🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Aku menanggalkan kot hitam seraya duduk di atas katil. Mahkota kristal aku letakkan ke atas meja kayu. Rambut putih aku gosok dengan sebelah tangan....
Haih... Tak pasal-pasal kena kahwin...Kahwin paksa pulak tu...
Damn it, Loralyn...
Si musang masih lagi berada di dalam bilik air. Mandi apa lama sangat? Sial, sebab dia la aku jadi macam ni...
Haih...
Tok...
Tok...
Pintu diketuk sopan ketika aku asyik termenung memandang lantai kayu. Aku bingkas bangun dan memulas tombolnya. Vlademir tersenyum kepadaku...
'Apahalnya kau datang ni?' Aku menyoal dingin. Vlademir tersengih. Aku memerhati dia dari bawah hingga atas...
'Kau nak pergi mana ni? Siap armor besi bagai? Berpedang lagi?' Aku menyoal pelik. Vlademir menepuk lembut bahu aku...
'Tahniah, Lycans... Kau sekarang sudah berkahwin...Haha, Malangnya..Merlin takde...Kalau tak, dia mesti gembira tengok kau sekarang ni...' Dia berkata seraya menyimpulkan senyuman kelat.
Aku merenung dia dalam-dalam. Aku rasa macam ada something wrong...Lain macam je ayat dia ni...
'Vlad...Whats wrong...?'
'Kita berpisah di sini, Lycans..'
'What...?' Aku terpinga-pinga. Vlademir menghulurkan tiga bunjut besar berisi gold kepadaku.
'Apa ni, Vlad...? Aku tak faham...Kau nak pergi mana...?' Aku menyoal perlahan. Tiga bunjut itu ambil dari tangannya...
'Aku nak merantau dengan Deathwing...Kau dah ada companions, Lycans...Bergembiralah dengan Loralyn...'
'Ha..? Kau nak tinggalkan aku berdua dengan si musang tu...?'
'Dia bukan musang biasa, Lycans...Dia isteri kau..Jaga dia baik-baik, Lycans...'
'Hurmmm...' Aku memasamkan muka mendengar balasan katanya. Vlademir memusingkan badan untuk beredar dari aku, tapi aku pantas menahan...
'Vlad...'
'Erm?'
'Thanks...For everything...'
Tanpa ku sangka, Vlademir memeluk aku erat-erat. Aku mengusap belakang kepalanya...
'Tak, Lycans...Aku yang kena berterima kasih pada kau...Kau lindungi aku...Kau terima aku sebagai kawan...Aku gembira untuk kau, Lycans...Akhirnya kau jumpa pengganti Illydia...No more sadness..Be happy, my friend...'
'Vlad...'
'Well, so long, Lycans...Have a great time...Kirim salam pada isteri kau...' Dia berkata lalu berjalan menuruni tangga kayu. Deathwing tersenyum seraya melambaikan tangan padaku di tingkat bawah...
Aku memerhati Vlademir dan Deathwing berjalan keluar meninggalkan perkarangan rumah tumpangan...
Hurmm...
Aku masuk semula ke dalam bilik dan menutup pintu. Tiga beg bunjut yang Vlademir beri tadi, aku letakkan di atas meja kayu. Ini gold hasil kemenangan aku hari tu...
Haih, Vlademir sentiasa berfikir sendiri...Langsung tak berbincang dengan aku dulu...
Plakk...
Pintu bilik air dibuka dari dalam, Loralyn menjengah sambil mengelap rambut. Dia menyimpulkan senyuman apabila aku menoleh ke arahnya...
'Kenapa ni..? Ada apa-apa yang tak kena ke...?' Loralyn menyoal perlahan. Aku menggaru kepala...
'Ermm..Vlad..'
'Kenapa dengan dia...?'
'Dia dah blah dengan Deathwing...'
'Oh...Dia pergi mana...?'
'Ntah...' Aku membalas ringkas lalu duduk di birai katil. Loralyn tersengih seraya berjalan mendekati aku...
'Kenapa awak macam sedih je ni? Saya kan ada...? Saya companions awak sekarang, kan?' Loralyn berkata menggoda. Dia duduk di atas riba aku...
'Hurmm...' Aku merenung mata coklatnya dalam-dalam. Loralyn membalas renungan aku...
'So..Apa kita nak buat...? Kita ada banyak gold...And, aku takde mood nak memburu sekarang...' Aku berkata seraya mendekatkan muka dengannya. Loralyn tersengih sinis...
'How about honeymoon?'
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...