CHAPTER 24 | CAT KINGDOM

9.1K 533 11
                                    

🔸FLASHBACK🔸

🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸

Setelah belayar selama seminggu, akhirnya kami tiba di pulau Verbal. Sauh dilabuhkan ke dasar laut, titi dijatuhkan. Deathwing dan Vlademir berjalan di depan, aku dan Loralyn mengikut dari belakang...

Aku memerhati sekeliling, suasana pantai pulau tersebut kelihatan lenggang. Sunyi. Hanya ada pekerja kapal dagang yang kami tumpang tadi...

Hurmm...Pulau ni terpencil ke..? Jarang orang datang sini? Kapal dagang tu datang cuma untuk kutip hasil arang batu, bukan?

No wonder tempat ni kosong...Langsung tiada kemajuan...

Deathwing mengangkat tangan dan menghalanya ke depan. Kami hanya memerhati gelagat dia...

Apa dia nak buat...?

'Hôrsed ré gôrdēn...' Deathwing melafazkan kata-kata mantera. Perlahan-lahan tanah berpasir di hadapan kami mulai merombak.

Dari pasir tersebut, bentuk kuda terhasil dan pasir jatuh ke tanah. Tiga ekor kuda berada di hadapan kami...

Aku terkedu...

Hebat betul Deathwing...Dia boleh hasilkan kuda dari tanah!? Hidup pulak tu! Sihir dia tahap berapa!?

'Ada gunanya jugak kau ni, Deathwing...' Vlademir berkata lalu naik ke atas kuda berwarna kelabu. Aku dan Loralyn menunggang kuda berwarna hitam. Deathwing tersenyum...

'Heh...Takkan kita nak jalan kaki..? Jom...' Deathwing membalas seraya naik ke atas kuda berwarna coklat. Dia memacu kuda tersebut ke depan...

Kami memecut ke arah utara. Loralyn hanya mendiamkan diri di belakang aku. Vlademir menjadi peneraju jalan...

Hurmm...Di mana centour ni berada...?

********************************************

'Whoa....' Aku terkesima melihat sebuah istana dengan bentuk kepala kucing yang terletak kira-kira 50 kilometer dari kami. Vlademir tersengih melihat reaksi aku...

Kami terus memecut menuju ke arah istana pelik tersebut. Setelah tiga jam memecut kuda, akhirnya kami tiba di pintu gerbang pekan itu. Dua pengawal berkepala kucing menahan kami. Mereka memegang tombak.

Aku hanya memerhati pengawal tersebut berjalan mendekati kami. Mereka memakai armor besi dengan corak ukiran kucing di dada...

Hurmm...Mereka ni kucing...Seratus peratus kucing...Not half human...Saiz mereka juga kecil berbanding kami...Hanya separa dada...

'Kalian ni siapa? Kenapa datang ke mari?' Mereka menyoal dengan nada tegas. Mata mereka tajam memerhati setiap seorang dari kami...

'Kami ni pemburu, The hunter dari Azeroth...Izinkan kami masuk...' Vlademir berkata sopan. Dua pengawal kucing itu berbalas pandangan...

'The hunter...? Kalian datang untuk hapuskan centour...?' Mereka menyoal. Kali ni nada mereka lembut berbanding tadi...

'Yes...' Vlademir membalas ringkas. Mereka mengangguk. Tombak diangkat semula dari terus dihalakan ke arah kami...

Aku tersengih...Ceh..Tombak macam tu nak ugut kami? They're cute...Haha!

'Open the gate!!' Salah seorang dari pengawal itu mengarah. Pintu pagar bertatahkan tembaga terbuka perlahan-lahan...

Aku dan Loralyn tergaman melihat suasana pekan tersebut...

Ratusan ribu kucing berjalan kaki dua sedang sibuk melakukan kegiatan harian. Ada di antara mereka asyik berborak, ada juga yang leka berjual beli...

Perlahan-lahan kuda kami melangkah masuk ke dalam pekan pelik tersebut. Aku tidak putus-putus melihat pemandangan luar biasa tersebut...

Whoa...Pekan ni penuh dengan kucing! What the fuck!? Setahu aku, suku kaum khaijit sudah pupus...!

Mereka jarang untuk dilihat...But here, there're hundred thousand of them!

Holly molly...

'Welcome to the cat kingdom...' Deathwing menegur apabila melihat aku masih tergaman. Loralyn juga asyik melihat kucing-kucing tersebut...

'Cat Kingdom, huh?'

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now