Tingkap kayu aku tutup, tirainya dilabuhkan. Pandanganku tertacap pada Loralyn yang sedang nyenyak tidur di atas katil bercadar putih. Perlahan-lahan aku naik ke atas katil untuk berbaring di sebelah dia...
Belum sempat aku merebahkan kepala ke atas bantal, Loralyn mengalihkan badan ke arahku. Pandangan matanya bulat memandang aku...
"Eh? Ingat sayang tidur dah tadi...?"
"Saya tak boleh tidur..."
"Why...? Erm?" Aku menyoal dengan nada berbisik. Tanganku merangkul pinggangnya dari sisi. Loralyn menggigit bibir apabila pandangan mata biruku tertacap padanya...
"Berry..."
"Berry? What...?"
"Saya nak makan berry..."
"Sekarang? Tunggu esoklah...Sekarang dah tengah malam...Lagipun, cuaca..."
"Nak berry..." Loralyn membalas sebelum sempat aku menghabiskan kata. Aku terus bangun dari berbaring. Belakang kepala digosok perlahan...
Hadui...Masa ni lah dia nak makan berry. Aku dah sedap nak tidur ni...
Hurmm....
"Sayang nak makan sekarang...?" Aku menyoal meminta kepastian. Loralyn menggigit ibu jari, pandangan matanya seolah-olah memujuk aku supaya menunaikan permintaannya...
Aku terus bangun dari katil seraya berjalan ke arah almari kayu. Jaket berbulu beruang digapai pantas. Loralyn tersenyum melihat aku bersiap untuk keluar...
"Ada apa-apa lagi sayang nak pesan?"
"Saya nak berry, biskut halia dan juga air susu..."
"Ok..."
Aku terus keluar dari bilik. Loralyn pula kembali berbaring dan berkelubung di dalam selimut. Namun begitu...
Ketika aku berjalan ke pintu depan, aku ternampak kelibat Vlademir sedang meneguk air suam di dapur. Riak wajahnya seakan dirundung masalah...
"Vlad...Kenapa ni? Kau ada masalah?" Aku menyoal seusai mendekati dia. Si serigala kelihatan tersentak dengan kehadiranku...
"Ahh, Lycans...Aku fikir kau dah tidur tadi..."
"Memang aku nak tidur...Tapi, Lora mengidam pulak nak makan berry..."
"Haha, ada lagi ke orang jual berry waktu tengah malam macam ni? Plus, sekarang musim sejuk...Mana ada buah berry nak tumbuh..."
"Alah, aku carilah mana ada...Kalau takde, esok jela aku cari kat Rooseweld..." Aku membalas lalu memeluk tubuh. Vlademir memerhati aku yang sedang menyandar pada dinding dapur...
"Vlad...Kau ada masalah, bukan? Sebab tu kau datang sini...?" Aku menyoal soalan cepu emas. Vlademir duduk di kerusi kayu, helaan nafasnya kedengaran lemah...
"Jomlah keluar, Lycans...Aku temankan kau cari berry untuk Lora..." Vlademir berkata seraya bangun dari kerusi. Aku termangu-mangu melihat dia keluar melalui pintu depan...
Deruan angin terasa mencengkam tulang hitam apabila kami berdua berjalan menuruni anak tangga. Bulan memancar megah di dada langit. Sungguh, malam ini terasa sunyi...
Terlalu sunyi...
"Lycans...Kau sayangkan Lora...?" Vlademir menyoal tetiba tatkala kami berjalan ke tengah kawasan Pekan Arastosa. Aku menggaru pipi mendengar soalan bodoh darinya...
"Vlad...Jangan tanya soalan bodoh...Sudah semestinya aku sayangkan Lora...She's everything for me..."
"I see...Hurmm...Kau sanggup lakukan apa saja untuk dia...?"
"Of course..."
"Hurmm..." Vlademir menghela nafas lemah sekali lagi. Aku mengerut dahi melihat gelagat pelik si serigala...
"Vlad...Kau ada buat apa-apa ke...?"
"Yes, Lycans... Aku buat kerja gila..."
"Kerja gila apa kau buat?"
"Aku culik permaisuri Milfgard..." Vlademir membalas perlahan. Langkahku terhenti. Mataku tertacap pada dia. Vlademir tertunduk melihat aku tergaman...
"Gadis tu...Seorang permaisuri, Vlad...?"
"Yes...Dia isteri King Dante...Tanpa disangka, aku jatuh hati pada dia...Now, dia kandungkan anak aku, Lycans..."
"Damn you, Vlad...Aku salah sangka pasal kau...Aku fikir, kau ni penakut...Rupanya, kau ni boleh tahan gilanya...Hahahaha! Aku kagum!"
"Sekarang bukan masanya kau nak kagum! Apa aku nak buat sekarang ni, Lycans!? Kau kena tolong aku..."
Vlademir meminta dengan nada cemas. Aku memegang dagu. Buah fikiran diperas semahu-mahunya memikirkan idea untuk tolong si serigala...
"Hurmm...Apa susah, Vlad? Kau kahwin jela dengan dia...Gadis tu bukan lagi isteri King Dante, bukan?"
"Memanglah...Dia sudah putuskan ikatan perkahwinan dengan King Dante...But..."
"Apa masalahnya lagi...?"
"Kau fikir King Dante akan lepaskan aku!? Dante akan buru aku sehingga ke lubang cacing Lycans...!"
"Pfft...Muat pulak kau nak masuk dalam lubang cacing...?"
Vlademir memasamkan muka mendengar balasan kata dariku. Dia terus berjalan ke depan, meninggalkan aku di belakang...
"Vlad! Aku gurau jela! Hahaha! Janganlah merajuk!"
"Aku dalam masalah, kau boleh buat lawak bodoh! You're an asshole, Lycanstrophes...!"
"Relakslah...Aku boleh jumpa King Dante tu nanti...Kalau tentera dia cari kau, aku boleh lindungi kau dan gadis tu..."
"Hurmm, seriously?"
"Dude...I'm the legends..."
"Show off bastard..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...