CHAPTER 84 | NEW WEAPON

7.6K 491 22
                                    

Pokok oak yang terletak di kawasan lapang taman istana ditetak bertalu-talu oleh Aeryz. Dia mengetap gigi dan memeras tenaga sehinggakan pokok oak tersebut bergegar kuat.

Aku memerhati dia berlatih sambil memeluk tubuh. Sekali-sekala angin menyapa lembut. Suasana terasa tenang. Cuma aku dan Aeryz berada di taman tersebut.

"Aeryz, sudahlah tu...Rehatlah...Mari sini..." Aku memanggil. Aeryz menyisip pedangnya ke pinggang seraya mengorak langkah kepadaku.

"Haih, Aeryz tak kuatlah ayah...Hurm..." Dia mengeluh lalu duduk di sebelah aku. Aku tersenyum mendengar keluhannya. Bahunya aku peluk dari sisi dan rambutnya aku usap secara kasar.

"Haha! Memanglah! Ingat senang nak jadi kuat?"

"Ermm, Aeryz nak jadi macam ayah..."

"Jadi jelah macam Ayah...Apa yang Aeryz resahkan sangat? You're my son after all.."

"Ayah tahu tak, semua orang di Gallowglass sindir Aeryz...Mereka cakap, yang Aeryz cuma bergantung pada nama...Jika tidak kerana ayah dan atuk...Aeryz takkan dapat masuk Gallowglass..."

Aeryz menongkat dagu lalu termenung memerhati bekas tetakannya tadi di pokok oak. Aku memerhati dia dari sisi. Riak mukanya sugul.

Hurmm, dia tak tahan asyik dihina...Sebab tu dia resah macam ni...Apa aku nak buat..?

"Aiden, Aeryz..."

Kami menoleh ke sisi apabila mendengar suara menegur. Lycans tersenyum tawar membalas pandangan kami. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati kami. Aku dan Aeryz memerhati gelagat dia...

"Aeryz, pergilah balik...Ayah nak sembang dengan Atuk kejap..." Aku berkata seraya menggosok sekali lagi rambut si serigala. Dia mengangguk lalu berjalan meninggalkan kawasan taman istana.

Semasa Lycans duduk di sebelah, aku perasan dia memegang sesuatu. Sebuah beg kulit dia letakkan di sisi kerusi. Aku terus menerus memerhati dia.

"Aiden...Kau masih marahkan aku...?" Lycans menyoal untuk memulakan perbualan.

"Tak...Aku tak marah pun...Just..."

"Kau bengang? Sebab kami semua perkecilkan Aeryz...?" Lycans pantas menduga. Aku mengangguk. Lycans tersenyum.

"Lycans...Maafkan aku...Kata-kata aku malam tu, memang kesat...Aku tak patut cakap macam tu...Kau cuba bagi yang terbaik untuk aku...Tapi..."

"Aiden...Aku tak terasa hati pun...Apa yang kau cakap tu betul..."

Aku menekup dahi mendengar bidasan katanya. Lycans menyandar pada kerusi batu seraya menghela nafas...

"Aku sedar sekarang, Aiden..."

"Sedar? Apa yang kau sedar...?"

"Gelaran 'lagenda' yang orang megahkan sangat tu, langsung tiada kebaikannya..."

"Apa maksud kau ni...?" Aku mengerut dahi mendengar kata-katanya. Lycans terus menerus mendongak memandang langit biru...

"Sejak aku digelar lagenda...Satu persatu masalah menimpa...Ibu kau dibunuh...Aku hilang tanpa dikesan...Musuh sentiasa mencari pasal...Malahan, kau terpaksa menanggung derita seorang diri...Aku faham, Aiden...Kau tak pernah rasa kehadiran aku sebagai bapa masa kau kecil dulu..."

Aku menggigit bibir mendengar kata-katanya. Lycans menoleh ke arahku. Senyuman kelat terukir di bibirnya...

"Oleh itu, Aiden...Aku tak nak kau jadi macam aku...Aku tak nak kau jadi lagenda.. Aku tak nak kau ganti tempat aku...Jika kau ganti tempat aku...Kau akan dapat masalah yang sama seperti aku..."

"Lycans...Legendary Hunter...Bukan title sebarangan...Kau hebat, Lycans...Kau serigala terkuat yang pernah wujud...Malahan, kau diiktiraf Barathum..."

"Yeah, aku kuat...Tapi, sekuat-kuat aku...Aku tak mampu bagi kebahagiaan pada kau dan Loralyn...What kind of power is that?"

"Hurmm..." Aku tidak mampu melawan kata-katanya. Lycans menepuk lembut bahu aku. Beg kulit yang diletakkan di sisi kerusi, dia gapai.

"Apa benda ni...? Senjata?" Aku menyoal tatkala melihat isi beg tersebut. Lycans tersengih melihat aku pelik.

Bentuk senjata ni memang pelik. Ianya agak melengkung dan mempunyai lubang di hujung. Malahan, aku boleh hidu bau belerang darinya...

Senjata jenis apa ni...?

"Dylan yang berikan pada aku semalam...Dia sendiri yang cipta benda tu...Aku sendiri tak tahu nak guna...But, Dylan cakap benda tu namanya pistol..."

"Pistol? What?"

"Ntahlah, jangan tanya aku...Kau tanya Dylan nanti...Dia yang cipta benda ni..."

"Hurmm, ok...Kenapa bagi aku...?"

"Dylan suruh berikan pada Aeryz...Mungkin Aeryz tak cekap bermain pedang, dia akan cekap guna benda pelik ni..." Lycans membalas selamba. Aku menggaru kepala.

Hurmm, pistol? Apakah?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now