CHAPTER 132 | APABILA HUNTER BINGUNG

6.1K 440 6
                                    

Coklat panas yang terisi dalam gelas kaca, aku perhatikan lama. Wap putih berkepul naik ke udara. Eilya pula menelan air liur di sebelah aku. Selwyn yang duduk di depan, tersenyum manis memandang kami berdua...

"Minumlah...Coklat tu masih panas lagi..." Selwyn mempelawakan kami minum sekali lagi. Aku menggosok leher...

"Hurmm, Selwyn...Aku...."

"Kenapa? Coklat tu tak cukup lazat...?"

"No...no...Its just...Chocolate is not my kind of food...In fact, i hate it...So fucking much..." Aku berkata tanpa berselindung. Riak muka Selwyn terus berubah mendengar kata-kata aku...

"Oh...Maaf-maaf..." Dia bingkas bangun seraya mengambil semula dua gelas di atas meja. Aku dan Eilya memerhati dia berjalan dengan keadaan tergesa-gesa ke dapur...

"Abang ni...Kesian dekat dia...Selwyn tu nampak baik orangnya...Susah payah dia sediakan coklat tu untuk kita..." Eilya berbisik halus di telinga. Aku menggaru kepala...

"Habis? Kita mana makan benda alah tu...You're fox, Eilya...And..I'm a wolf...We're canine...Canine doesn't eat those things..." Aku membalas dengan nada ragu-ragu. Eilya tidak mampu melawan kata-kata aku...

Hurmm, apa aku nak buat? Takkan aku nak lahap jugak benda neraka tu? Hell no...

Aku lagi rela minum ubat kahak yang Eilya sediakan dari minum benda alah tu...

Ruang dalam kedai kayu tersebut hening seketika. Aku dan Eilya sudah dapat membiasakan diri dengan bau coklat yang memenuhi ruang kedai comel itu...

Si musang bangun lalu berjalan ke rak kaca. Dia tersenyum melihat aneka jenis coklat yang terpampang di depan mata...

"Abang...Tengok...So darn cute..." Eilya berkata seraya menunjuk ke arah biskut coklat berbentuk arnab. Aku hanya mengangguk...

Haih, tak kisahlah pasal tu...Aku nak cepat-cepat blah dari sini...

Prakk...

Aku dan Eilya menoleh tatkala pintu kedai dikuak tetiba. Seorang gadis berambut coklat tersentak melihat kami di dalam...

"Errr...Awak berdua ni ada hal apa? Kedai ni ditutup...." Dia menyoal lalu meletak seberkas coklat di atas meja kayu. Aku dan Eilya berbalas pandangan...

"Tutup ke? Mana aku tau...Aku nak tempah kek je...Nothing more..."

"Ermm, Selwyn mana?"

"Mamat lembut tu ada kat dapur..." Aku membalas selamba lalu menunjuk ke arah dapur. Gadis berambut coklat memasamkan muka. Dia bingkas berjalan ke dapur dengan mimik muka geram...

"Haish, abang ni kan...Sesuka hati je cakap Selwyn tu mamat lembut...Girlfriend dia dah marah tu..." Eilya menegur seraya menampar belakang kepala aku...

"What...? Sayang tengok sendiri kan? Mamat tu gaya dia macam mana? Lembut semacam je...Plus, dia sukakan coklat! Lelaki mana yang sukakan coklat!?"

"Biarlah dia sukakan coklat ke apa! Jaga mulut tu sikit boleh...!?"

"Kiss me, only then i keep my mouth shut..."

"Tak nak! Ada orang, malu!"

"Heh, tau pun..."

Perbualan kami terhenti apabila Selwyn datang semula ke depan. Kali ni, dia bawa sedulang biskut mentega dan satu jug besar air teh hijau...

"Maaflah...Saya tak tahu awak berdua tak makan coklat...." Selwyn berkata sopan sambil menuang air teh ke dalam gelas. Eilya duduk di sebelah aku...

"Takpe....Bukan salah awak, Selwyn..." Eilya membalas seraya mengambil gelas dari tangan Selwyn. Lelaki berambut hitam menyimpulkan senyuman manis...

"Siapa nama ni...?" Selwyn menyoal lalu duduk berhadapan dengan kami. Aku menghirup teh dengan gaya sopan...

"Nama aku Aiden, The Son of Lycans..."

"Saya Eilya Eara...Isteri Aiden..."

Selwyn menyilangkan kaki selepas kami memperkenalkan diri. Senyuman tidak pudar dari bibirnya...

"Awak berdua ni dari mana? Bukan dari sini, kan? Isteri awak ada ekor, Aiden?"

"Kami dari Arastosa...Yeah, she's the fox...The naughty one..."

"Abang...Hurmm..."

Aku tersenyum seraya mengusap kepala si musang tatkala dia mulai merajuk. Geram pulak aku, nak je aku gomol si musang ni kat sini...

Kawal diri sikit, Aiden...

"Haha, awak berdua ni kelakar...Baiklah, kek yang macam mana awak berdua mahukan...?" Selwyn mulai berbincang mengenai hal yang lebih utama.

"Yang sesuai untuk majlis perkahwinan..."

"Yelah, itu saya tahu...Tapi jenis macam mana? Kek ada pelbagai variasi...Berikan konsep yang awak nak..."

Aku memegang dagu mendengar pertanyaan dia. Hurmm, sejujurnya...

Aku tak tau...

Dude, aku ni Hunter... Mana aku tau pasal kek!

"Buatkan kek tu bentuk hati...And dua tingkat..." Eilya mencelah tiba-tiba. Selwyn mengangguk...

"Baiklah...Coklat yang macam mana awak berdua mahukan..."

Aku mula terasa bengang. Grrr...Dia ni...

NAK JE AKU CEPUK! BUAT JELA KEK TU! BANYAK TANYA PULAK!

MANA AKU TAU, LAHANAT!

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now