CHAPTER 137 | SLASHING THE BASTARD

6.8K 401 3
                                    

PANG!!

TING!!

Kedua bilah pedang berdenting apabila Sange dan Yasha menahan serangan Asgard dan Glaive! Aku bingkas mengelak ke sisi apabila Glaive cuba menghayun pedang ke depan! Lancelot pula cuba menumbuk dari belakang!

BRAKK!!

Tumbukan yang aku lepaskan ke muka Lancelot berjaya mematahkan batang hidung! Dengan pantas dia berundur ke belakang seraya menekup hidung!

Aku terus berasak tanpa memberi peluang! Kawasan pasar Pekan Harvest tunggang langgang. Gerai-gerai hancur dek pertarungan kami berempat!

"JUST STAND STILL, YOU FUCKTARD!" Asgard menengking sambil menetak aku bertalu-talu. Glaive pula menyerang dari sisi! Kedua-duanya aku tahan dengan pedang!

Heh, mereka kelihatan terdesak...The First Hunter? Lame as shit!

Glaive dan Asgard terpelanting ke belakang apabila aku memusingkan badan! Bilah pedang menghiris daging mereka berdua! Glaive mengetap gigi menahan sakit, manakala Asgard sudah mendarat di atas bangunan batu!

Mereka berdua termengah-mengah...

Lancelot? Mamat berambut dreadlock itu sudah menyembunyikan diri...

Aku memperkukuhkan pertahanan sambil memerhati mereka berdua. Glaive meludah darah ke sisi. Asgard pula mengusap tangannya yang luka dek serangan aku sebentar tadi...

"Damn it, Asgard...Dia ni boleh tahan handalnya...Apa kita nak buat...?" Glaive menyoal perlahan. Asgard terus-menerus merenung aku...

"Gergh...! Kita bertiga, Glaive! Dia cuma seorang diri! Apahal susah sangat!?"

"Sebab kalian lemah...Thats why...Weakling...The First Hunter my ass..." Aku menyindir selamba. Mereka berdua mengetap gigi menahan geram...

"SHUT THE FUCK UP!" Asgard meluru sekali lagi ke arah aku! Kelajuannya luar biasa! Aku mengalihkan badan ke sisi!

PRAKK!!

Asgard tersentak apabila aku memaut lehernya dari belakang! Glaive tergaman melihat aku mengunci pergerakan Asgard! Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri!

"Kau datang dekat, kawan kau akan mati...' Aku memberi amaran apabila Glaive mahu meluru kepadaku. Asgard mengetap gigi menahan pautan lenganku ke lehernya...

"URHH! FIGHT LIKE A REAL HUNTER, YOU BA- BASTARD...!" Asgard menengking dengan nada yang tersekat-sekat. Aku mengetatkan pautan...

"Banyak cakap betul kau ni, ya...? Lets me teach you a fucking lesson..."

Glaive membuntangkan mata apabila dia melihat aku merentap lidah Asgard! Darah menyembur dari mulutnya! Asgard terjelopok ke tanah!

"ARGHHH!! Urghh!!" Asgard menekup mulutnya sambil menjerit sakit! Aku memijak belakang badannya!

PAKKK!!

Kepala Asgard bergolek ke tanah. Glaive menggigil melihat kawannya dibunuh. Aku menghunus pedang ke arah Glaive...

"You're next..."

BRAKK!!

Aku terhumban ke sisi apabila satu tumbukan menghempas lengan! Lancelot terus memecut kepadaku!

"KAU BUNUH ASGARD!" Dia memekik seraya menetak pedangnya bagaikan orang gila! Aku menepis setiap tetakannya dengan belakang pedang!

Dia mengamuk? How sad...

Sekilas pandang, aku ternampak Glaive cuba menyerang dari atas! Bahu Lancelot aku tarik ke depan!

PRAKK!!

Tubuh lancelot terbelah dua dek tetakan Glaive! Aku melompat ke atas bangunan batu seraya memacakkan pedang...

Dari atas, aku melihat Glaive terpinga-pinga. Dia melutut di depan mayat dua orang kawannya itu sambil memegang kepala...

"Apa aku dah buat...? Aku bunuh Lancelot...?" Dia berkata perlahan. Aku melutut melihat dia menitiskan airmata...

"Kau menangis, Glaive De Gorment...? Kesiannya..."

"Kau...Kau bukan Hunter..."

"What...?"

"Kau syaitan! Kau bunuh kawan-kawan aku!"

"Lol, kau yang cuba bunuh aku...Aku aman je kat sini...Kau yang tetiba datang nak bunuh aku..." Aku membalas selamba. Glaive bangun dari melutut seraya mendongak memandang aku...

"Kau akan terima pembalasannya, Lycans...Just wait...Aku akan datang semula untuk tuntut bela..." Dia berkata lalu menghilangkan diri. Hanya asap tebal memenuhi ruang suasana...

Aku menggosok belakang leher mendengar ugutan dia. Hurmm, aku tak buat salah...

Dia yang datang nak bunuh aku, kan? Takkan aku nak biarkan...?

Bodo punya Hunter...Kalau dah tahu diri tu lemah, jangan cuba lawan dengan aku...

"Erghh..." Lengan aku terasa pedih tetiba. Aku melutut sekali lagi sambil menekup lengan yang luka. Darah mengalir dan menitis ke hujung jari...

Tapi...

Aku terasa tidak sedap hati apabila luka sebesar 3 inci di lengan aku itu, mula mengeluarkan cecair hitam...

Pedang Lancelot dilumur racun...?

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now