CHAPTER 156 | UNEXPECTED RETURN

6.5K 415 15
                                    

Kuda hitam memecut merentasi kawasan gurun tandus. Allucard menarik tali kudanya apabila dia sampai di perkarangan kampung Rooseweld.

Serigala kelabu tersebut turun dari kuda seraya membetulkan kedudukan pedang gergasinya di belakang. Keadaan kampung itu, dia perhatikan seketika...

Segalanya musnah...

Segalanya hancur...

Mayat penduduk kampung bergelimpangan di serata tempat. Burung gagak berpesta meratah daging busuk. Allucard meneruskan langkah ke depan...

Derapan but besinya bergema di kawasan hening tersebut. Bau busuk kian menusuk hidung. Si serigala meninjau keadaan sekeliling dengan teliti...

Mencari apa-apa petunjuk yang boleh diberikan pada King Vlademir. Dia berjalan lagi ke depan, meredah kawasan berkabus...

Setelah seketika meninjau sekeliling, Allucard ternampak satu bekas tapak kaki. Ianya besar, teramat besar. Bagaikan haiwan buas yang lahir dari api...

Perlahan-lahan Allucard melutut di depan tapak kaki tersebut. Dua jarinya menyentuh permukaan tanah...

"Hurmm, masih lagi panas...Tapi, ini bukan api Hades..." Allucard mengomel seorang diri sambil memerhati bekas tapak kaki tersebut. Mayat kering terbujur di sisi dia, namun Allucard langsung tidak endahkannya...

"Grrrrrrrr.....Grrrrrrr....."

Deraman garau bergema di kawasan hening tersebut tiba-tiba! Allucard pantas bangun dari terus melutut, pedang digapai dari belakang!

Ada sesuatu yang memerhati pergerakan dia! Allucard terasa terancam! Suhu panas mulai membahang kawasan kampung Rooseweld.

"KELUAR KAU! FACE ME!" Allucard memekik lantang. Suaranya melantunkan gema. Pedang digenggam erat, mata Allucard meliar memerhati sekeliling...

He knows, he's in danger...

"Calm, little wolf..."

Allucard bingkas memerhati sekeliling apabila suara garau membalas tengkingannya tadi!

Allucard membuntangkan mata apabila susuk tubuh megah terbang melintasi kepalanya! Lava panas menyimbah kawasan sekeliling!

"No! its can't be!" Allucard berkata cemas lalu memecut untuk beredar dari situ, tetapi langkah terhenti tatkala dia berada di hadapan pintu gerbang kampung Rooseweld...

Seekor naga berapi memayungi Allucard dari atas. Saiznya bagaikan sebuah gunung. Si serigala terkedu...

Deathwing menutup sayapnya di belakang. Hembusan nafasnya membuatkan udara sejuk bertukar hangat...

"Jangan takut...Aku tak bunuh kau..." Deathwing berkata tenang. Tenungan mata merahnya membuatkan Allucard berdebar kencang...

Deathwing is back!? How!? Lycans killed him already!

"Mustahil... Lycans killed you!" Allucard berkata tegas. Pedang dihunuskan ke arah naga berapi tersebut. Deathwing tersengih menampak bilah gigi tajam...

"Lycans didn't killed me...Dia cuma hantar aku ke alam baka..."

"Its the same things! Kau tak patut berada di sini!"

"I'm the mighty Deathwing...The world destroyer...Setakat alam baka macam tu, aku boleh lepaskan diri..." Deathwing membalas sinis. Allucard merenung tajam padanya...

Perlahan-lahan Deathwing merapatkan muka ke arah Allucard. Hujung pedang si serigala, Deathwing hembus lembut...

Allucard tergaman apabila besi pedangnya melebur dek hembusan nafas sang naga pemusnah dunia...

"Your sword can't defeat me, mortal..."

"Apa...Apa kau nak...?! Just killed me already...!"

"Brave little rascal...Aku tak bunuh kau, Allucard Venzela..."

Allucard mencampak pedangnya yang hanya tinggal separuh ke depan. Sang naga tersengih lalu perlahan-lahan bertukar menjadi manusia...

Sekali lagi, Allucard terpaku. Seorang lelaki berambut hitam separa bahu dengan jubah berwarna merah berdiri di depannya...

"Kau...Kau seorang ahli sihir, Deathwing...?"

"Yes, aku seorang ahli sihir...I'm far more powerful than the great Merlin..."

"Apa kau nak...?"

"Aku nak jumpa Lycans..."

"Apa niat kau sebenarnya...?"

"Its between me and him...You can't interfere, mortal..."

Allucard memerhati Deathwing dengan renungan curiga. Si ahli sihir hanya menyimpulkan senyuman sinis.

"Hurmm, how can i trust you...? You're Deathwing...The World Destroyer..."

"I'm the dragon who kept his words...Not a cunning wolf like you..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now