CHAPTER 82 | AIDEN'S RAGE

7.7K 515 7
                                    

Aku berjalan melalui koridor sempit dengan gaya selamba. Ukiran patung serigala kelihatan megah tersusun di antara ruang koridor mewah tersebut.

Tombol pintu dipulas tatkala aku tiba di bilik rawatan. Mataku tertacap pada Aeryz yang terlantar di katil putih. Dia masih tidak sedarkan diri. Allucard tertunduk bersama isterinya, Ciryla di bucu katil.

Eilya duduk di sisi katil bersama Euryca. Si musang kelihatan sedih melihat keadaan Aeryz. Vlademir dan Lycans masih belum tiba.

Perlahan-lahan aku berjalan mendekati katil dan mengusap lembut kepala Aeryz. Nafasnya berombak perlahan menandakan dia masih hidup walaupun lunyai dibelasah.

"Kenapa kau belasah anak aku, Allucard..." Aku menyoal dingin. Allucard menggosok belakang leher. Dia kelihatan bersalah.

"Maafkan aku, Aiden...Aku terlanjur..."

"Aku tanya, kenapa kau belasah dia...?"

"Dia yang cabar aku..."

BAKKK!!

Tendangan aku singgah ke pipi kirinya. Allucard terhumban ke sisi! Darah tersembur dari mulut. Ciry menekup mulut kerana kaget.

"Aiden...Maafkan aku..." Allucard berkata lemah seraya mengesat darah dari bibirnya. Aku mencekak kolar bajunya.

"KAU PUKUL ANAK AKU, ALLUCARD! KAU LANGGAR BATAS! AERYZ BUKAN LAWAN KAU! KENAPA KAU PUKUL DIA!? CELAKA KAU, ALLUCARD! KAU MEMANG CELAKA!"

Allucard mendiamkan diri mendengar tengkingan aku.. Aku bangun dan menggenggam penumbuk. Suasana di bilik rawatan hening seketika. Semua orang mendiamkan diri.

"Aiden...Aku tahu, aku yang salah...Aku minta maaf, Aiden..."

"Fuck your sorry...Look at him, you fuck! Dia lunyai! Grrr! Kau memang nak mampus dengan aku!"

Aku membidas seraya mengambil Excalibur di pinggang. Ciry pantas mendapatkan aku.

"Sabar Aiden...Sabar..."

"Allucard langgar batas, Ciry...Move aside..." Aku menolak tubuh Ciry ke sisi. Eilya dan Euryca mendiamkan diri, langsung tidak masuk campur.

Darah aku terasa mengelegak. Badan aku menggigil menahan geram. Mata tertacap pada Allucard. Dia bangun perlahan-lahan. Langsung tidak berani bertentang mata denganku.

Plakk...

Pintu dibuka. Lycans dan Vlademir masuk ke dalam bilik rawatan. Mereka berdua tersentak melihat darah merenjis di lantai dan Allucard kelihatan lemah di sudut bilik.

"Apahal ni? Sampai berdarah-darah ni...?" Vlademir menyoal seraya mendapatkan Allucard. Lycans berjalan selamba ke arah Aeryz.

"Allucard belasah anak aku, Vlad...He's gonna pay..." Aku membalas dingin. Suara eraman serigala kedengaran perlahan.

"Aeryz takdelah teruk mana, Aiden...Sabarlah...Lagipun, Allucard cuba tolong dia..." Lycans menyampuk. Tangannya membelai perlahan dahi si serigala yang terlantar di katil.

"Tolong? Dia bedal anak aku sampai lunyai, kau cakap dia nak tolong...?"

"Dengar sini, Aiden..."

"SHUT THE FUCK UP! DENGAR SINI, JIKA ADA SESIAPA CAKAP YANG AERYZ LEMAH, KALIAN KUTUK DIA, SINDIR DIA, AKU BELASAH SAMPAI LUNYAI! TERGAMAK KALIAN BULI DIA! WHAT KIND OF DAMN FAMILY IS THIS!?"

"Aiden...Dengar dulu..."

Lycans terkedu apabila bilah Excalibur dihalakan ke arah dia. Aku merengus menahan bengang...

"Kau Lycans...Kau takde hak nak bersuara...Kau siapa Lycans? You're one bastard father, and yet...You dare to teach me? Aeryz anak aku, bukan anak kau...Kau layan aku macam sampah dulu, dont you ever forget..."

Lycans tergaman seketika mendengar kata-kata aku. Mereka semua tertunduk dan mendiamkan diri...

Aku menyisip kembali Excalibur ke pinggang. Tubuh Aeryz aku dukung kemudian keluar dari bilik rawatan. Eilya dan Euryca mengikuti aku dari belakang...

"Hurmm...Mengamuk betul Aiden..." Vlademir berkata seraya menggeleng kepala. Lycans menggosok belakang leher...

"Siapa tak sayang anak, Vlad?"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now