Kedua tapak tangan aku perhatikan. Warna kulit aku agak samar-samar. Seolah-olah jasad aku ini tembus pandang. Illydia tersenyum melihat aku terpinga-pinga.
"Ini memori aku, Loralyn Lyonne...Dont be afraid..." Dia berkata seraya merangkul pinggang aku dari sisi. Kami terawang-awang melintasi pintu utama rumah anak yatim.
Kami duduk di birai tingkap yang terletak di ceruk bangunan kayu tersebut. Di tengah ruang dewan luas itu, sekumpulan kanak-kanak kelihatan riuh rendah memekik.
"Fight! Fight!"
Mereka bersorak lantang sambil mengangkat penumbuk. Dua kanak-kanak lelaki kelihatan sedang bertumbuk di tengah-tengah bulatan. Seorang berambut putih, manakala seorang lagi berambut hitam.
Aku memerhati budak lelaki berambut putih tersebut. Dari gaya dia berdiri dan berlawan, aku kenal. Teramat kenal...
Is that, Lycans...?
"Yes, itulah Lycans...Cute isn't?" Illydia menegur tetiba. Seolah-olah dia dapat membaca buah fikiran aku. Aku mengangguk...
Ok, itu Lycans...
BAKKK!!
Budak lelaki berambut hitam tersungkur ke atas lantai kayu. Darah tersembur bersama dua batang gigi dari mulut. Lycans memijak belakang badan budak lelaki tersebut.
"Jangan ganggu group aku kalau kau tak nak mati!"
"Erghh...Fine! Aku mengaku kalah..."
"Good..."
Lycans mengesat peluh di dahi kemudian beredar dari situ. Illydia memetik jari. Kami terawang sekali lagi. Kali ni, kami melintasi koridor sempit kemudian menembusi dinding batu.
Aku dan Illydia duduk di atas katil berwarna putih. Budak lelaki berambut putih duduk berhadapan dengan kami. Dia termenung panjang...
"Kenapa dengan dia...?" Aku menyoal. Illydia tersenyum seraya menongkat dagu. Pandangan matanya tertacap pada Lycans.
"Just see for yourself..." Illydia membalas selamba. Aku kembali menoleh ke depan. Hurmm...Dia nak tunjukkan apa sebenarnya...?
Plak...!
Pintu dorm kayu dibuka tetiba. Seorang budak perempuan berambut putih susu masuk sambil tersenyum simpul. Aku memerhati budak perempuan tersebut...
"Hurmm...Is that..."
"Yes...Its me..." Illydia pantas menjawab. Aku kembali memerhati gelagat dua kanak-kanak tersebut...
Budak perempuan tersebut duduk di sebelah Lycans. Pipi si serigala, dia usap perlahan. Lycans mengerut muka menahan sakit...
"Awak bergaduh lagi, Lycans...?" Illydia menyoal sambil memerhati kesan lebam di pipi si serigala. Lycans menepis perlahan tangan Illydia...
"Kau dah tahu aku macam mana, kan? Tak perlulah tanya..."
"Haih, awak asyik bergaduh, Lycans...Nanti mother tahu macam mana? Awak akan di hukum lagi..."
"So what? Kau nak aku biarkan Vlad dibuli? Merlin dicaci? No...Selagi aku berada di sini...Aku akan bela Vlad dan Merlin..." Lycans membalas dingin. Illydia tersenyum kelat mendengar balasan kata si serigala...
Aku memerhati mereka berdua dengan penuh minat. Menarik, ini kisah silam Lycans...
I wanna know more...
"Illydia...Kau yakin dengan aku...?" Lycans menyoal tiba-tiba setelah sekian lama berdiam diri. Illydia pantas menoleh.
"Yakin?"
"Kau yakin aku boleh jaga kau, Illydia...? Maybe...I'm not strong enough..."
Illydia tergelak kecil mendengar pertanyaan Lycans. Si serigala memasamkan muka. Dia memeluk tubuh sambil memerhati gadis serigala di sisinya itu...
"Is that a question...?"
"Yes, it is..."
"Then, you already know the answer...Sudah semestinya saya percayakan awak...Awak jaga saya dengan baik sebelum ni..."
"Hurmm...But..."
Illydia mengucup bibir si serigala sebelum sempat Lycans menghabiskan kata. Mereka berkucupan seketika. Aku tergaman. Illydia tersenyum sinis melihat aku tercengang...
Wait...
Dia cuba buat aku geram? Jika itu niat dia...
She's succeed...
Memang aku geram...
"Are you trying to make me mad...?"
"Why? Its just a piece of memory..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...