Aku berjalan bersama Loralyn ke dewan luas istana Imperial Wolf. Aeryz, Euryca dan Arria mengikuti kami dari belakang. Merlin pula berjalan di depan aku sambil memegang buku mantera sihir.
Aiden dan Eilya kelihatan sedang berdiri di depan Vlademir tatkala kami tiba di pintu dewan. Ciryla kelihatan sedang duduk di kerusi batu bersama Allucard manakala Leonidas bersama Yunira di beranda.
Kami terus masuk dan berjalan ke arah mereka. Vlademir tersenyum melihat kehadiran kami semua...
"Aiden, Eilya, Vlad..." Aku menegur lalu bersalam dengan Vlademir. Aiden dan Eilya mendapatkan anak kembar mereka. Arria bingkas mendapat Ciryla dan Allucard...
"Ahh, good...Semua ada...?" Vlademir menyoal seraya memerhati setiap seorang dari kami...
"Yes, Vlad...Aku dah jemput semua datang..." Merlin membalas. Vlademir mengangguk puas hati.
"Baguslah...Buat masa sekarang, aku nak jumpa Lycans dan Aiden dulu...Yang lain, boleh berehat..." Dia memberi arahan. Aku dan Aiden berbalas pandangan.
Apahal pulak dengan Vlademir ni? Belum pernah dia bersikap macam ni...
Merlin membawa mereka semua ke bilik yang terletak di tingkat atas. Tinggal aku dan Aiden di depan takhta Vlademir. Raja serigala naik lalu duduk di atas takhtanya...
"Apahal ni, Vlad..? Tetiba je panggil kami semua datang...?" Aiden menyoal lalu memeluk tubuh. Excalibur tersisip kemas di pinggangnya.
"Lycans, Aiden...Kamu berdua merupakan tunggak utama Imperial Wolf..." Vlademir mula berbicara. Aku dan Aiden mendengar setiap butir katanya, teliti.
"Mulai dari sekarang, aku nak kalian semua tinggal di dalam istana ni, ini bukan permintaan, ini arahan..."
"Why, Vlad? Kenapa kau tegas tetiba ni? Rumah aku macam mana?" Aiden membantah. Aku hanya mendiamkan diri.
Vlademir bangun dari takhta dan berjalan ke arah aku. Aku hanya memerhati gelagat dia...
"Lycans...Kau masih ingat pada Hades...?" Vlademir menyoal tetiba. Aku memegang dagu. Hurmm, sudah semestinya aku ingat...
He's one bastard god...
"Aku ingat, kenapa Vlad...?"
"He's comes back, seeking revenge for you and our clans..."
"Bullshit, Vlad...Aku dah bunuh dia ratusan tahun dulu...Imposibble..."
"Whoa...Whoa...Who the fuck is Hades?" Aiden menyampuk tiba-tiba. Aku dan Vlademir menoleh ke arah dia...
"Its a long story...Nanti aku ceritakan pada kau, Aiden..." Aku membalas kata-kata Aiden tadi. Dia menggosok belakang leher.
"Great...Dulu Deathwing...Now, we got Hades?"
"Yes, Aiden...Dia ni lebih kuat dari Deathwing...He's a god..."
'God? Good...Now, we got the gods villain...What the fuck!?" Aiden mula membentak tidak puas hati. Aku menepuk perlahan bahunya...
"Kau naik atas dulu, Aiden...Biar aku bincang hal ni dengan Vlad..."
"But..."
"Just follow my order, alright..."
"Fine..." Aiden menurut. Dia beredar dari kami. Aku dan Vlademir memerhati dia berjalan ke tingkat atas istana.
"Lycans...Kampung Rooseweld sudah hancur..." Vlademir menyambung kata. Aku menoleh ke arah dia.
"What? Rooseweld hancur?"
"Yes, Lycans...Penduduknya mati...Semua mati...Roh mereka disedut Hades..."
"Seriously? Macam mana kau tahu itu kerja Hades? I mean, i kill him! With my own hands.."
"Vlademir bercakap benar, Lycans..."
Aku menoleh ke belakang, Merlin berjalan ke arah aku. Belakang leher aku usap perlahan...
Imposibble...Hades is dead...
"Ini buktinya..." Merlin berkata seraya mengibas tangannya ke udara. Imej Kampung Rooseweld terbentang di depan mata...
Keadaanya teruk. Semuanya hancur. Mayat manusia dan makhluk ternakan bergelimpangan mati...
Keadaan mereka bagaikan mumia. Cuma tinggal kulit dan tulang...
"Hurmm...Tidak semestinya ini kerja Hades...Maybe, ini kerja makhluk lain...?" Aku cuba membidas. Merlin menghala jari telunjuk ke arah bayangan hitam yang berada di langit Kampung Rooseweld...
"This...You look at this..." Merlin berkata selamba. Aku memerhati teliti bayangan tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang mengangkat tangan dan seorang gadis menemani dia di sisi. Awan hitam mengeliling dia bagaikan pusaran puting beliung...
"Itu Hades, bukan? Malahan, dia bersama Illydia...Dia tak mati, Lycans...Dia cuma bersembunyi...Regain his power...Now, he's back...Seeking revenge with you, Lycans..."
"Vlad..."
"Aku rasa dia nak bunuh semua keturunan kau, Lycans... Malahan, dia nak bunuh semua orang yang berkait dengan kau..." Vlademir berkata dengan nada serius. Aku menggigit bibir mendengar kata-katanya...
"Sebab tu kau mintak semua datang sini?"
"Yes, Lycans...Lindungi keluarga kita...Lambat laun, Hades akan datang.."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasiaMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...