Kafe tempat kami bersarapan kelihatan lenggang. Cuma ada beberapa orang pelanggan yang asyik menjamu selera. Ibu menuang jus lemon ke dalam gelas kristal. Ayah pula hanya menjamah daging panggang tanpa menghiraukan kami...
Pandangan aku beralih pada Euryca yang duduk di sebelah. Dia hanya mendiamkan diri sambil memotong daging di dalam pinggan. Wajahnya kelihatan sugul.
Hurmm...Mesti dia sedih sebab semalam...Yelah..Dia memang sukakan Noah...
But, kena tikam belakang...Its hurt..
'Ryca...Kenapa ni..? Monyok je..? Tak sedap ke...?' Ayah menyoal lembut. Si musang hanya menggeleng kepala.
'Takde apa...Sedap..Just..Ryca tak selera nak makan...' Euryca membalas perlahan. Aku menyuap daging ke dalam mulut.
Hurmmm...Tekaan aku tepat...Dia masih sedih pasal semalam...
'Ryca ada masalah ke...?' Giliran ibu pula menyoal. Tangan si musang terhenti dari terus memotong daging. Dia tertunduk sedih...
'Ryca ok, ibu...'
'Habis? Kenapa sikit je makan? Ryca selalu makan banyak...'
'Ryca dah cakap kan tadi? Ryca tak selera nak makan...' Euryca membalas dingin. Aku terus-menerus memerhati gelagat dia. Si musang tidak mengendahkan aku...
'Kalau Ryca ada masalah...Ceritakanlah pada ibu dan ayah...Kami boleh tolong...' Ibu memujuk lembut. Kepala si musang diusapnya perlahan. Euryca mendongak...
Ibu dan ayah membalas pandangan si musang. Aku hanya mendiamkan diri...
'Ayah pernah curang dengan ibu...?'
Kami semua tersentak dengan pertanyaan Euryca. Si musang merenung ibu. Dia menanti jawapan. Ayah mula menggaru kepala..
'Well....'
'Tak! Tak! Ayah tak pernah curang! Ibu Ryca dah cukup cantik..!' Ayah membalas pantas. Aku dan Euryca termangu-mangu.
Kenapa ayah gelabah semacam ni...?
Si musang memasamkan muka. Dia menyuap daging ke dalam mulut dan mengunyahnya perlahan-lahan. Kami semua memerhati dia...
'Kenapa Ryca tetiba tanya soalan macam ni...? Ryca ada masalah dengan Noah?' Ayah menyoal perlahan. Si musang tidak mengendahkan dia...
'Kalau Noah buat hal, beritahu ayah...'
'Apa ayah nak buat?' Euryca mula berminat dengan kata-kata si serigala. Ayah tersenyum sinis.
'Ayah belasah bapak dia lah...Hahahahaha! Dah lama tak belasah mamat poyo tu!'
'Abang jangan merepek...Leo tak buat apa-apa pun...'
'Kenapa sayang nak back-up dia pulak!?'
'So what!? Benda dah lepas kan? Takkan berdendam lagi...?'
Aku menekup dahi dengan sebelah tangan apabila mereka berdua mula berbalah. Haih...Macam budak-budak perangai...Dari dulu sampai sekarang...
Bayangkan, penduduk kampung lain fikir yang Aiden ni abang aku? Nampak tak betapa tak matangnya mamat ni..?
'Hurmmm...Ryca dah kenyang...' Si musang meletak pisau dan garpu di atas meja seraya bangun. Kami semua mendongak memandang dia...
'Eh...? Ryca dah kenyang? Sikit sangat makan?' Ibu mula terasa risau. Si musang menggalas beg kulit.
'Ermm..Dah kenyang...Jumpa nanti...Ibu..Ayah...' Euryca sempat mengucup kedua pipi ayah dan ibu sebelum berjalan ke Gallowglass. Aku menongkat dagu melihat Euryca beredar pergi...
Haih...Girl always being complicated...Cari jela mamat baru...
Aku bukan nak bangga, tapi adik aku ni boleh tahan comelnya...Ramai jugak kawan-kawan aku sukakan dia...
Petik jari, beratur datang melutut...
'Kenapa dengan adik kamu tu, Aeryz...?' Ayah menyoal aku tiba-tiba. Aku menjeling dia. Ibu menanti butir kata aku...
'Ntahlah...Nanti Aeryz tanya...'
'Tanya dia, Aeryz...Dia rapat dengan kamu...Dengan ayah, maybe dia segan...'
'Yela-yela...Well, Aeryz ada kelas...See ya soon...' Aku membalas seraya bangun. Beg kulit dan pedang besi aku gapai dari sebelah kerusi. Ibu dan Ayah hanya tersenyum melihat aku beredar dari kafe...
Hurmmm...Nanti aku nak slow talk dengan minah musang ni...
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...