! Lantak kau lah, Lycans!
Aku tersentak apabila terasa sepasang tangan memaut pinggang aku dari belakang. Barathum tersenyum tatkala aku menoleh.
"Shhh...Jangan menyibuk. Biar mereka bertarung tanpa gangguan..." Barathum berkata lalu meletak aku di atas ribanya semula. Aku memasamkan muka...
"Hmph! Fine! Saya tak amik peduli lagi!" Aku membalas seraya memeluk tubuh. Barathum tersengih melihat aku merajuk.
"Gumiho is such a cute creature, isn't? No wonder Lycanstrophes loves you..."
"Whatever..."
"Kau dah fikirkan nama...?" Barathum menyoal tiba-tiba. Aku mengerut dahi mendengar soalannya.
"Nama? Nama apa...?"
'Nama anak kau...?"
"Eh?"
Barathum mengusap lembut perut aku. Pandangan matanya merenung aku sinis...
"You dont know, didn't you?"
"What...?"
"Kau mengandung, Loralyn...Our next legacy...Inside your tummy..."
"Ha...?"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...