Tapak kaki kuda terhenti dari terus melangkah. Vlademir dan Deathwing tersenyum seraya berbalas pandangan tatkala mereka berdua tiba di Pekan Azeroth.
"Home sweet home..." Deathwing berkata lalu memacu kudanya ke depan. Vlademir mengikuti si ahli sihir dari belakang. Mereka berdua memasuki pintu gerbang Pekan Azeroth sambil memerhati sekeliling...
Pekan Azeroth masih seperti dulu, langsung tidak berubah. Aman dan damai. Penduduknya kelihatan sibuk melakukan kegiatan harian. Pengawal bertombak pula tampak gagah mengawal keselamatan pekan gah tersebut...
"Apa kita nak buat, Vlad...? Searching for a girl? Or...A glass of Yolun...?" Deathwing menyoal dengan nada sinis sambil mengikat tali kudanya pada papan kayu. Vlademir tersengih...
"Ahh, kau ni...Tak habis-habis dengan perempuan...Im not a pervert like you, Death..."
"A glass of Yolun then..." Deathwing membalas lalu tertawa. Mereka berdua berjalan beriringan ke hujung Pekan Azeroth. Sambil-sambil itu, mata meliar memerhati sekeliling...
"Vlad...Kau nak buat apa sekarang...? Merantau lagi...?" Deathwing menyoal tatkala mereka berdua merentasi kawasan pasar yang sesak. Bunyi penduduk berjual-beli membingitkan suasana...
"Hurmm...Ntahlah...Aku fikir...Aku nak pergi Arastosa nanti...Menetap di sana..." Vlademir membalas acuh tak acuh. Deathwing tersengih...
"Kau ada companions ke, Vlad...? Pipi kau merah semacam je...?"
"Ma-mana ada! Jangan assume benda bukan-bukan!" Vlademir mulai gelabah. Deathwing sempat mengambil sebiji buah epal yang tersusun di rak kayu. Epal tersebut digigit sambil menjeling Vlademir yang tersipu-sipu...
"Haha! Sah! Kau ada companions! Siapa, Vlad...? Ermm? Ermm?!" Deathwing mulai menyoal tanpa berselindung. Vlademir menggaru kepala...
"Celaka betul kau ya...? Pandai betul main tarik tali dengan aku..."
"Heh, ini Drake Deathwing la! Jangan nak berahsia dengan aku!"
Vlademir memberi pandangan tidak berpuas hati pada si ahli sihir. Deathwing menelan selamba buah epal yang asyik dikunyah sejak tadi...
"Hurmm...Aku jumpa dia di Pekan Milfgard...She's so pretty, Death...Tapi..."
"Erm? What...?"
"Dia sudah ada companions...Dengan King Dante..."
"Habis? Kenapa kau nak pergi Arastosa...?"
"Well, aku pikat jugak minah tu! Haha! Then, kami rancang nak larikan diri ke Arastosa...! Hidup aman di sana..."
"Pergh...Berani betul kau! Berani and bodo...Hahahaha!" Deathwing tertawa bersama Vlademir. Mereka berdua terus berjalan meredah kawasan pasar, kali ni mereka melencong ke arah kanan...
"Kau...? Bila nak ada companions...? Sampai bila kau nak jadi macam ni...?" Vlademir menyoal tatkala mereka berdua menuruni anak tangga.
"Jadi macam mana...?"
"Yela...Asyik dengan perempuan murahan je kau ni...Bila nak dapat companions yang betul-betul kau sayang...?"
"Haih...Ntahlah, Vlad...Aku nak cari perempuan yang cantik...And..."
Kata-kata Deathwing terhenti. Pandangan matanya tertacap pada kawasan pasar yang terletak di tingkat bawah. Vlademir menepuk bahu Deathwing...
"Oi...Kau ok tak? Tetiba senyap...?"
"Hamiya...Hamiya...Hamiya..."
"Apa benda kau melalut ni!? Hamiya jadah...!?"
"Kau tengok tu! I found my love!" Deathwing bingkas menunjuk ke bawah. Valdemir tercari-cari.
"Mana!?"
"Tu! Yang pakai gaun biru tu! Lawa betul! Fuh...!"
Pandangan Vlademir tertacap pada seorang gadis berselendang biru. Gadis itu sedang berurusan jual beli di kedai posyen. Rambutnya ikal mayang berwarna putih dan memakai gaun labuh berwarna biru pekat...
"Yang tu ke...? Death...?" Valdemir menyoal seraya menoleh ke sisi. Tapi, Deathwing sudah menghilangkan diri...
Dari atas, Vlademir dapat melihat Deathwing berjalan perlahan-lahan mendekati gadis biru tersebut....
"Laju betul dia pergi...Dia ni...Haih..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...