Kereta kuda berhenti di sebuah pub berbentuk buah labu. Orang ramai kelihatan keluar masuk dari pub aneh itu. Sebuah pokok dengan daun berbentuk bulat memayungi pub tersebut.
Aku dan Merlin keluar dari kabin kayu. Si ahli sihir tersengih teruja seraya mengeliat perlahan. Aku terpinga-pinga...
Kenapa kami singgah di sini? Merlin cakap, dia nak bawa aku berjumpa Oracle...
"Err, Merlin..." Aku memanggil Si Ahli Sihir tatkala kami berjalan masuk ke dalam pub buah labu. Lelaki-lelaki bunian hutan memerhati ekor aku dengan pandangan curiga. Aku mula terasa resah...
"Erm?" Merlin menoleh, mata merahnya tertacap padaku. Aku tersipu-sipu...
"Kenapa kita singgah sini, Merlin? Kita nak pergi jumpa Oracle, kan? Pekan Harvest jauh lagi..."
"Ahhh, aku nak rehat dulu...Belakang aku sakit ni..." Merlin membalas seraya menepuk-nepuk belakang pinggangnya. Aku mengangguk...
Hurmm, ok...
Kami nak berehat... Tapi, kenapa dia pilih pub pelik ni? Seumur hidup aku, ini kali pertama aku nampak pub berbentuk buah labu...
Merlin meneruskan langkah, aku mengikuti dia dari belakang. Pintu kayu ditolak selamba...
Aku tergaman...
Di dalam pub tersebut, puluhan gadis-gadis bunian dan bertelinga kucing berbogel. Yup, sepenuhnya berbogel. Mereka berasmara tanpa berselindung! Bunyi mereka berdesah membingitkan telinga...
Merlin menoleh apabila aku merentap kuat lengannya dari belakang...!
"MERLIN! TEMPAT APA AWAK BAWA SAYA NI!?"
"Ha...?"
"TEMPAT NI MENJIJIKKAN! SAYA NAK JUMPA ORACLE! BUKAN KE SINI!"
Merlin tersengih sinis. Dia merapatkan muka denganku. Aku membalas tenungan mata merahnya...
"I need some good sex...Kau tunggulah di tingkat atas...Ada bilik tumpangan, kau rehatlah..." Merlin berkata lalu menunjuk ke tingkat atas. Terdapat bilik dengan pintu berwarna merah tersusun rapi di situ.
Aku mengetap gigi menahan geram. Merlin menarik tangannya dari genggaman aku...
"Grrrr! Pervert!"
"What? Aku lelaki, Lora...I need some girl..."
"Mujur Lycans tak macam awak! Hmph!"
"Asal kau nak samakan aku dengan mamat tu pulak? Lycans, Lycans lah...Merlin is Merlin..." Dia membalas selamba lalu berjalan meninggalkan aku. Sekelip mata sahaja dia menghilangkan diri.
Aku termangu-mangu...
DIA TINGGALKAN AKU!?
Pandangan mata lelaki-lelaki berhidung belang tertacap padaku. Aku terasa takut. Tanpa melengahkan masa, aku berlari ke tingkat atas...
Aku nak tunggu di bilik! Tempat ni buatkan aku terasa terancam!
Pakk...!
Aku tersentak. Seorang lelaki bertelinga kucing menghadang tangga kayu. Dia melunjurkan kaki bagaikan tiang kayu. Langkah aku terhenti di depannya...
"Errr, saya nak tumpang lalu...?" Aku meminta gugup. Lelaki tersebut tersengih sinis. Matanya meliar memerhati aku dari atas hingga bawah...
"Hurmm...Kau gadis baru? Cantik betul kau ni...I'll buy you..."
"Ha? No...No...Saya bukan pelacur..."
Lelaki tersebut menurunkan kaki. Dia memeluk tubuh seraya menyimpulkan senyuman sinis. Aku berjalan semula menaiki tangga...
Pakkk...!
Aku terkejut apabila tangannya menggapai pinggang dari belakang. Aku terjatuh di dadanya. Dia merangkul erat pinggangku seraya mencium leher...
"LEPASKANLAH!" Aku meronta mahu melepaskan diri, tetapi pautan kuat. Aku langsung tidak berupaya...
"Ermm...Damn, you smell nice...Like a damn flower...Its my lucky day, i guess?"
Lelaki kucing tersebut mula meraba tubuh seraya melekapkan bibir ke batang leher. Aku meronta semahu-mahunya...!
"LYCANS! HELP ME!"
"No one can help you, sweetie..."
"LYCANS! PLEASE HELP ME...!" Aku menjerit sekuat hati. Lelaki itu tertawa melihat aku mula menangis...
Lycans...Please...Selamatkan aku...I need you...
"MERLIN! HELP ME!" Aku memekik memanggil Merlin! Lelaki itu terhumban ke belakang secara tiba-tiba! Aku tergaman melihat mayat lelaki itu hangus terbakar...
Merlin berjalan kepadaku dengan sisa api masih menyala di tangan kanannya. Aku mengesat airmata...
"Aku suruh kau naik ke bilik kan? Kenapa kau tak naik...?"
PAKKK!!
Merlin terkedu apabila tamparan aku singgah ke pipi kirinya. Semua orang memerhati kami berdua...
"I HATE YOU, MERLIN!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...