Prak...
Prak...
Derapan but kulit memecahkan suasana hening. Kawasan kampung tempat aku berjalan itu, sunyi sepi. Mayat manusia bergelimpangan di serata tempat. Bau darah menusuk hidung. Mata aku meliar memerhati sekeliling.
Copper, Freddy dan Rania mengikuti aku dari belakang. Mereka kelihatan gelisah. Degupan jantung mereka bertiga berkobar-kobar, sehinggakan aku boleh mendengarnya dengan jelas.
Hurmm, boleh tahan teruknya kampung ni diserang puntianak. Sampai hancur dibuatnya...
"Ahh, new bloods coming..."
Kami mendongak ke atas apabila mendengar suara menegur tiba-tiba. Seorang lelaki berambut kelabu tersengih melihat kedatangan kami. Matanya bersinar merah...
"Kaulah vampire yang buat kacau di kampung ni...?" Aku menyoal selamba. Dia melompat turun dari bumbung pondok...
"Awww...Mereka mengadu pada kau...?"
"Yeah..."
"Siapa kau ni? Hurmm, bau kau lain...Kau berbau binatang..." Dia menyoal seraya berjalan mendekati aku. Aku hanya memerhati dia mendekatkan muka denganku...
Prakk!!
Lelaki itu tersentak apabila aku mencekik lehernya dengan sebelah tangan. Dia terawang di udara. Mata merah bertembung dengan mata biru...
"I'm your death reaper, blood sucker..."
Copper, Freddy dan Rania tergaman melihat aku mematahkan leher puntianak tersebut dengan sebelah tangan. Mayatnya terbakar meninggalkan debu halus...
"Kau bunuh dia....? With one hand...?" Copper menyoal dengan nada tidak percaya. Aku menoleh ke arah dia...
"Yeah...Hurmm, ada lagi? Takkan dia seorang saja...?"
Usai saja aku menghabiskan kata, ratusan puntianak keluar dari rumah kayu. Mereka semua memerhati kami dengan pandangan bengis. Aku menggaru kepala...
"Wow, banyak betul...Copper, kau pergi dari sini...Bagi aku 20 minit..." Aku memberi arahan. Copper mengangguk. Dia berlari pergi dari situ bersama Freddy dan Rania.
Aku mengeliat seraya mengambil dua bilah pedang. Puntianak-puntianak itu mula mendekati aku...
"SIAPA KAU NI!?" Salah seorang dari mereka menyoal garang. Aku memberi tunduk hormat...
"Maafkan aku sebab tak kenalkan diri...Nama aku Lycanstrophes...Aku ditugaskan untuk menghapus makhluk-makhluk durjana macam kalian..."
"What? Kau ni Hunter?! SERANG DIA!" Puntianak itu menjerkah kuat! Ratusan puntianak menyerbu ke arah aku...
Aku tersengih...
ZUPPPP!!
PRAKKK!!
POKKKK!!
Aku menetak dan melibas mana-mana puntianak yang cuba menyerang! Mereka tergaman melihat aksi pantas dariku! Aku terus meluru tanpa memberi peluang!
Mereka semua ketakutan melihat aku membunuh tanpa belas ehsan! Ada diantara mereka cuba melarikan diri, tapi aku lebih pantas menyerang!
Bau daging terbakar memenuhi ruang! Suasana bertukar kelam-kabut! Mereka semua cuba meloloskan diri!
"Please spare me!"
PAKKK!!
Aku menetak kepala puntianak yang cuba merayu! Badannya terbakar! Aku berlari ke arah segerombolan puntianak yang masih cuba melepaskan diri!
PANGG!!
PRAKK!!
POKKK!!
Aku terus menyerang bertubi-tubi! Bunyi erangan dan laungan mereka bergema di kawasan kampung terpencil itu...
Copper, Freddy dan Rania melihat aksi Lycans dari balik pokok. Darah merenjis ke tanah bagaikan air hujan...!
"Wow, he's fast and fucking strong...! Puntianak-puntianak tu langsung takde peluang!" Freddy berkata sambil terus memerhati Lycans mengamuk di kampung tersebut...
"Kalau kau nak tahu, Freddy...Lycans bukan sebarangan Hunter...Kau perasan tak tatu di belakang leher dia...?"
"Tatu...?" Rania menyampuk. Copper tersengih...
"Heh, nasib menyebelahi kita, Rania...Dewa temukan kita dengan Pemburu lagenda! Lycans tu Legendary Hunter!" Copper berkata bangga. Rania dan Freddy terkedu...
"Patutlah dia kuat macam tu..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...