"Hmmm~ Hmmm~"
Loralyn asyik menyanyi sambil menyapu bahagian ruang tamu. Sekali-sekala dia menyisir rambut panjangnya ke sisi apabila dia terasa terganggu. Aku pula menyapu bahagian dapur sambil tersengih melihat gelagat si musang...
Keadaan rumah kayu, aku perhatikan seketika. Ianya lengkap dengan perabot dan kelihatan kemas. Cuma berhabuk sikit...
Hurmm, aku rasa...Rumah ni sudah ada penghuninya dulu. Mungkin mereka pindah dan jual rumah ni pada Krean?
"Abang...."
Aku bingkas menoleh ke sisi apabila Loralyn memanggil. Dia tersengih seraya menghulurkan aku benang merah. Aku termangu-mangu...
"Kenapa bagi abang benang ni...?" Aku menyoal sambil mengerut dahi. Loralyn tersenyum lalu memalingkan badan dariku. Rambut panjangnya dipegang dan disimpulkan menjadi ponytail...
"Ikatkan...Rimaslah...Asyik ganggu saya buat kerja..." Loralyn meminta. Aku tersenyum. Ceh, ingat apalah tadi...
Perlahan-lahan aku mengikat rambutnya dari belakang. Loralyn hanya mendiamkan diri. Hurmm, belakang lehernya aku perhatikan lama...
"Ermm...Grrr...Grrr.." Loralyn mengeram perlahan apabila kucupan aku singgah ke belakang lehernya. Sembilan ekornya mulai bergodek laju...
"Lora cuba perangkap abang, kan? Grrr..."
"Haha...What? Saya cuma nak abang ikatkan rambut...Nothing more..."
"Yeah right...I love you, Loralyn Lyonne..." Aku merangkul pinggangnya dari belakang. Loralyn tersengih menampakkan lesung pipit. Pipinya mulai bertukar merah, begitu juga dengan ekornya...
"Abang nak...?"
"Yes..."
"Tutup pintu dulu..."
"Celaka...Korang buat adegan berahi pulak kat sini..."
Aku dan Loralyn bingkas menoleh ke pintu depan. Deathwing, Vlademir, Merlin dan Tyara tersengih nakal melihat si musang duduk di atas riba aku. Malahan, baju kulit aku sudah tertanggal...
Fuck...
"Ketuklah pintu dulu!" Aku menengking! Loralyn yang hampir terlondeh gaun labuhnya, bingkas melarikan diri ke dalam bilik. Deathwing dan Merlin tertawa terbahak-bahak!
"Sial, nak geli-geli bukan di ruang dapur, Lycans! Rumah ni ada bilik, kan!? Hahaha!"
"Diamlah Drake...Well...Good to see you, old friend..." Aku berkata seraya berjalan ke arah mereka semua. Tangan dihulurkan untuk bersalam...
Vlademir memeluk aku, erat. Aku tersentak. Drake hanya menepuk lembut bahu aku...
"Haha! Good to see you, Lycans..."
"Yeah-yeah...Good to see you too, Vlad..." Aku membalas sambil menggaru belakang kepala. Merlin dan Tyara terus masuk ke dalam rumah. Drake dan Vlademir juga masuk ke dalam...
Aku duduk berhadapan dengan mereka semua. Loralyn datang semula sambil membawa sedulang biskut dan air teh lemon. Drake dan Vlad melirikkan pandangan nakal pada si musang...
"Woi...woi...Bini aku tu...Usya lain macam je apahal...?"
"Haha! Damn, Lora masih cantik! Mesti kau baham dia tiap-tiap hari, Lycans...!" Deathwing berkata lalu tertawa. Si musang hanya mampu tersenyum menahan segan.
"Sudah-sudahlah mengusik tu, Death...Hurmm.." Vlademir menegur seraya menghirup teh di dalam cawan. Si musang duduk di sebelah aku. Dia tersipu-sipu...
"Kau macam mana, Vlad...? Ok? Apa kau buat selama ni...? Aku langsung tak terserempak dengan kau..."
"Ahh...Aku ada lah hal aku.."
"Hal apa...?"
"Macam kau tak kenal aku..." Vlademir membalas selamba. Aku tersengih. Sudah semestinya Vlademir uruskan kontrak memburu. Dia selalu menjadi orang tengah antara Hunter lain untuk uruskan kontrak memburu diantara pekan...
Vlademir pandai berurusan perkara macam ni. Aku cuma tahu berlawan dan membunuh...
"Kau dah kemaskan rumah, Lycans...?" Merlin pula menyoal sambil memerhati sekeliling. Aku dan Loralyn berbalas jelingan lalu tersenyum...
"Nak harapkan kau, Merlin? Pergi pasar sampai 6 jam...Apa kau buat...?"
"Eh? Aku jumpa Drake and Vlad...Jadi, aku lepak lah dulu..."
"Tak guna kau Merlin...Si musang aku dah lapar ni...Kau belikan daging...?"
"Dah...Tu...Kat dapur..." Merlin membalas seraya menunjuk ke arah dapur. Dua beg kertas berisi daging terletak kemas di dalam sinki...
"Good, malam ni kita makan besar-besaran...Ahaha! Our family reunions...!" Vlad berkata lalu tertawa. Kami semua tersengih melihat Vlademir gembira...
Its feels so good to have your family back again...
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...