CHAPTER 58 | LANCE, THE LEADER

7.3K 498 5
                                    

Kami terpegun melihat ratusan ogre menyerbu. Kepala aku terasa berpinar-pinar. Alkohol masih membingungkan akal. Sungguh, aku tak boleh bertarung sekarang ni...!

"Vïçièlēntö Lë Fïerō Hàmæ!"

Eilya melafazkan kata mantera seraya menghala tapak tangan ke arah ratusan ogre tadi! Mata kuningnya bertukar merah dan ekornya meliuk hebat!

Hamburan api terhasil dari tapak tangan Eilya dan menyembur ke arah ogre-ogre tersebut! Mereka mengelupur kepanasan! Ada diantara mereka hancur menjadi debu!

Kawasan sekeliling cerah dek cahaya api itu. Pokok-pokok oak yang tersusun di sisi kedai besi Dylan, hangus terbakar! Malahan, suhu juga bertukar hangat!

Aku tergaman melihat ratusan ogre tadi tumpas sekelip mata. Si musang termengah-mengah. Aku bingkas memapah dia.

"Eilya..."

"Hah...hah..." Dia tercungap-cungap mengambil nafas. Tangannya menggigil merangkul bahu aku. Aku mendukung dia.

Aku menoleh ke arah Ketua ogre yang berdiri kira-kira 100 meter dari kedai besi. Dia kaku tidak bergerak. Mungkin terkejut dengan sihir hamburan api yang Eilya lancarkan tadi.

Dylan masuk ke dalam kedainya dan mengambil crossbow yang tersangkut di dinding kayu. Ketua ogre itu bingkas mahu melarikan diri, tetapi Dylan lebih pantas memanah dia.

"URGHHH!!" Ogre tersebut terjelopok ke tanah apabila anak panah menembusi betisnya. Dylan berjalan selamba mendekati dia.

Aku meletak Eilya di atas kerusi kayu. Si musang terlelap tatkala dia berbaring. Hurmm...She pushed her magic so much, aku tak pernah tengok dia hasilkan api besar macam tu sebelum ni...

"Urhh...Aku minta maaf...Tolong lepaskan aku..."

"No..no...You come with me..." Dylan mengikat tangan ogre tersebut dan mengheretnya ke depan. Mayat-mayat ogre dengan kesan terbakar bergelimpangan.

Aku memeluk tubuh tatkala ogre tersebut melutut di depan aku. Dylan duduk di kerusi kayu bersebelahan dengan si musang yang terlena.

"Hurmmm...Kau ni Lance, The Leader..?" Aku menyoal. Dia berdiam diri dan tertunduk memandang lantai batu. Peluh dingin menitis ke dagu.

"Aku tanya ni, kau Lance, The Leader?"

"Y-yes...Aku Lance..." Dia menjawab perlahan. Nada suaranya bergetar menahan takut. Aku berjalan ke arah meja kayu. Excalibur aku capai.

"Kau nak bunuh dia, Aiden..?" Dylan menyoal tatkala aku berjalan semula ke arah ogre tadi.

Ogre tersebut menelan air liur apabila aku menghunus pedang ke arahnya. Mata aku merenung tajam pada dia.

"Please, Tuan...Dont kill me.."

"Kau penyamun, Lance...Malahan, kau serang aku tadi..."

"Maafkan aku..."

"Maaf tak cukup untuk redakan kemarahan aku, Lance, try harder..."

Lance menelan air liur apabila bilah Excalibur berada di belakang lehernya. Badannya mula menggigil...

"Aku nak kau beritahu aku, dimana kau simpan hasil rampasan yang kau kerah dari penduduk Azeroth sebelum ni..." Aku menyoal dengan nada tegas.

"Di gua Floer...Berdekatan dengan hutan pari-pari..." Dia menjawab tanpa ragu-ragu. Nada suaranya masih bergetar.

"Aiden, pancung jela kepala dia..." Dylan berkata lalu meneguk arak. Aku menggenggam pedang.

"Please Tuan...Aku merayu...Aku janji...Takkan buat lagi...Tolong lepaskan aku..." Dia merayu semahu-mahunya. Aku menarik nafas dalam-dalam...

ZUPPPP!!

Ogre itu terlentang di lantai batu. Darah merah mengalir dari dahinya. Sebatang anak panah menembusi tengkorak kepalanya...

Aku menoleh ke belakang, Dylan tersengih puas membalas pandangan aku. Crossbow diletakkan di sisi kerusi.

"Dude, kau tembak dia...?"

"Yeah, aku tahu...Kau mesti nak lepaskan dia...Kau ni lembut hati sangat...Dia tu ketua penyamun, Aiden..."

"Damn it, man..."

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now