Salji putih terus menerus meliputi kawasan Arastosa. Angin gunung menghembus kuat sehinggakan pekan megah tersebut terasa sepi. Semua penduduk berehat di dalam kediaman masing-masing apabila musim sejuk melanda...
Aku memacu kuda ke arah atas bukit. Raisya hanya mendiamkan diri di belakangku. Tangannya memaut pinggangku, erat. Aku boleh rasakan, Raisya menggigil kesejukkan...
Setelah 15 minit memacu kuda, akhirnya kami tiba di perkarangan sebuah rumah kayu. Aku turun dari kuda seraya memapah Raisya. Keadaan sekeliling aku tinjau teliti...
"Rumah siapa ni, Vlad? Kawan awak ke...?" Raisya menyoal sambil memeluk lenganku dari sisi. Aku tersenyum lalu berjalan ke depan...
"Ni rumah kawan baik aku, Raisya...Lycanstrophes, The legendary hunter..." Aku menjawab pertanyaannya tadi seraya mengetuk pintu depan. Angin yang menghembus kuat membuatkan kami berdua menggigil kesejukkan...
Keturunan serigala biasanya tidak gentar dengan suhu sejuk, tapi...Suhu kali ni, agak luar biasa sejuknya...
Kreeeuukkk....
Pintu dibuka tatkala aku dan Raisya asyik memerhati tingkap depan. Loralyn tersentak membalas pandangan mataku...
"Vlad? Apa awak buat kat sini!?"
"Ah, haha...Maaflah, Lora...Aku nak tumpang berteduh kejap..."
"Masuklah! Jangan banyak cakap!" Loralyn berkata tegas. Aku dan Raisya bingkas masuk ke dalam rumah. Jubah tebal ditanggalkan dari tubuh. Serpihan salji jatuh ke lantai...
Loralyn menyidai jubah labuh kami berdua ke rak kayu. Aku memerhati dia untuk seketika...
Hurmmm, baru aku sedar. Sudah hampir 8 bulan aku tidak melawat Lycans dan Lora. Patutlah dia sarat bunting macam ni...
"Duduklah, Vlad...Saya buatkan teh panas..." Loralyn berkata mesra. Senyuman manis terukir di bibirnya. Aku dan Raisya duduk di kerusi kayu yang terletak di ruang tamu...
Mana Lycans? Aku tak nampak pun dia...? Dia keluar memburu agaknya?
"Siapa perempuan tu, Vlad? She's so pretty...Cantik betul...Macam bidadari...Is she human?" Raisya menyoal tiba-tiba. Aku tersenyum mendengar pertanyaannya...
"Itu Loralyn Lyonne...Dia asalnya gumiho...Tapi, dia sudah bertukar menjadi manusia..."
"Eh? Dia gumiho? Seriously? Mengarutlah...Gumiho merupakan makhluk mistik yang paling jarang untuk ditemui...Mustahil lah...Jika betul dia..."
"Saya memang gumiho...But, i gave all my tails to my beloved husband, semata-mata untuk selamatkan dia...So, saya bertukar menjadi manusia biasa..."
Loralyn menyampuk sebelum sempat Raisya menghabiskan kata. Aku tersenyum apabila Loralyn menghidang dua gelas teh lemon panas ke atas meja.
"Lycans mana, Lora...?" Aku menyoal lalu menghirup teh. Raisya terus mengunci mulut. Mungkin dia takut dengan Loralyn?
Aku tak bohong, Loralyn ni ada satu aura. Aura yang buatkan dia tampak tegas. Plus, dia sarat bunting...
Dont ever piss her off...
"Lycans tidur di atas...Dia baru balik memburu semalam...Awak nak jumpa dia, Vlad...?" Loralyn membalas pertanyaanku. Aku menggelengkan kepala...
"Tak perlulah...Nanti dia bangun, aku jumpa dia..."
"Oh, ok...Siapa gadis ni, Vlad? Your companions...?" Loralyn menyoal lalu mengalihkan pandangan ke arah Raisya...
"Yes...She's my companions..."
"Good for you, Vlad...Saya ingatkan awak ni gay...Homoseksual..." Loralyn membalas selamba. Aku dan Raisya berbalas pandangan. Loralyn tersenyum simpul apabila aku merenung dia dalam-dalam...
"Apa maksud kau ni, Lora...?"
"Yelah, awak langsung takde minat pada perempuan sebelum ni...So, saya fikir..."
"Whoa-whoa...Cut the crap, Lora! I'm not gay!"
"Pfft...Vlademir gay..." Loralyn mengejek tanpa berselindung. Aku mengeram marah. Grrr...Dia ni...
"Apa bising-bising ni? Aku nak tidur pun tak senang...."
Kami semua menoleh apabila mendengar suara menegur tiba-tiba. Seorang lelaki berambut putih menguap sambil menggaru perut terpacul di depan pintu bilik...
"Lycans..."
"Lah, kau ke Gaywolf...Aku ingat sapa lah tadi..."
"AKU BUKAN GAY LAH, LAHANAT!"
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...