ZOOFFFFFFF!!
Aku dan Eilya keluar dari portal teleport yang dihasilkan Merlin. Si musang mengemas dress pendeknya, manakala aku membetulkan kedudukan Excalibur di pinggang....
"Ini ke Ghais Lavanark...?" Eilya menyoal sambil memerhati sekeliling. Aku mengangkat bahu...
"Ntahlah...Ini la kot...Takkan Merlin tersilap kan...?" Aku berkata seraya mengorak langkah ke depan. Bekas gigitan di lengan, aku garu perlahan...
Aku tak nak cerita apa yang terjadi tadi..Biarlah rahsia...
Kami berjalan sehingga ke hujung pekan Eple. Sebuah rumah kayu dikelilingi pokok-pokok epal tersergam indah di depan. Bau manis seperti bau coklat cair menerjah ke rongga pernafasan...
Aku dan Eilya berbalas pandangan...
"Ini ke kedai coklat tu...?" Eilya menyoal sekali lagi. Aku mengangguk. Ini la kan? Mana ada bangunan lain dah, plus, its smell like a damn chocolate...
No doubt about that, this is it...Kafeteria coklat yang Emily cakapkan...
Tanpa membuang masa, aku dan Eilya berjalan ke kedai unik tersebut. Bau coklat semakin kuat menerpa...
Pintu kayu ditolak ke depan, aku dan Eilya terus masuk ke dalam. Pelbagai jenis hidangan berasaskan coklat terpampang di depan...
Hurmm, aku tak sukakan bau ni...Bau manis ni menyakitkan hidung aku...Seriously, its bothering me...
"Peliklah bau kat sini...Hurmm" Eilya merungut di sebelah aku. Tangannya menggengam erat lenganku dari sisi...
"Ada apa boleh saya bantu...?"
Aku dan Eilya menoleh tatkala seorang lelaki berbadan kurus menegur. Rambutnya berwarna hitam pekat dan sedikit beralun. Matanya pula berwarna hazel, diselitkan pula dengan cermin mata...
Ini ke si empunya kedai?
"Ahh, ermm...I'm looking for Mr Sewel..."
"Abang, bukan Mr Sewel...Mr Selwyn lah..."
"Ohh, ya...Mr Selwyn...Sorry..."
Lelaki itu tersenyum melihat kami berdua. Aku dan Eilya memerhati dia datang dengan gaya ala-ala putera...
Sopan semacam je dia ni...Bau dia pun dah macam coklat... Damn, i hate him...
"Sayalah Selwyn...Ada apa boleh saya bantu...?" Dia berkata sopan. Aku memeluk tubuh sambil terus memerhati dia...
"Dude, aku nak tempah kek kahwin...Secepat mungkin... Boleh kau siapkan...?"
"Kek kahwin? Boleh...Kek yang macam mana tu...?"
"Apa-apa jelah...Asalkan nampak lawa dah ok bagi aku..."
"Duduklah dulu..." Selwyn mempelawakan kami duduk di ruang menunggu. Aku dan Eilya terus duduk di kerusi kayu yang disediakan...
Lelaki tersebut masuk ke dalam dapur. Kami berdua memerhati sekeliling. Hurmm, boleh tahan comelnya kedai ni...
Look neat...
Tapi, tu la....Bau dia...Bau kedai ni macam celaka...Aku tak boleh tahan bau ni...
"Hachiu!!" Si musang bersin di sebelah aku. Dia menekup hidung dengan kedua tapak tangan. Aku bingkas memegang belakang kepalanya...
"Eilya...Kenapa ni...?"
"Bau ni...Saya tak boleh tahan...Pening-pening..."
"Kita keluar dari sini...This place is one hell of the kind... Chocolate hell..." Aku mendukung Eilya seraya mengorak langkah untuk beredar dari kedai puaka tersebut...
"Eh? Awak berdua nak ke mana? Minumlah dulu..."
Selwyn menegur tatkala aku berada di depan pintu. Dia meletak dua gelas berisi coklat panas di atas meja...
Aku dan Eilya tersenyum kelat...
Come on! Takkan coklat lagi!? Mati la aku macam ni!
Damn! I hate this place!
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...