Penduduk Arastosa yang menghadiri majlis perkahwinan Euryca dan Noah beransur pulang ke kediaman masing-masing. Orang suruhan King Vlademir mengemas kawasan dewan. Aiden dan Eilya meminta diri untuk naik ke tingkat atas.
Yang tinggal hanya Lycans dan King Vlademir. Mereka berdua masih meneguk arak sambil memerhati orang suruhan melakukan kerja...
"Akhirnya, segalanya selesai, Lycans...Aku berpuas hati...Semuanya seperti apa yang aku rancangkan..." Vlademir berkata lalu tersenyum sendiri. Lycans menyandar pada kerusi...
"Thanks, Vlad...Tanpa kau, majlis perkahwinan ni takkan sempurna macam ni..."
"Haha, its my specialty...I'm the damn wedding planner! Dulu, kau kahwin dengan Lora...Aku jugak yang rancangkan..."
Lycans tersentak mendengar balasan kata dari serigala kelabu. Vlademir tersenyum sinis melihat kawannya itu termangu-mangu...
"Apa maksud kau ni...?"
"Kau kena kahwin paksa dengan Lora, kan? No...Semuanya, aku yang rancangkan...Haha! Aku tahu, kau takkan terima Lora kalau dia tak paksa..." Vlademir membalas selamba seraya meneguk arak sekali lagi.
Lycans menggaru kepala. Dia kembali menyandar pada kerusi dengan kerutan di dahi...
"Oh, rupanya...Kaulah yang suruh Lora paksa aku...?"
"Yeap..."
"Setan betul..."
"What? Kau patut berterima kasih pada aku...Bukan persetankan aku..."
"Apa-apa jelah...Setan..."
Vlademir tertawa sinis mendengar Lycans menyindir selamba. Serigala putih turut tertawa di sebelah. Mereka meneguk arak buat kali terakhir, kemudian bangun dari kerusi...
Lycans tersenyum melihat Loralyn berjalan perlahan-lahan mendekati dia. Si musang terus memaut leher si serigala tatkala mereka bersemuka...
"Vlad! Thanks! Aku hargai pertolongan kau!" Lycans sempat memekik kepada King Vlademir sebelum dia naik ke tingkat atas. Raja serigala hanya tersenyum simpul membalas kata penghargaan dari kawan baiknya itu...
Pandangan mata biru beralih pada si musang yang masih merangkul batang lehernya. Bunyi eraman manja jelas kedengaran di telinga. Lycans memaut pinggang isterinya lalu dikucup pipinya.
"You smell nice..."
"I'm always smell nice..."
"Dah-dah...Jangan nak mengada...Orang tengok ni...Cover sikit..." Lycans melepaskan rangkulan apabila si musang mulai mencium pangkal lehernya sambil berderam manja.
"Haha! Pemburu lagenda malu? Its so cute...!"
"Cute, huh? Jom...We find some shelter..." Lycans memegang tangan si musang seraya berjalan ke depan. Loralyn tersengih apabila Lycans mengajak dia keluar dari pintu dewan istana...
Tatkala Lycans melangkah keluar dari dewan, dia terpandang barisan kumbang kecil berarak naik ke tingkat atas. Si serigala menghentikan langkah...
Kumbang kecil itu dia perhatikan seketika. Ia terus merayap naik melalui dinding batu istana. Lycans mengambil seekor kumbang tersebut...
"Kenapa abang...?" Loralyn menyoal apabila dia melihat Lycans mempamerkan riak muka serius...
"Hurmmm...This bug...I've seen it before...But, when...?" Lycans menyoal seorang diri seraya memegang dagu. Kumbang tersebut dia perhatikan lama...
Ketika itu, Lycans perasan...
Di belakang kumbang tersebut, terpampang satu simbol. Simbol seakan pisau itu membuatkan dia menelan air liur...
"Anub'arak..."
"Ha...?" Loralyn terpinga-pinga apabila Lycans terus melepaskan genggaman tangan darinya! Si serigala melompat naik melalui beranda di atas!
"Abang nak pergi mana!?"
"Vlad in danger!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...