Aku terkebil-kebil menatap siling bilik mewah. Suasana terasa sunyi. Teramat sunyi. Perlahan-lahan aku bangun dan memerhati sekeliling. Aeryz pula asyik termenung memerhati bulan.
Ibu dan ayah asyik bermesra di dalam bilik sebelah. Bunyi ibu mendesah jelas kedengaran di telinga. Aku menggeleng kepala lalu turun dari katil...
"Mana kau nak pergi, Ryca? Ayah marah nanti..." Aeryz menegur tatkala aku mahu membuka pintu.
"Nak amik angin...Bosanlah duduk dalam bilik ni...Ayah tak sedar punya, dia tengah sedap dengan ibu tu..."
"Jom, aku temankan kau..." Aeryz membalas seraya menggapai baju sejuk yang tersangkut di kerusi kayu. Aku tersenyum lalu keluar dari bilik. Aerys berjalan beriringan denganku.
"Sejak akhir-akhir ni, kerap betul ibu bermesra dengan ayah..." Aeryz memulakan perbualan. Aku menggangguk.
"Haha, maybe mereka nak berikan kita adik?"
"Bullshit...Aku tak nak adik...Rimas...Jaga kau sudah cukup meletihkan aku..."
"Haha, ayat abang sama macam ayah...Ayah pantang betul bila ibu tanya nak tambah lagi sorang..." Aku membalas sambil tertawa kecil. Aeryz menarik hood di kepalanya.
"Mana kau nak pergi, Ryca? Makan?"
"Ntahlah...Saya nak minum je kot.."
"Minum? Boleh jugak...Aku ada gold, atuk bagi..." Aeryz berkata lalu tersengih. Kami berjalan menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah.
Suasana kelihatan lenggang. Cuma ada beberapa orang pengawal yang masih setia menjalankan tugas. Bulan mengambang penuh di dada langit membuatkan keadaan sekeliling terang.
Ketika kami berjalan meredah kawasan taman Istana, aku ternampak Noah dan Arria di depan pintu gerbang...
"Aeryz, Euryca! Sini!" Arria melambaikan tangan pada kami. Aku dan Aeryz segera berjalan ke arah mereka berdua. Noah hanya memeluk poket sambil memerhati kami datang.
"Korang nak pergi mana ni?" Aku menyoal Arria. Sedaya upaya aku cuba elak dari bertembung mata dengan Noah. Aeryz tersenyum melihat Arria.
"Nak pergi makan, jomlah..." Arria mengajak. Aeryz bingkas memegang lengannya. Aku dan Noah memerhati gelagat mereka berdua.
"No, no...You come with me sweetie..." Aeryz berkata lalu menarik Arria pergi dari situ. Gadis serigala terkebil-kebil, namun dia tidak melawan.
Aku dan Noah berbalas jelingan. Keadaan sepi seketika. Suasana terasa begitu janggal...
"Hurmm...Kau nak makan, Ryca...?" Noah menyoal perlahan. Aku mengangguk. Urm, kenapa aku rasa segan sangat ni..?
"Jomlah, kita makan di kafe hujung pekan tu...Tempat favourite kau, kan?" Noah berkata lagi lalu mengorak langkah. Aku mengikut dia dari sisi...
Kami berjalan di kawasan pejalan kaki. Kawasan pasar sudah lama menyepi. Hanya lampu jalan menghiasi suasana. Angin malam bertiup perlahan. Aku memegang jaket erat-erat...
"Kau sejuk, Ryca...?"
"Erm..."
Langkah Noah terhenti. Aku memalingkan muka apabila dia melutut di depan. Jari-jemarinya memegang pergelangan tanganku, lembut.
Mulut aku kemam apabila dia menghembus hawa nafasnya ke tapak tangan...
"Selesa...?" Dia menyoal ringkas. Aku mengangguk. Noah tersenyum manis.
"Kadang-kadang aku terfikir...Kenapa keluarga Lycans secomel ni..?"
"Ha...?"
"I miss you, Ryca...I really do..."
"Ermm.." Aku terdiam mendengar luahan hati dia. Noah berdiri dan menggosok belakang kepala.
"Ryca..."
"Hurm?"
"Kau masih marahkan aku...?"
"Not really..."
"Aku tak pernah khianati kau, Ryca...Sumpah!"
"Apa buktinya...?" Aku menyoal dingin. Noah menggaru pipi. Matanya sayu merenung aku...
"Hurmm, bukti...Aku takde bukti..."
"See? Awak cuma pandai bermain kata...But, you're just one simple liar..."
Noah tertunduk mendengar bidasan kata dariku. Aku menarik tangan dari genggaman dia...
"Hurm, fine...Saya maafkan awak...But, dengan satu syarat..." Aku mengangkat jari telunjuk padanya. Noah mengerut dahi membalas pandangan mata aku.
"Syarat...?"
"Yes, awak kena jumpa ayah saya, cakap awak nak jadi pasangan saya..."
"Aww, fuck me...Your dad is one scary wolf..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...