PRAKK!!
PAKKK!!
ZUPPP!!
Aku memecut ke bawah gunung sepantas mungkin. Dahan-dahan pokok aku pijak seraya meluru bagaikan kilat. Mana-mana ranting yang mengganggu, aku cantas dengan sebelah tangan!
Fuck it! Mana Loralyn?! Jangan cakap yang Illydia bunuh dia! Fuck! Fuck!
Jika Illydia bunuh dia, aku cari perempuan gila tu sampai dapat!
PRAKK!!
Aku memijak batu besar kemudian menujah badan ke depan! Badanku meluncur di lereng gunung! Aku memerhati sekeliling. Loralyn tiada di sini, aku tak dapat kesan bau dia...
Dua bilah pedang aku gapai dari belakang lalu menikam batu besar! Tubuhku berpusing lalu meninggung di bilah pedang yang terpacak di lereng gunung...
Hurmm, kemana Illydia sembunyikan dia...? Barathum, jika kau dengar kata-kata aku ni...
Aku minta pada kau, tolong jaga Loralyn untuk aku...Dia kandungkan anak aku...
If anything happens to her...
"Ahh, fuck it...Mana kau ni, Loralyn...? Please be safe...I'm coming...Just be safe..." Aku mengomel sendiri seraya menekup muka dengan sebelah tangan...
Tetiba, telinga aku menangkap bunyi derapan kaki. Aku bingkas menjengah ke bawah. Hurmm, jaraknya kira-kira 800 meter dari sini...
PRAKK!!
Tanpa membuang masa, aku menarik pedang dari lereng gunung kemudian melompat ke bawah. Tubuh melayang menuruni gunung tersebut...
Pakk!!
Aku mendarat ke atas sebatang dahan. Tiga orang pedagang kelihatan berjalan di bawah pokok tempat aku mendarat. Aku memerhati gerak-geri mereka. Hurmm, mereka ni pedagang permata...
Mungkin aku boleh tanya mereka...?
"Uwah!? Siapa kau ni!?" Salah seorang dari mereka menjerit apabila aku melompat di depan mereka semua. Aku menyisip pedang ke belakang.
"Relaks...Aku tak berniat jahat..."
"Kau bukan manusia! Kau nak rompak kami!?"
"Dude, aku tak berniat jahat...Aku cuma nak tanya..." Aku membalas seraya berjalan mendekati lelaki tersebut. Mereka semua kelihatan takut denganku.
Hurmm, mereka ni manusia...Patutlah penakut sangat...
"Abang, saya tak rasa dia berniat jahat...Jika dia nak rompak kita...Dia serang kita dari belakang...Bukan datang dari depan macam ni...Plus, he's alone..." Seorang gadis berambut hitam berkata tiba-tiba. Aku tersengih...
This girls got some balls...
"She's right, ya know...Aku cuma seorang diri..."
"Hurmm, apa kau nak...?" Lelaki tadi menyoal dengan nada tegas. Aku memeluk tubuh seraya merenung dia...
"Kau ada nampak seorang gadis? Berambut coklat...Tingginya kira-kira 160cm...Bermata coklat...Dan, berekor musang...?"
"Gadis berekor musang...?"
"Yes...Kau ada nampak?"
"Tak...Seekor makhluk pun aku tak nampak melainkan kau..." Dia membalas. Aku melepaskan keluhan lemah. Haih, aku dah agak...Ini cuma sia-sia...
Jika Loralyn ada disini, aku boleh jejak bau musang dia tu...
"Hurmm, awak dalam masalah...?" Gadis berambut hitam menyoal tetiba seraya mendekati aku. Aku membalas pandangan matanya...
"Awak kacak...Mata biru awak ni macam permata..." Dia menyambung kata. Aku menggosok belakang leher...
Apahal dengan dia ni? Tetiba puji aku...?
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...