Suasana di istana Barathum meriah bagaikan menyambut tahun baru. Gadis-gadis cantik tertawa riang sambil melayan para-para lagenda. Lazarus pula kelihatan asyik bersembang dengan Barathum.
Aku hanya duduk di pinggir pokok buluh sambil memegang secawan arak merah. Entah mengapa, aku terasa sedih...
Walaupun aku berada di syurga. Bersama para lagenda, bersama ratusan gadis cantik, segala apa yang aku mahukan...Aku boleh dapat sekelip mata...
Tapi...
Tanpa Loralyn, aku terasa seakan tidak lengkap. Hati aku terasa kosong...
Jika tadi, aku seronok melayan gadis cantik. Tapi, bila aku terbayangkan Loralyn...
Keseronokkan itu bagaikan hilang dihembus angin...
"The finest Legendary Hunter...Apa kau buat kat sini? Kau tak pergi bersuka ria...?"
Aku menoleh apabila Barathum menegur. Sang dewa serigala tersenyum kepadaku. Aku hanya mampu membalas senyumannya dengan senyuman kelat...
"Lord Barathum..."
"Kau sedih...? Kenapa? Syurga aku tak cukup untuk gembirakan kau...?"
"Hurmm..." Aku tertunduk mendengar soalan darinya. Lord Barathum berdiri di sebelah aku. Dia menepuk lembut bahuku dari sisi...
"Lycanstrophes...Tell me, apa kau mahukan...? Perempuan? Arak? Keseronokan? Kepuasan?"
"Aku cuma mahukan satu benda...Nothing else doesn't matter..."
"What is it...?" Barathum menyoal dengan penuh minat. Aku menggosok belakang leher seraya menghela nafas lemah...
"Aku mahukan Loralyn Lyonne..."
"Oh, your wife...?"
"Yes..."
Barathum tersengih lalu menggosok rambutku. Kuat. Aku hanya membiarkan perbuatan dia...
Nak rembat, dia ni dewa...Masak aku nanti...
"You're so cute, Lycans...Haha! I like you...!"
"What? Aku cuma mahukan isteri aku!"
"Itu, Loralyn Lyonne..."
Barathum membalas seraya menunjuk ke arah depan. Aku mendongak memandang hala tuju jari telunjuknya itu...
Seorang gadis bertelinga musang tersenyum kepadaku. Aku terpaku seketika...
"LORALYN!"
Barathum tersenyum melihat aku bergegas mendapatkan si musang. Orang ramai yang memenuhi ruang dewan istana, aku tolak seraya berlari ke depan!
Kelibat Loralyn pula seolah-olah mempermainkan aku. Dia menyelinap di celahan orang ramai, lincah. Aku hanya mengikut alunan ekor gebunya dari belakang...
"Lora! Kenapa lari...!? I miss you!" Aku memekik apabila Loralyn berlari turun ke tingkat bawah. Aku mengejar dia dari belakang...
Gelak tawa si musang bagaikan menyindir halus kepadaku. Aku terus-menerus mengejar dia sehingga kami keluar dari kawasan istana...
"Kalau abang sayangkan saya, follow me..." Dia berkata manja sambil terus berlari ke depan. Aku tersengih mendengar kata-katanya...
OF COURSE I LOVE HER!
Setelah seketika berlari meredah kawasan hutan tebal, akhirnya kami tiba di sebuah padang luas. Daun lalang tumbuh melata di sekitar tempat tersebut...
Loralyn menghentikan langkah seraya menoleh ke belakang. Aku terus memaut pinggangnya dari sisi! Si musang tersenyum kepadaku...
"Gotcha!"
"Haha! Abang kejar saya...You love me, didn't you...?"
"Of course.. You're my true love...I vow my life for you..."
"Then...Kiss me..."
Aku terus mengucup bibirnya tanpa ragu-ragu. Loralyn membalas kucupan aku. Dari helaan nafasnya itu, aku terasa seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam tekak...
Ianya terasa hangat dan sejuk pada masa yang sama...
Serentak dengan itu, satu cahaya putih menerpa dari atas langit. Ianya terang, terlalu terang! Aku memeluk Loralyn seraya memejamkan mata...
"Jom balik, Lycanstrophes..." Loralyn berbisik kepadaku....
******"Erghh...Urghh.. "
Perlahan-lahan aku membuka mata. Siling kayu kelihatan. Kepala terasa berpinar-pinar bagaikan dihentak objek keras...
What the fuck happened?! Damn, my head hurt...
Tatkala aku mahu bangun, aku terasa dada dihempap sesuatu. Loralyn tertidur di atas dada sambil memeluk bahuku, erat...
"Lycans..."
Dia mengomel perlahan dengan mata yang terpejam rapat. Aku tersenyum seraya memangku dia perlahan-lahan...
Hurmm...Kenapa dia berbogel...?
And, ketika itu...
Aku perasan...
Ekor dan telinga musangnya sudah tidak kelihatan...
Loralyn sudah menjadi manusia biasa. Malahan, bau musangnya juga sudah lenyap...
Aku mendukung Loralyn lalu meletakkan dia ke atas katil. Tubuhnya yang terdedah, aku tutup dengan kain selimut. Loralyn tertidur nyenyak...
Aku duduk di kerusi kayu. Dahi ditekup dengan sebelah tangan...
Apa yang terjadi...?
Aku sudah mati, kan? Then, why i'm still here...?
Damn, my head hurt as fuck...
Pandangan aku beralih pada Loralyn yang sedang tertidur di atas katil. Wajahnya aku renung dalam-dalam...
She saved me, didn't she...?
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...