Pedang silver aku sisipkan semula ke pinggang. Kepala lelaki tadi bergolek ke tanah. Badannya terbungkang di atas kaunter. Darah membuak keluar bagaikan paip pecah.
Aku berjalan tenang ke arah kandang yang terletak di belakang kedai tersebut. Seekor Griffin aku tarik perlahan-lahan talinya. Makhluk berkepala helang itu hanya menurut.
Aku mendukung si musang dan meletakkan dia di bahagian belakang Griffin tersebut. Aku melompat naik di bahagian depan dan memegang tali pacu Griffin.
Makhluk berkepala helang itu mula mengepak sayapnya. Kami terbang ke atas dan menuju ke puncak gunung. Loralyn memeluk erat pinggang aku sambil memerhati ke bawah.
Kami meluncur di lereng bukit dan merentas kawasan air terjun. Beberapa ekor rusa melarikan diri apabila sedar kehadiran kami melintas di atas.
Setelah seketika, kami tiba di puncak gunung besar tersebut. Kuil Oracle jelas kelihatan di bawah. Perlahan-lahan aku mendarat di depan pintu gerbang.
Griffin tersebut aku ikat talinya di sebatang pokok. Makhluk berkepala helang itu duduk sambil memerhati aku dan Loralyn berjalan masuk ke dalam kuil megah di depan.
"Tunggu dulu...Kalian ni siapa?"
Dua orang lelaki berjubah hitam menahan tatkala kami melintasi pintu gerbang. Aku menghentikan langkah. Mereka berdua memerhati aku dan si musang.
"Nama aku Lycanstrophes, dan ini isteri aku, Loralyn Lyonne...Aku nak jumpa Oracle.." Aku berkata tenang. Mereka berbalas pandangan.
"Hurmm...Tak boleh...Oracle sedang berehat sekarang ni...Tiada siapa boleh ganggu dia.." Lelaki itu berkata tegas. Aku merenung tajam padanya.
"Aku tak nak bunuh kalian...Benarkan aku jumpa dia jika kau tak nak mati..." Aku membalas dengan nada dingin. Mereka berdua tertawa.
"Haha! Kau siapa nak bunuh kami!? Ini kuil Oracle! Pertumpahan darah dilarang sama sekali!"
"Then? Benarkan aku jumpa dia...!" Aku menengking. Mereka terus tertawa. Grrr...Aku mula terasa bengang...
Fuck it! I kill them!
Pedang aku gapai dari pinggang, tapi Loralyn pantas menahan tindakan aku. Lirikan matanya seakan melarang aku dari terus mengamuk.
"Hurmm...Awak berdua ni lelaki yang baik kan? Tolong benarkan saya dan Lycans jumpa Oracle...?" Loralyn memujuk lembut. Mereka berdua memerhati Loralyn teliti.
"Tak boleh...Oracle sedang berehat...Kau tak faham bahasa ke...?"
"Please...?"
"Tak boleh..."
"Draco, Seano...Benarkan mereka berdua masuk..."
Kami semua mendongak ke depan. Seorang lelaki tua berjanggut putih berdiri di depan pintu kuil sambil memegang tongkat sakti.
"Tuan Oracle..." Lelaki berjubah hitam pantas memberi tunduk hormat. Oracle berjalan perlahan-lahan menghampiri kami.
"Kau ni Lycanstrophes...?"
"Yes..." Aku menjawab ringkas pertanyaannya. Lelaki tua itu tersenyum. Dia memegang bahu aku dengan sebelah tangan.
"Aku dah jangka yang kau akan datang...Cuma aku tak sangka yang kau datang secepat ni...Come in.." Dia berkata lalu mempelawa kami masuk. Dua lelaki tadi hanya mendiamkan diri seraya beredar dari situ.
Aku dan Loralyn mengikut lelaki tua itu dari belakang. Suasana sekeliling aku perhatikan. Hurmm..Kuil ini masih kelihatan utuh walaupun usianya sudah menjangkau ribuan tahun.
Sebuah tugu dengan ukiran pahlawan serigala tersergam megah di tengah-tengah kawasan lapang. Kami berhenti di depan tugu tersebut.
"Tuan Oracle...Aku ada hal nak tanya..." Aku menegur sopan. Lelaki tua tersebut menoleh ke arah aku.
"Kau nak tanya tentang serangan di Sakura Village...? Dan, kau nak tahu sama ada Illydia masih hidup...?"
Aku tersentak mendengar kata-katanya. Loralyn juga terpegun. Wow, tekaan dia tepat...How the fuck did he know?!
"Y-ya...Macam mana Tuan tahu...?"
"Aku Oracle, Lycans...I know everything...The bitter truth and the sweet lies..." Dia membalas tenang. Janggutnya diusap perlahan. Aku menggaru kepala...
Dia ni menyeramkan...Serius, menyeramkan...
"Tapi, persoalan kau tu aku tak boleh jawab..." Dia menyambung kata. Aku mengerut dahi.
"Eh? Tuan cakap...Tuan tahu segalanya..."
"Ya...Tapi soalan kau tu...Aku tak perlu jawab..."
"Kenapa...?"
"Someone can answer that for you...Kau nak jumpa dia...?" Oracle tersebut itu menyoal selamba. Aku dan Loralyn berbalas pandangan.
"Siapa dia, Tuan...?" Aku menyoal ragu-ragu. Oracle menghala tongkat saktinya ke arah aku. Perlahan-lahan cahaya berwarna biru terpacar di hujungnya...
"Kau tanya dia sendiri, Lycans..."
Serentak dengan itu, cahaya biru tersebut menerangi kawasan kuil! Sebuah lubang hitam terhasil di bawah tapak kaki aku dan Loralyn!
Oracle itu hanya memerhati aku dan Loralyn terjatuh ke dalam lubang hitam tersebut.
"The legends begin..." Oracle itu berkata perlahan lalu beredar dari situ...
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...