Suasana di dalam rumah kayu hingar-bingar. Deathwing asyik berborak dengan Merlin, manakala Tyara asyik bersembang dengan Vlademir. Aku pula melayan kerenah si musang...
"Kau rugi, Merlin...! Aku jumpa sorang perempuan ni, cun gila! Muka lawa, body gred A! Kalau kau tengok, confirm meleleh!"
Deathwing berkata teruja. Suaranya lantang. Kami semua tersengih melihat dia mendabik dada. Merlin meneguk arak kemudian menongkat dagu...
"Kau tak abis-abis dengan perempuan, Death...Aku dah bosan la..."
"Eh? Kau, tetiba jadi suci ni apahal!? C'mon! Kau satu kepala dengan aku!" Deathwing membalas dengan nada geram. Mata Merlin dilirikkan ke arah Loralyn yang asyik menjamah daging panggang...
"Well, sekarang aku dah berubah, Death...Aku bukan lagi Merlin yang dulu..." Merlin membalas lalu meneguk arak sekali lagi. Aku memberi jelingan tajam kepada dia...
Don't ever think he can steal my fox from me...
Langkah mayat aku dulu...
Loralyn tersentak apabila aku menarik pinggangnya dari sisi, sehinggakan dia berganjak merapati aku...
"Errr...Kenapa ni abang...? Something wrong...?"
"No, nothing...Di sini ada buaya...Abang tak nak Lora kena baham nanti..."
"Buaya...? Apa abang merepek ni...?" Loralyn membalas dengan kerutan di dahi. Aku kembali menguyah tanpa mengendahkan dia...
Merlin hanya mengusap gelas sambil memerhati aku dan Loralyn. Hurmmm, dia nak cari pasal dengan aku ke...?
Please dont make me piss, Merlin...
Si musang mengelap mulut dengan kain putih lalu bangun. Aku mendongak memandang dia. Loralyn tersenyum melihat aku seakan khuatir...
"Saya nak ke tandas..." Dia berkata lalu beredar dari meja makan. Kami semua memerhati dia berlalu pergi. Hurmm, dia nampak gembira...
"So, Lycans...Kau bila nak mati...?" Vlademir menyoal tetiba. Aku tersentak. Mereka semua menoleh kepadaku...
"Apa benda kau merepek ni, Vlad...?"
"Sudahlah, Lycans...Tak perlu nak sorokkan apa-apa dari aku...Aku tahu, kau sedang tenat sekarang...Don't play fool on me, Lycanstrophes..." Vlademir membalas tenang. Aku menoleh ke arah Merlin...
Si ahli sihir menggosok belakang kepala apabila dia faham akan maksud renungan aku. Tak guna, Merlin beritahu Vlad...
Ahli sihir tak guna ni langsung tak boleh simpan rahsia! Mulut tempayan! Celaka...
Aku menarik nafas dalam-dalam kemudian menghembusnya perlahan-lahan. Vlademir dan Deathwing menanti jawapan dariku...
"Hurmmm...Aku diracun masa aku bertarung dengan Hunter yang digelar Phantom Assasins di Pekan Harvest..."
"Berapa lama masa kau ada untuk hidup...?"
"Well...About one week..."
"Hurmm...Hades's poison...This is big...Tapi, aku boleh tolong..."
"Aku tak minta pertolongan kau, Vlad..." Aku membalas lalu kembali menyuap daging panggang ke dalam mulut. Tetapi, garfu yang aku pegang, seakan terhenti.. .
Rengusan geram dilepaskan apabila Deathwing mengawal garfu besi dengan kuasa telepati. Aku menyandar pada kerusi kayu seraya memeluk tubuh...
"Jangan berlagak kental, Lycans...Just admit it...You need our help..." Deathwing berkata serius. Aku memasamkan muka. Tyara hanya tersenyum melihat aku menggaru kepala...
"Yea-yea whatever..."
"Kau tak takut, Lycans...? Kau tak dapat tengok anak kau nanti..." Tyara menyampuk setelah lama berdiam diri. Merlin hanya mendiamkan diri apabila suasana terasa tegang seketika...
"Fine...Kau ada cara, Vlad...? Kau ada penawar racun bodoh ni...?"
"Aku tak ada penawarnya...Tapi, aku ada cara untuk selamatkan kau..."
Kami semua terpaku mendengar kata-kata Vlademir. Si serigala meneguk arak dengan gaya selamba...
"Do tell me, Vlad...Aku nak tengok anak aku...I can't die...Not now..."
"Satu-satunya orang yang boleh tolong kau, cuma Loralyn..."
"Ha...?"
"Gumiho boleh berikan nyawa pada pasangannya...Itu anugerah gumiho kepada companions dia...You're one lucky shit, Lycans...Isteri kau gumiho..."
"Jangan mengarut, Vlad! Aku takkan bunuh Lora! Aku lebih rela mati dari ambil nyawa dia!"
"Nyawa...? Bunuh...? Apa ni...?"
Kami semua menoleh apabila suara halus menyampuk tetiba. Loralyn membalas pandangan kami sambil mengelap tangan. Dia kelihatan terpinga-pinga...
"Great! Now she knows! Damn you, Vlad!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...