🔸FLASHBACK🔸
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Setelah 5 jam menunggang kuda, akhirnya kami sampai ke pekan Nille. Pekan kecil yang terletak di tepi laut itu kelihatan mendamaikan. Suara penduduk berjual beli dan melakukan kegiatan harian membingitkan telinga.
Aku dan Vlad bergerak masuk ke dalam pekan tersebut melalui pintu gerbang. Makhluk berbulu tebal seakan monyet melintasi kami di depan. Aku hanya tersenyum apabila dia memberi hormat.
Selesai mengikat tali kuda, kami bertiga berjalan ke tengah pekan. Loralyn memegang erat tangan aku. Ekornya disembunyikan. Vlademir tersenyum melihat lagak kami seakan pasangan kekasih.
'Wah-wah...Bukan main korang eh? Semalam senyap je, hari ni terus pegang tangan...?' Vlademir menyindir halus. Aku dan Loralyn tersipu-sipu.
Sial, janganlah ungkit...Segan aku...
'Diamlah kau, Vlad...!' Aku membalas untuk menutup rasa malu. Loralyn hanya mendiamkan diri. Pipinya memerah. Vlademir tertawa halus.
'Hehe! Well, did you fuck her already...?' Vlademir menyoal soalan bodoh. Aku tidak mengendahkan dia. Lantak kau lah Vlad. Makin dilayan, makin menjadi sikap dia ni...
'Woi! Aku tanya ni!' Vlademir memaksa. Aku menggaru kepala. Loralyn melepaskan genggaman tangan dari aku. Si musang mendekati Vlademir.
'Vlad...Saya nak minta tolong, boleh?' Loralyn meminta manja. Vlademir tersengih.
'Tolong apa, Lora...?'
'Tolong jangan menyibuk!' Si musang berkata tegas seraya menepuk lembut dahi Vlademir. Tawa aku berderai! Sial! Boleh tahan si musang ni!
She's good!
'Fine! Aku tak menyibuk!' Vlademir membalas geram seraya beredar dari aku. Aku bingkas menahan.
'Kau nak pergi mana, Vlad?'
'Kau jalan-jalan la dulu dengan Lora...Aku ada hal kejap...' Dia berkata seraya memberi lirikan mata penuh bermakna...
Hurmmm...Dia nak aku luangkan masa dengan si musang...
'Ok...Nanti jumpa aku kat jeti...' Aku membalas. Vlademir mengangguk. Dia berjalan pergi dan hilang di sebalik celahan orang ramai. Aku dan Loralyn berbalas pandangan...
'So...Kau nak makan...?' Aku menyoal lembut. Si musang tersenyum seraya mengangguk. Rambut coklatnya yang panjang separas pinggang disisirkan ke tepi...
Aku mengemam bibir. Damn it! Dia nak goda aku ke!?
'Erm...Boleh jugak...' Dia memberi jawapan. Bibir mungilnya yang merah merekah itu aku perhatikan. Aku nak cium bibir tu...
'Come here...'
Tangannya aku genggam erat lalu berjalan ke depan. Si musang hanya menurut. Kami menyelit di celahan orang ramai dan berjalan ke lorong belakang pasar.
'Lycans...?' Loralyn terpinga-pinga apabila aku merangkul dia tiba-tiba. Keadaan lorong sunyi itu terlindung dari pandangan penduduk Nille. This is my chance!
Aku terus mengucup bibirnya. Loralyn tersentak, namun dia tidak melawan. Si musang memaut belakang kepala aku. Kami berbalas ciuman...
'No...Not here..Ermm..' Loralyn mula mendesah apabila kucupan aku beralih ke lehernya. Ekornya menjelma dan meliuk perlahan. Nafas Loralyn berombak perlahan...
'Damn you, why you seduce me?' Aku berbisik di telinga musangnya. Loralyn tersengih mendengar kata-kata aku.
'Me? Seducing you? Jangan merepek!'
'Kau cantik..Hurmm...' Aku membalas lembut. Rambutnya aku usap perlahan seraya mencium pipinya. Loralyn tertawa kecil. Lesung pipit berlekuk di pipinya...
'Aww..Stop it, wolvie...Ermm..' Nafsu si musang mula bergelodak apabila aku meraba dadanya. Aku terus menerus meraba badan genitnya. Ekor Loralyn mula meliuk hebat.
Fuck it! Aku tak boleh tahan!
'Jom!' Aku mendukung dia. Loralyn merangkul leher aku. Pipinya yang merah bagaikan bunga mawar itu aku kucup sekali lagi.
'Ke mana...?'
'Kita cari bilik tumpangan...'
'Eh...?'
'I want you!'
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...