Angin petang bertiup lembut. Dedaun hijau bergerisik tatkala angin menyentuh permukaannya. Suasana di pinggir gunung Arastosa kelihatan menenangkan. Hanya kelihatan beberapa orang penduduk leka bercucuk tanam.
Aku memacu kuda merentasi kawasan ladang. Setelah seketika, aku tiba di kaki gunung Arastosa. Tanpa membuang masa, aku memecut untuk ke puncak.
Hurmmm, kenapa Lycans minta aku jumpa dia di sana? Sudah semestinya dia ada hal mustahak, bukan?
Setelah 4 jam memacu kuda, akhirnya aku tiba di puncak gunung. Kabus tebal memenuhi kawasan. Aku turun dari kuda seraya meninjau sekeliling. Suhu terasa sejuk mencengkam tulang.
Drap...
Drap...
Aku bingkas menoleh seraya menghala tapak tangan ke sisi! Siapa yang datang!? Musuh!? Pandangan aku agak terhad dek kabus tebal di puncak gunung tersebut!
"Who's there!? Show yourself!" Aku menengking sambil memerhati sekeliling. Dalam keadaan berjaga-jaga, aku berjalan ke depan...
PAKK!!
Aku tersentak apabila lenganku digenggam dari belakang! Namun, tatkala aku menoleh ke sisi, sepasang mata merah tertacap kepadaku. Senyuman sinis terukir di bibirnya...
"Relakslah, Merlin...Apa yang kau takutkan sangat...?" Deathwing menegur seraya melepaskan genggaman tangannya dariku.
Aku melepaskan nafas lega seraya mengemas jubah hitam. Fuh, aku ingat orang suruhan Hades tadi, rupanya cuma naga tak guna ni...
"Sial...Aura hitam kau masih kuat, Death...You scared the shit out of me..." Aku merengus seraya berjalan ke depan. Deathwing tersengih, dia mengikut aku dari belakang...
Aku melabuhkan punggung di atas batu besar yang terletak di tengah-tengah kawasan lenggang. Deathwing menyandar pada sebatang pokok oak.
"Lycans yang minta kau datang sini, Death?" Aku menyoal perlahan. Beg kulit aku gapai dari pinggang. Dua biji epal aku keluarkan.
"Yeap, aku tak tahu kenapa...Kau tahu, Merlin...? Kenapa Lycans nak jumpa kita di sini...?" Deathwing membalas pertanyaan aku seraya mengambil sebiji epal pemberianku.
"Ntahlah...Lycans tak cakap apa-apa pun.."
"Hurmm, Lycans mesti ada hal penting, bukan?"
"Aku agaklah..." Aku membalas ringkas. Buah epal digigit lalu dikunyah. Deathwing turut menguyah di sebelah aku. Dia leka memerhati sekeliling.
Hurmmm, dia masih seperti dulu. Aku tak sangka pula dia boleh berubah...
Maksud aku, dia diserap kuasa gelap. He's the dark wizard. To be exact, he's the world destroyer...
Macam mana dia boleh berubah? Setahu aku, tiada siapa dalam dunia ni yang boleh lepaskan diri dari kuasa gelap...
Lycans tolong dia...?
"Death..." Aku memanggil namanya setelah sekian lama berdiam diri. Dia memalingkan muka kepadaku...
"Hurm? What...?"
"Kenapa kau berubah, Death?" Aku menyoal tanpa berselindung. Deathwing mengerut dahi kepadaku...
"Berubah?"
"Yela...Macam mana kau boleh berubah? Kau berpihak pada Lycans...Sebelum ni, kau nak sangat hancurkan dunia...Cipta anarki baru lah, apalah...Why tho?"
Deathwing tersenyum lalu duduk di sebelah aku. Aura panasnya jelas terasa tatkala dia berada di sebelah. Aku menggigit epal sekali lagi...
"Hurmm...Aku sedar kesilapan aku, Merlin...Lycans buatkan aku sedar...Dunia tak boleh diubah...Hanya orang tertentu yang boleh ubah...And, that person is not me..."
"Who...?"
"Its a secret between me and Lycans..."
"Ahh, darn you...Nak berahsia pulak sekarang ni..." Aku membalas dengan nada kecewa. Deathwing tertawa sinis...
"Death...Aku ada soalan nak tanya ni, jika kau tak kisahlah..."
"Apa? Jika kau nak belajar sihir hitam...The answer is no...You're not strong enough to learn that kind of magic..."
"Pfttt...I'm the great Merlin..."
"I'm the mighty Deathwing..."
"You just a loser, trying to destroy the world..."
"You're just a lonely man, who longing to be loved by Loralyn..."
"Whoa-whoa...Celakanya ayat kau..."
Deathwing tertawa terbahak-bahak melihat aku memasamkan muka. Sial betul, boleh pulak dia ungkit kisah lama...
"Hahahahaha! Relakslah! Aku gurau jelah!"
"Ayat kau memang deep dari dulu! Makan dalam! Sakit hati kau tau!"
"Its my talent, you know...Nak sedarkan orang tak sedar diri macam kau ni..."
"There we goes again...Those deep words...Just stop it, Death!"
"Ok-ok, i'll shut my mouth...By the way, apa kau nak tanyakan, Merlin...?" Deathwing menukar topik perbualan. Pandangan mata merahnya tertacap padaku...
"Death...Kenapa kau pilih kuasa gelap...? Kenapa kau nak hancurkan dunia...? Kenapa kau berubah menjadi naga?" Aku melancarkan soalan bertalu-talu. Deathwing menyimpulkan senyuman tawar kepadaku...
"Hurmm, Its a long story, Merlin..."
"Well, Lycans belum sampai...We got some time...Do tell me, Death..." Aku membalas selamba seraya menggigit epal buat kali ketiga.
Deathwing bangun dari terus duduk di sebelah aku. Aku mendongak memerhati dia mengeliat seketika...
"Jika kau nak tahu...Kita kena putar masa ke 500 tahun dulu...."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...