CHAPTER 129 | PERMINTAAN DYLAN

6.8K 480 28
                                    

Aku berjalan selamba meredah kawasan pasar Pekan Azeroth. Eilya memegang erat tanganku, matanya meliar memerhati sekeliling. Kami turun ke tingkat bawah...

Setelah seketika berjalan, akhirnya kami tiba di kedai besi Dylan. Tanpa membuang masa, aku dan Eilya melangkah masuk ke dalam kedai cabuk tersebut...

Aku ternampak Dylan sedang duduk di atas kerusi bulat berhadapan dengan meja kayu. Kertas-kertas bersepah di atas meja tersebut. Sekali-sekala, Dylan mengeluh lemah...

"Woi...Apa kau buat ni...?" Aku menyapa seraya menampar belakang badannya. Dylan terbatuk-batuk dek tamparan aku...

"Celaka kau! Ketuklah pintu dulu sebelum masuk! Takde adab kau ni!" Dylan merengus marah. Aku tersengih seraya duduk di sebelah dia. Eilya pula berlari ke tandas...

Hurmm, kertas-kertas tebal yang bersepah di atas meja aku tatap seketika...

Dylan sedang mengira kos perkahwinan dia dengan Emily nanti...Patut la muka macam jeruk timun...

"Bila kau nak kahwin ni, Dylan...?" Aku menyoal sambil terus menerus menatap kertas di tangan. Dylan mengeluh sekali lagi...

"Minggu depan...Hadui...Mati la aku, Aiden..."

"Apahal pulak?"

"Aku tak cukup modal..."

"Berapa gold kau nak...?" Aku menyoal seraya meletak kertas tersebut ke atas meja. Dylan menggaru kepala...

"300k gold..."

"Perghhh! Mahal la lahanat! Duit kau pergi mana!?"

"Aku boros sangat! Aku repair airship!"

"Berapa kau ada sekarang...?"

"200k gold..."

"Man, you're fucked up...Hahahahahaha!"

Dylan memasamkan muka melihat aku tertawa terbahak-bahak. Bangang betul dia ni! Dah tau nak kahwin, pergi repair airship tu kenapa!?

Bodoh tanpa sempadan si Dylan ni! Hahahaha!

BOKKK!!

Satu tumbukan kuat hinggap ke kepala tatkala aku asyik ketawa! Dylan merengus menahan geram...

"Babi kau ni! Jangan gelakkan aku, lahanat!"

"Haha! Relaklah! Aku tolong kalau boleh...Tapi..."

'Tapi apanya!?"

"Anak aku pun nak kahwin jugak...Euryca kahwin hujung bulan ni..."

"Bodo la kau ni...Euryca tu muda lagi! Baru belasan tahun! Dah sangap ke apa anak kau ni!?"

"Habis? Dia asyik jumpa si Noah tu! Risau la aku!" Aku membalas. Dylan terdiam. Dia kembali mengira kos di sebelah aku...

Eilya datang kepadaku sambil mengelap tangan. Tanpa segan silu, si musang duduk di atas riba aku...

"Kenapa ni abang? Macam serius je ni...?" Eilya menyoal apabila dia melihat Dylan asyik mengira. Aku menggosok belakang leher...

"Mamat ni ha... Nak kahwin...Tapi tak cukup gold..."

"Tolong la dia, abang...Dylan banyak tolong kita dulu..." Eilya membalas selamba. Matanya tertacap pada kertas di depan...

Senang la dia cakap...Gold tak jatuh dari langit...You must earn it...

"Aku fikir la kan...." Dylan berkata tiba-tiba setelah 15 minit berdiam diri. Aku dan Eilya memandang dia...

"Apa, Dylan...?"

"Aku nak jual kedai buruk ni..."

"WHAT!? NO! INI KEDAI PUSAKA KELUARGA KAU!" Aku bingkas menolak cadangannya. Dylan menongkat dagu...

"Aku dah buntu, Aiden...Apa aku nak buat...?"

"Damn it...Aku cuba minta tolong Lycans...!"

"Whoa-whoa...Segan la aku! Lycans tu bapak kau!"

"Habis? Lycans tu kaya kau tau...Aku agak, dia ada berjuta gold dalam simpanan dia...Dude, he's one legendary hunter...Setakat 300k gold, sebelah mata jela..." Aku berkata lalu menumbuk meja. Eilya mengangguk mendengar penjelasan aku.

Dylan menggaru kepala. Dia seakan ragu-ragu dengan penjelasan aku...

"Tapi, Aiden...Aku..."

"Aku yakin...Lycans boleh tolong..."

"Tolong apa...?"

Kami bertiga tersentak apabila satu suara mencelah tiba-tiba. Lycans sedang berdiri di tepi tingkap berhampiran dengan kami....

WHAT THE FUCK!? SEJAK BILA DIA BERADA DI SINI!? ARASTOSA DAN AZEROTH BUKANNYA DEKAT!

"Apahalnya ni...? Serabut je aku tengok...?" Lycans menyoal seraya menghampiri kami. Aku terus berdiri dari kerusi, Eilya pula melompat turun dari riba aku...

"Sejak bila kau datang ni, Lycans...!?" Aku menyoal tatkala Lycans duduk di kerusi...

"Haha, aku lari dari ibu kau...Dia paksa aku makan masakan Euryca...Macam taik rasa dia, kau tau! So, aku teleport la ke sini!" Lycans menjelaskan lalu tertawa. Kami bertiga memerhati dia...

Dylan menjeling aku, aku mengangguk perlahan. Lycans menoleh apabila aku memegang bahunya...

"Lycans...Hehe..."

"Asal kau ni? Sengih-sengih..."

"Mintak gold sikit...?"

Lycans mengerut dahi mendengar permintaan aku. Eilya menahan ketawa melihat aku menahan segan...

Sial la! Ini semua salah Dylan! Tebal muka kau tau!

"Berapa kau nak...?"

"300k gold?"

"Hurmm, nak buat apa? Banyak betul kau mintak.." Lycans menyoal seraya memeluk tubuh. Aku tersengih menahan malu...

"Tuan Lycans...Errr...Macam ni...Saya nak kahwin minggu depan...Tapi, simpanan saya tak cukup...Sebab tu..." Dylan mencelah tiba-tiba. Mata biru tertacap padanya...

"Oh, sebab tu la kau nak pinjam duit ni...? Hahahaha! Aku ingat Aiden yang mintak...Kalau Aiden mintak...Memang aku tak bagi! Dia ni tak guna! Pemboros!" Lycans berkata seraya menuding jari kepadaku. Aku menggigit bibir menahan geram. Eilya pula tertawa menekup mulut...

FUCK THIS OLD WOLF! SEJAK BILA AKU BOROS!? SABAR JELA...!

"Kau bagi ke tak, serigala tua? Banyak cakap pulak..." Aku berkata dingin. Lycans tersengih...

"Of course...Dylan tolong aku...Dia jaga Aiden untuk aku...Disebabkan itu, aku akan tolong dia...Malahan, aku akan tanggung kos perkahwinan dia sepenuhnya..." Lycans berkata lalu tersenyum.

Dylan menghembus nafas lega. Aku dan Eilya tersenyum. Wew, aku dah agak, Lycans boleh tolong...

Aku dah cakap, kan? Serigala tua ni banyak duit...

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now