CHAPTER 161 | TO LET THE DAUGHTER GO

6.9K 522 29
                                    

2 MINGGU KEMUDIAN

Suasana di perkarangan Istana Imperial Wolf kelihatan meriah. Irama violin berkumandang merancakkan suasana. Semua penduduk Arastosa dijemput hadir ke majlis perkahwinan diantara Noah dan Euryca. Mereka semua rancak bersembang sambil memegang segelas wain merah...

King Vlademir kelihatan leka melayan para tetamu yang hadir bersama Ciryla dan Allucard. Eilya pula kelihatan riang membantu Loralyn menyediakan tempat duduk kepada para tetamu jemputan khas, iaitu Raja dari Pekan Azeroth dan juga Milfgard...

Dari tingkat 6 istana Imperial Wolf, seorang gadis musang tampak resah melihat keadaan di luar istana tersebut. Segalanya tampak sempurna. Segalanya tampak mewah. Itu membuatkan dia sedikit gugup...

Euryca menutup kembali langsir putih seraya duduk di atas kerusi kulit. Suasana di bilik pengantin perempuan terasa sunyi sepi. Jurusolek masih belum datang, jadi Euryca terpaksa menunggu seketika...

"Haih, kenapa aku terasa takut...? Saat-saat macam ni...Aku dah lama nantikannya..." Euryca mengomel perlahan lalu tertunduk menongkat dagu. Gaun pengantin berwarna putih yang tersergam di hadapannya itu, dia perhatikan lama...

"Noah...Where are you...? I need you..." Euryca mengomel sekali lagi lalu menekup muka. Dadanya terasa seperti mahu meletup...

Plakk....

Si musang bingkas mengangkat kepala apabila pintu bilik dibuka. Seorang lelaki berambut coklat separa bahu tersenyum kepadanya. Euryca menggigit bibir melihat kedatangan Aiden...

"Ayah..."

"Hello there, my little fox..." Aiden menegur seraya mengorak langkah kepada anak gadisnya itu. Euryca mendiamkan diri tatkala Aiden mendekatkan diri dengannya...

"Lah? Kenapa tak bersiap lagi...? Gaun tak pakai lagi? Make up pun belum?"

"Ryca takutlah, ayah...I'm nervous..." Euryca membalas dengan nada berbisik lalu tertunduk sekali lagi. Aiden tersenyum kelat kepadanya...

Si serigala mengambil kerusi kayu lalu diletakkan di sebelah Euryca. Si musang menjeling Aiden tatkala lelaki itu duduk disebelah...

"Ryca takut...? Why? Bukankah ini yang Ryca mahukan...?"

"Ya, memang ini yang Ryca mahukan...But..."

"Ryca resah sebab Noah takde? Noah sedang bersiap di tingkat bawah..." Aiden bingkas memintas kata-kata si musang. Euryca memasamkan muka...

"Bukan sebab tu lah, ayah! Ryca takut! Macam mana kalau Ryca buat keputusan yang salah? Macam mana..."

Belum sempat Euryca menghabiskan kata, Aiden terlebih dahulu mendukung dia lalu diletakkan ke atas riba. Si musang terpinga-pinga...

"Ayah..."

"Euryca Aiden...You're my daughter...I trusted you...Ayah yakin, Noah boleh jaga Ryca...Keputusan yang tepat, keputusan yang salah?  Itu bukan persoalannya...Yang penting...You choose the right man to be your husband...Just like your mom choose me..."

"Ewww, so cheesy...Haha!"

Aiden tersengih melihat Euryca tergelak menekup mulut. Kepala anak gadisnya itu dikucup lembut. Euryca menyandar kepala di bahu Aiden seraya mengeram manja...

"You know what...?"

"What...?"

"Its hard tho..."

"Hard...?"

"You're my lovely daughter...Ayah besarkan Euryca dari tapak kaki Ryca hanya sebesar dua jari...Now, Euryca sudah besar macam ni...Euryca sudah menjadi hak milik lelaki lain...Ayah terpaksa lepaskan Euryca pergi"

"Ayah...Janganlah sedih macam ni...Saya janji, saya akan datang melawat ayah nanti..."

"Pfft, belum kahwin bolehlah cakap macam tu...Kita tengok lepas kahwin nanti..."

"Ok, is that a challenge?"

"Damn yeah..."

"I accept the challenge!" Euryca membalas seraya menyimpulkan senyuman manis. Aiden memeluk Euryca erat-erat. Ekor musang meliuk perlahan...

"Promise me, Ryca...You'll be fine..."

"I promise you, dad...Oklah, Ryca nak pakai gaun! Ayah tolong pakaikan boleh?"

Si musang melompat turun dari pangkuan Aiden seraya mengambil gaun putih di depan. Aiden bangun lalu mengeliat perlahan...

Di beranda bilik pengantin perempuan tersebut, Lycans dan Deathwing memerhati gelagat dua beranak tersebut dari tembok batu...

"Yang kau kesat air mata ni kenapa, Death...?" Lycans menyoal apabila dia melihat sang naga menyeka airmata dengan hujung jari.

"Your son is such a lovely father...Not a bastard one like you.. Its so touchy..."

"C'mon! You're the World Destroyer! Kau menangis sebab benda macam ni!?"

LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]Where stories live. Discover now