Setelah 3 hari perjalanan, akhirnya kami tiba di Pekan Harvest. Suasananya agak riuh-rendah. Harvest satu-satunya pekan perdagangan yang terbesar di benua utara.
Kerana itulah, ia sentiasa sesak dengan pengunjung. Ada diantara mereka merupakan penduduk tetap pekan makmur tersebut, dan ada juga pedagang yang singgah untuk mencari rezeki.
Aku memerhati sekeliling. Orang ramai melintasi aku di depan. Loralyn memegang erat tangan aku. Dia juga memerhati suasana hingar bingar pekan itu.
"Kita rehat dulu, Lycans...Saya letihlah..." Loralyn meminta lembut. Aku tersenyum tawar kepadanya. Haih, mestilah dia letih...
3 hari kami berjalan untuk ke pekan ni. Mujur ada pengembara yang bagi kami tumpang kereta kuda mereka. Kalau tak, mesti Loralyn sudah lembik sekarang ni...
"Mana kita nak pergi, Lycans...?" Ares menegur dari belakang. Aku menoleh ke arah dia. Hurmm...Ni satu lagi. Aku masih tak puas hati...
Tetiba datang dan dia nak ikut aku dan Loralyn...
Apa niat dia sebenarnya...? Aku tahu...Dia mesti berniat jahat...
Naluri aku kuat mengatakan bahawa Ares ni bukan lelaki baik...
"Aku nak rehat dengan isteri aku..." Aku menjawab ringkas pertanyaannya tadi. Ares menggosok belakang leher.
"How about me...?"
"Kau? Pandai-pandailah kau...Aku tak amik tahu pasal kau..." Aku membalas lalu berjalan ke depan. Tangan Loralyn aku genggam erat kemudian meredah kawasan lapang yang dipenuhi dengan penduduk.
Ares hilang dari pandangan tatkala kami berjalan ke kawasan pasar yang terletak di tingkat bawah. Loralyn mencuit belakang pinggang aku...
"Kenapa awak dingin sangat ni...? Ares tu tolong kita, kan? Sepatutnya awak berterima kasih pada dia..." Si musang berkata seraya merenung aku.
"Hurmm...Aku tak rasa dia ikhlas, Lora...Lelaki seperti itu...Aku tahu, dia mesti ada agenda lain..."
"Agenda lain?"
"Yes...Dia mesti rancang sesuatu..." Aku berkata selamba. Loralyn menggaru pipi mendengar kata-kata aku.
Kami meneruskan perjalanan. Mata meliar mencari rumah tumpangan. Setelah seketika merayau tanpa hala tuju, kami terjumpa sebuah rumah tumpangan yang terletak betul-betul di sebelah pokok oak tua.
Tanpa membuang masa, kami terus menginap disitu. Walaupun biliknya agak lusuh, tapi ia agak selesa untuk berehat. Loralyn duduk di birai katil dan melepaskan ikatan rambut...
"Haaaa...Penat betul rasanya...Ermm..." Loralyn berkata tatkala dia berbaring di atas katil empuk. Aku tersenyum melihat gelagat dia. Pedang aku letakkan di atas meja kayu.
"Kau letih, Lora...?" Aku menyoal lalu duduk di sebelah dia. Baju kulit aku tanggalkan selamba. Loralyn tersengih memandang aku...
"Yup, saya letih...But, saya puas hati...Thats is one hell of adventure..."
"Adventure...? Heh, kita hampir terbunuh...And, kau masih boleh tersengih macam tu..."
Si musang bangun dari terus berbaring. Perlahan-lahan dia merangkak dan duduk di atas riba aku. Wajahnya rapat dengan wajah aku.
"Terbunuh...? Awak serigala kuat..The most badass werewolf i ever met...Saya yakin, kita takkan terbunuh sebab makhluk busuk tu..."
"Apa kau cakap ni...? Kalau tak kerana mamat pelik tu...Kita dah mati sekarang ni..."
"So? Just die and we can have sex on heaven..."
"You're one batshit crazy women..." Aku membalas seraya mengucup bibirnya. Loralyn membalas kucupan aku. Belakang lehernya aku usap perlahan.
"Lycans...Not now..."
"Why...?"
"Saya letih sangat ni...Saya nak mandi, makan then tidur...No sex for now..." Loralyn berkata dengan nada manja. Aku tersengih.
"But, i want it now...You smell nice..."
YOU ARE READING
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C]
FantasyMOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mende...